Lepak Sekejap di Taman Awam Teluk Likas

Pagi Ahad sebelum balik ke kampung kami sempat singgah di Taman Awam Teluk Likas, salah satu tempat yang jadi tumpuan orang ramai untuk berkelah, memancing atau sekadar untuk berehat. Bolehlah dilabel sebagai tempat pelancongan domestik.

Mudah saja untuk sampai ke Taman Awam Teluk Likas ni. Lokasinya terletak di Jalan Tun Fuad Stephens. Kalau ikut lebuh raya Pantai dari bandaraya Kota Kinabalu menuju ke UMS lagi senang nak singgah sebab ia terletak di sebelah kiri jalan sebelum bulatan depan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Taman Awam Teluk Likas

Tiba di sana sekitar jam 8.30 pagi. Belum ramai pengunjung datang jadi senang sedikit dapat tempat letak kereta.

Taman Awam Teluk Likas

Ni sebenarnya persinggahan yang tidak dirancang. Ambil gambar pun pakai handphone saja. Tak sempat beli makanan untuk dibawa ke sini. Nasib baik ada penjaja bergerak yang jual makanan ringan. Diorang dah start berniaga sejak awal pagi jadi bolelah belikan untuk anak-anak yang belum sempat bersarapan pagi.

Taman Awam Teluk Likas

Taman Awam Teluk Likas

Anak saya yang bungsu. Tak boleh makan lagi. Jadi nampaknya terpaksa makan angin saja dia masa singgah di sana.

Taman Awam Teluk Likas

Anak-anak saya ambil kesempatan main pasir pantai. Diorang ni kalau main pasir memang tak pandai bosan padahal dekat rumah di kampung pun hari-hari main pasir.

Taman Awam Teluk Likas

Tak lama lepak sini. Cuma sekitar 30 minit. Saya panggil si abang suruh ajak adik-adiknya balik sebab selepas tu ada lagi destinasi lain yang akan dituju.

Tanjung Lipat Kota Kinabalu

Kira okeylah. Walaupun tiada perancangan awal untuk datang ke sini tapi misi santai hari tu kira berjaya juga.

Please like & share:

Comments

  1. AyieBlog says

    Assalamualaikum,syok pergi pantai seisi keluarga sambil berkelah dapat merasa angin pantai, maklumlah sekarang cuaca agak panas :).. hehehehe

  2. BlackWorld says

    style jugak view dia eak….pasni boleh lah plan nak bawak mak dan ayah…dah lama sangat xpergi jalan2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>