Assalamualaikum WBT dan salam perpaduan…
Selalu sahaja kita terbaca di mana-mana sumber penulisan atau terdengar orang di sekeliling kita bercakap “Tak kenal, maka tak cinta”. Adakah ungkapan atau pernyataan ini bererti apabila mengenali seseorang atau sesuatu, hati terus terpaut dan perasaan cinta terus berkembang mekar?? Mungkin Ya, mungkin Tidak…
Jika jawapan yang anda berikan “YA”, maknanya anda telah merasai bagaimana perasaannya jatuh cinta pada pandangan pertama…tetapi jika jawapan yang diberikan sebaliknya, bererti bukan jodohlah namanya…
STOP!!!
Sebenarnya bukan CINTA yang menjadi pokok persoalan dalam penulisan ini…tapi sekadar ingin memperkenalkan diri…iyalah…kan selalu disebut-sebut tentang “Tak kenal maka tak cinta” tu… Jadi ada baiknya kita berkenal-kenalan dulu…mana tahu boleh jatuh cinta..hehehe…PERASAN!!
Sebenarnya sudah lama saya berkeinginan untuk menerbitkan blog sendiri…tapi persoalan yang selalu bersarang di kepala saya ialah apa konsep yang akan saya ketengahkan. Hendak menerbitkan blog pendidikan, rasanya sudah banyak diterbitkan. Tambahan pula saya bukannya pakar sangat dalam bidang ini. Hendak membuat blog politik, memang jauh daripada bidang dan minat saya. Setelah sekian lama memikirkan konsep yang sesuai…rasanya memang tidak ada satupun bidang khusus yang paling menepati citarasa saya sendiri… Fikir punya fikir saya buatlah “Blog Rojak”. Maka terhasillah blog yang ada sekarang ni… Konsep yang saya pilih, All ini one!! Masukkanlah semua kategori dalam satu blog ni… Maksudnya tak ada niche khusus. Pasal tu saya namakan blog ni sebagai “Semua Jadi Satu”… Kira ada kaitan jugalah dengan “Semua dalam satu” atau “All in one”….
Paling penting, blog ini dibuat hanya sekadar untuk berkongsi informasi….Bukan blog yang hendak komplen kerajaan… Jauh sekali kalau mahu dapatkan bahan-bahan lucah (maaf)…kalau lucu tu mungkin ada jugalah…dan InsyaAllah saya akan cuba jadikan blog ini sebagai sumber informasi, pendidikan, hiburan dan juga perkongsian…Jadi yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan mana-mana yang tidak baik itu adalah disebabkan kelemahan saya sendiri…
Terima kasih kerana meluangkan masa mengunjungi “Semua Jadi Satu…”


{ 25 comments… read them below or add one }
Tahniah bro..banyak info bermanfaat dalam blog yang boleh dibaca.
terima kasih bro, semoga ramai yang akan dapat manfaat walaupun sedikit..
Kira Ok apa blog ni.. Pada Saya sudah cukup hebat.
Apa yang penting keinginan untuk menulis sentiasa ada. Anda tulis, Saya baca

anif recently posted..Skim SARA 1Malaysia
betul bro, keinginan tu yang penting..
Yang penting dah ada identiti sendiri…
shraqs recently posted..Tips Sebelum Dan Selepas WordPress Anda Di Hack!
blogger lain mungkin tak mengenal identiti blog ni.. tapi aku memang cukup kenal
Aku suka blog rojak dengan maklumat dan tajuk2 ringan
tehr recently posted..Meraba Dalam Komuter
akupun sama bro.. pasal tu buat blog rojak je kerja aku, hahaha
Tulis dan sumbat. No hallah. Kalau ada maklumat yg boleh dipakai, ambik. Kalau tak ada pejam mata. Kan senang tu. teruskan menulis..
Cikgu Hairul recently posted..Suka-Suka Tukar Nama
betul.. betul.. apa yang kita tulis tak semestinya boleh diterima oleh semua orang.. kan?
takde topik khusus takpe…masukkan je apa-apa info dan cerita
Shahrul recently posted..Google, Facebook, Yahoo! Akan Bergabung
ya.. janji ada topik untuk dikongsi
tak komen bukan jugak tak cinta…hahaha..skodeng2 je sekarang ni..masa begitu cemburukan daku…apa pun memang suka blog ni..semua jadi satu…
p/s kulanz..cikmin terasa nak antah email lah…ada hajat dihati…

cikmin recently posted..Klebang Original Coconut Shake
skodeng pun boleh juga.. macam yang aku selalu buat.. kalau sibuk dengan kerja lain, memang jarang komen walaupun menyinggah ke blog lain..
apa hajat tu cikmin.. email jak
cikmin recently posted..Klebang Original Coconut Shake
Assalam..
Saya suka blog ni dari mula saya kenal lagi.
Banyak cabaran yang bro kulanz lalui kan tahun2 lepas, suka, duka..
Banyak info dan pelbagai.
Tahniah, moga terus berjaya..
iza recently posted..Asteroid 433 Eros Tidak Langgar Bumi.
wassalam,
betul tu.. sudah banyak cabaran yang pernah dirasai.. elok juga, boleh jadi pengalaman..
terima kasih beri sokongan.. moga berjaya juga untuk semua rakan blogger
Posting ini benar-benar sebuah inspirasi bagi saya. Apa yang saya peroleh dari membaca ini akan berlangsung, saya percaya, di luar bulan belaka. Ini adalah apa yang saya katakan.
Tarik Ishmael recently posted..Reverse Cell Phone Lookup – FAQs
entri ni sebenarnya adalah entri pertama blog ni, sengaja recycled sebagai kenangan
aku suka blog yang senang komen macam blog ko. hoho..
titan recently posted..Skim SARA 1Malaysia vs Swisscash
blog ni pernah susah nak komen.. masa pasang akismet dulu
aku suka blog yang ringan macam ni…hehehe
nizam recently posted..Quiries Pening
ringan ke bro.. aku buka macam berat ni.. mungkin broadband aku yang tenat
Saya tidak menetap niche blog yang khusus. Yang penting kita mempunyai kebebasan untuk berkarya.
betul juga tu bro.. lebih senang menulis blog bebas dan tak terikat dengan niche tertentu