Salam semua. Kali ni dah saya ada sedikit kelonggaran menulis sebab final exam untuk semester Januari dah selesai. Jadi bolehlah meng-update blog sementara menunggu masa balik kampung.
Saja nak kongsi pengalaman semalam. Lepas exam tu, saya dan family jalan-jalan di 1Borneo (Borneo Hypermall), pusat membeli-belah terbesar di Sabah. Datang sana bukan apa, sekadar bagi peluang kepada anak-anak untuk ke pusat permainan yang ada di sana tu. Secara kebetulan lalu di pusat Digi yang ada di tempat tu. Terus singgah, dengan niat nak belikan isteri iPhone. Iyalah, nak dapatkan iPhone murah bukan senang, kena register dengan Digi yang memang dapat hak penjualanan ke atas iPhone ni.
Bagi memudahkan urusan, saya suruh isteri gunakan namanya sendiri untuk daftar dengan Digi tu. Dah isi form dan sampai giliran pergi kaunter. Tunggu punya tunggu, tetiba customer service kata tak boleh register nama isteri pada masa tu sebab nombor kad pengenalan lama tiada (yang nombor KP 8 aksara yang orang 70-an saja yg dapat tu). Nak register kena dapat approval daripada HQ Digi di KL. Pastu dia cakap lagi, nanti lepas dah activate, baru dia call dan bagi set iPhone. Heran juga dengan Digi ni, kenapa perlu nombor Kad Pengenalan Lama untuk register. Diorang tak ikhtiraf no KP baru yang Pendaftaran bagi tu? Atau takut isteri saya PATI? Owhh, tak paham! Dahlah semalam hari Sabtu, kalau tunggu approval dari HQ (Digi) mesti kena tunggu hari Isnin. Ingat Kota Kinabalu dengan kampung saya tu dekat? Dekat 3 jam driving. Setiap kali turun KK ni mesti sakit tulang belakang saya. Takkan hari Isnin nak datang sini lagi semata-mata nak dapatkan iPhone tu..
Tak apalah Digi, kalau ada rezeki dapatlah daftar dengan korang… Kalau tak dapat register hanya sebab korang perlukan sangat no KP lama tu, teruskanlah macam tu.. Korang memang menyusahkan pelanggan! Ntah apalah rasionalnya mesti ada No KP lama tu baru dapat register. Habis tu kalau yang lahir tahun 80-an, memang payah nak register dengan diorang.
Ada sesiapa tahu atau pengalaman register dengan Digi di tempat lain. Adakah syarat yang sama dikenakan (perlu nombor kad pengenalan lama) atau hanya di Sabah saja macam tu?
Update: Keesokan harinya saya mendapat panggilan telefon daripada customer service mengatakan yang pendaftaran tu telah berjaya. Kini saya telah menjadi pengguna iPhone Digi.


{ 30 comments… read them below or add one }
salam bro…
apa bezanya kad pengenalan lama ngan baru?
tak faham betul!
memang menyusahkan pelanggan kalau kena kes mcm bro nie….
seingat saya, adik saya pernah gak ada pengalaman pasal kad pengenalan nie. bukan sbb nak register digi, tapi nak register spa….
disebabkan no kad pengenalan dia yang kat tengah (kod negeri) tu lain….. dia tak leh register…
saya pun tak faham kenapa kod negeri yag sepatutnya 11 jadi 46… semua yang lahir tahun tersebut guna kod 46 nie….
menyusahkan orang jer kan….
.-= ain´s last blog ..PELANCARAN KONTEST PANDANGLAH LIHATLAH =-.
tak tahu knp digi buat syarat mcm tu, mmg menyusahkan org nak daftar..
pasal kod negeri tu, klu tak silap mmg dah jadi isu ari tu, ada cadangan supaya kod tu diselaraskan semula sbb mmg mengelirukan
salam bro kulanz… DiGi bahagian mana yg bro gi ni..? yg ground floor tu ker..? lazaac tiap2 bulan bayar bill broadband DiGi di situ jgak.. wkt apply utk broadband pun alhamdulillah takde masalah… tapi apa nak buat kan, Sabah terlalu ramai PATI, tapi staff DiGi tu tak sepatutnya anggap majorito org kat sini PATI, kita yg duk kat Sabah ni pun leh bezakan yg mana satu PATI ngan org Sabah asli… mungkin mereka kena lebih peka dengan perkara sebegini…
.-= lazaac´s last blog ..Lazaac.com bertukar wajah. =-.
digi bawah sekali tu, separas dgn tpt letak kereta.. pengalaman pertama register dgn digi sebenarnya, tu yg heran ada pula syarat macam tu.. kalau bukan sebab besar hati nak belikan isteri iphone tu, mmg tak ingin register dgn digi ni.. nak harapkan maxis susah, line di kg xda..
ape2pun bertuah badan puan isteri bakap dpt iphone hehe.. eh ye ke DIGI gitu? mintak KP lama? betul kata en kulanz, klu yg lahir thn2 kitorg yg masih berhingus ni, mane penah ada KP lame, dhtu cmne? xleh pakai iphone?
btw, mmg kena register ngn DIGI ke baru boleh beli iphone kat malaysia? maaf kita xtau huhuhu.. tp mmbr2 kita ramai pakai iphone, tp pakai maxis or celcom ada je.. erm.. pelik.. ke kita salah bace?
.-= arieza´s last blog ..::: Itu Bukan Kisah Kita =-.
Memang betul DIGI nak no KP lama utk register postpaid.. memandangkan isteri xda KP lama, tak dapatlah register ari tu.. tapi rasanya utk cawangan je mcam tu, kalau tempat lain x pasti pula..
Rasanya, setakat ni mmg DIGI n Maxis je dapat hak penjualan iPhone di Malaysia, tak pastilah kalau ada juga iPhone tu dijuga kedai lain.. atau diorang beli di luar negara..
Lagipun kalau beli melalui DIGI, boleh dapat murah, sekitar 2K ++, beli luar mmg mahal.. tak larat..
Hmmm payah gak tu bro,sabar je la yer
.-= wazy´s last blog ..Al-Kisah MiRC =-.
nasib baik keesokannya dah dapat register bro.. tapi mmg payahlah juga, kena tunggu sehari baru dapat register..
salah satu sebab yang menjatuhkan bisnes,
tak pandai nak jaga hati pelanggan
tu lah pasal, susah kalau macam tu..
Mungkin di area luar semenanjung sahaja kot. Saya register di Digi Centre Melaka ok je.
aah, mungkin juga tu bro, sebab tu tanya member di area lain..
susah jgk klu services cmni.ptotnya bnda sng.tp jd payah…
.-= azizan4444´s last blog ..Ada Apa Dengan Username? =-.
Memang menyusahkan cara diorang tu bro.. urusan yg boleh disiapkan 1-2 jam, terpaksa dipanjangkan ke 1-2 hari..
ada lagi ke yg nak pakai no KP lama, swasta pulak tu, kalau gomen tu mungkin ada lah sikit2, tu pun kalau kita dah ada urusan sebelum ni guna KP lama…kes birokrasi jugak la tu kot…rasanyalah hehehe
.-= etomyam´s last blog ..Zaman Budak Sekolah =-.
Tu yg heran.. tetiba pula masa register tu diorang minta no KP lama.. abis tu kalau mmg dah xda, nak buat macam mana lagi kan?
aderr…..especially macam pesakit mental…majoriti guna ic lama kes camni payah nak tukar mykad..maklumlah nanti bawak meka ni ke JPN emmm habis mengamuk karang kang..
Baguslah kalau ada KP lama tu, senang nak register DIGI, hehe
Kiranya masalah timbul pasal kad pengenalan la…saya pun tak pernah jadi macam ni…thanks bro..nak jgak try iphone dari Digi…tapi kalau saya apply ada pro ke…hehe, nanti try la..
.-= rashid´s last blog ..Maaf, Aku Rojakkan Blog Ku Untuk Kali Ini. =-.
aah, gara-gara kad pengenalan lama tiada, tak selesai register Digi 1 hari.. Terpaksa tunggu 1 hari baru approved..
sabar2…nampaknya anda boleh save duit…
.-= Meow´s last blog ..My Version of Grooming Tips =-.
Tak dapat save duit.. dah beli… cuma masalahnya sampai sekarang tak aktif lagi servis digi tu..
hish..haku daftar digi xde pun masalah mcm tue.. pelik2 ..
tu yg heran bro.. bagus juga dpt info dari rakan-rakan lain.. tahu juga macam mana klu register tpt lain
erm tak pernah register Dg.. huhu tak tahu macam nie dia punya layanan..
Rasanya, lain tempat, lain orang, mmg layanan pun berbeza juga tu bro..
bertuah si ju ada org mo belikan iphone. anyway, very cerewet bah pulak mo dapat tu gadget ah. kirim salam ngan si jue.
.-= windi´s last blog ..GARA2 DITIPU ZUL ARIFF =-.
saja belikan, nanti boleh juga dipinjam..hehe
tapi tu lah.. nak daftar tu yg susah sikit..
salam dah disampaikan..
hahhaa buat lawak betullah Digi nie, ingatkan kaunter2 kerajaan ja kerek..rupanya digi pun sama, ops!! haha ada sesiapa ka kerja di kaunter kerajaan sabah? cis aku nie tak baik kan lan? bukan apa payah betul bah berurusan di negeri sendiri, ko tau yg pasal aku blk sabah baru nie sbb ic adik ku, adakan patut dia buat ic bukan mau ibubapa tau mau ada kakaknya sekali..hampeh, aku abis beribu blk sana dgn anak2 aku, aku mmg maki hamun org sana, kalau nda dpt buat gak aku suh diorg ganti duit tiket dan report ke TV3, pastu aku minta nama pegawai tu…kecut perut wooo org sana..hahahha, yelah blm pernah lagi org buat ic mau ada kakak, so apa gunanya ibu bapa..hampagas betullah..ops..sori terlebih sudah..hahaha
.-= yanmie´s last blog ..Adamaya Episode 9 memang best =-.
kalau budak lahir tahun 80-an or 90-an, memang xdapat merasa le iphone dari digi ni.. sigh! huh!
.-= Ramdzi´s last blog ..Aku Kena Penyakit Pagophagia =-.