Home >> Blog >> Tabung Sumbangan Untuk Rakan Blogger ~ Lya

Salam
Mungkin ramai yang masih ingat awal Januari tahun ini, kebanyakan daripada kita telah menyertai kempen untuk membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik. Kempen Blogger We Care yang dicetuskan oleh saudara Hydir itu nampaknya mendapat sambutan yang baik daripada kebanyakan blogger.

Malam ini, seorang rakan blogger, Ain meninggalkan mesej di ruangan komen, mengajak rakan-rakan lain untuk turut serta dalam kempen “Kami Bersamamu Lya“. Tanpa berlengah, saya yang kebetulan online masa itu terus berkunjung ke blog Ain sebab ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.

Saya membaca dua entri terkini di blog Ain, “Aku Mohon…… Doakan Sahabatku Lya” dan “Pelancaran Tabung Kami Bersamamu Lya“. Barulah saya tahu yang seorang rakan Ain, iaitu Lya (juga seorang blogger) berada dalam keadaan yang tidak sihat dan kini berada di wad ICU, Kemaman, Terengganu. Berikut adalah antara petikan entri daripada blog Ain.

Bismillahirrahmanirrahim…………

Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA.

Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin.

Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil. Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.

Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526).

Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai.

Mungkin tidak semua daripada kita mampu menghulurkan sumbangan dalam bentuk kewangan, tapi sumbangan dalam bentuk doa atau mewar-warkan perkara ini pun sangat besar ertinya kepada saudara-saudara kita. Semoga apa yang kita ikhlaskan hari ini akan diberi ganjaran yang setimpal, insyaAllah.

p/s: Entri Ain dan gambar Lya di atas diterbitkan setelah memohon izin.

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 24 comments… read them below or add one }

1 etomyam July 16, 2010 at 1:33 am

Insya Allah semuanya akan kembali pulih dan sihat semula
etomyam recently posted..Pengurangan Subsidi Gula Dan PetrolMy Profile

Reply

2 kulanz July 17, 2010 at 3:42 pm

InsyaAllah bro..

Reply

3 tehr July 16, 2010 at 2:35 am

moga2 ramai kawan2 blogger yang bermurah hati
menderma dan berdoa untuk kesihatan saudari Lya
Insyaallah
tehr recently posted..Apakah MungkinMy Profile

Reply

4 kulanz July 18, 2010 at 1:44 pm

itu yang kita harapkan bro..

Reply

5 sha-hir@meng July 16, 2010 at 2:51 am

saya mendoakn semoga saudari lya cpt sembuh dan dpt menjalani hidup seperti sedia kala.. amin
sha-hir@meng recently posted..Lambakkan Siswi Berbanding Siswa di IPTA-IPTSMy Profile

Reply

6 kulanz July 18, 2010 at 1:45 pm

Sama-sama kita doakan bro untuk kesihatannya

Reply

7 ashraf's Blog July 16, 2010 at 4:22 am

allah akan sentiasa menjaga org2 yg beriman. semoga cepat sembuh diiringi dengan doa..amin..gud job…
ashraf’s Blog recently posted..SeverFreak Kini Berwajah BaruMy Profile

Reply

8 kulanz July 18, 2010 at 1:47 pm

insyaAllah bro, amin.

Reply

9 Mus July 16, 2010 at 7:29 am

semoga sembuh segera! amin!

Reply

10 kulanz July 18, 2010 at 1:48 pm

sama-sama kita harapkan..

Reply

11 Brother One July 16, 2010 at 7:29 am

Salam
semoga dipermudahkan dan selamat semuanya.
Brother One recently posted..Bila Garaj berharga RM 1 JutaMy Profile

Reply

12 kulanz July 18, 2010 at 1:52 pm

Salam,
InsyaAllah, moga semuanya baik untuk saudara kita..

Reply

13 apiih July 16, 2010 at 9:54 am

semoga sembuh,sihat dengan segera..sama-samalah kita berdoa
apiih recently posted..Roti Sedap Tapi Ngeri!!My Profile

Reply

14 kulanz July 18, 2010 at 1:53 pm

kita doakan yang terbaik untuk rakan kita..

Reply

15 lynn hamzah July 16, 2010 at 12:15 pm

lya kawan yang baik…walaupun kenal di alam maya tapi dia sangat friendly…lynn mendoakan lya sembuh cepat dan dapat berikan kasih sayang kepada anaknya asha…miss u so much friend…

tq yer tuan rumah sebab buat entry nie…jasamu akan kami kenang…
lynn hamzah recently posted..Doakan Yang Terbaik Untuk LyAfrinaMy Profile

Reply

16 kulanz July 18, 2010 at 2:02 pm

sekadar membantu mana yang termampu, moga lya cepat sembuh

Reply

17 zik July 16, 2010 at 11:43 pm

insyallah..kalau tak keberatan..akan bagi sedikit sumbangan…
zik recently posted..Zikrihusainicom di googlecommy part 1My Profile

Reply

18 kulanz July 18, 2010 at 2:03 pm

insyaAllah, ada ada keberkatan kepada penderma dan penerima

Reply

19 ishak July 17, 2010 at 2:13 pm

insyallah…kalau boleh marilah kita buat blogger we care semula untuk bantu beliau..macam kita bantu saudara megat hari tu
ishak recently posted..Antara program keynote di astro ria dan akuMy Profile

Reply

20 kulanz July 18, 2010 at 2:03 pm

diorang dah lancarkan tabung sumbangan utk lya.. harap yang tu dapat berjalan dengan baik

Reply

21 mus99 July 18, 2010 at 9:48 pm

“Menyalin atau menerbitkan semula sebarang artikel daripada blog ini adalah dibenarkan untuk tujuan kebaikan. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya”

Sumbangan kewangan tidak banyak yang dapat saya berikan, monon izin saya pastekan entry ini di laman saya.
mus99 recently posted..Ayam Organik Beralih Kepada Yang HalalMy Profile

Reply

22 kulanz July 18, 2010 at 10:13 pm

diizinkan.. malah sangat dihargai..
terima kasih banyak2

Reply

23 suri July 19, 2010 at 10:47 am

Subahanallah semoga lya segera sedar seeprti sedia kala.semoga doa2 sahabat bloger akan didegari olehNYA.

Reply

24 kulanz July 19, 2010 at 10:18 pm

InsyaAllah, memang tu harapan kita semua

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: