Tangan Kanan Memberi Sorokkan Tangan Kiri

Tangan kanan memberi
Sorokkan tangan kiri
Derma bukan tontonan
Lakukan dalam sepi

Petang tadi saya memberikan respon kepada salah seorang pembaca blog ini di artikel Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Kucar-kacir. Anda boleh ikuti komen pembaca berkenaan di sini.

Saya suka dengan komen tersebut sebab ianya kritis dan dapat mengajak minda kita berfikir. Kalau diikutkan ada banyak perkara yang boleh dijadikan asas dalamĀ respon saya bagi komen yang dikemukakan. Bagaimanapun jawapan saya hanya berfokus kepada persoalan yang dikemukakan sahaja.

Cuma ada satu ayat pada komen tersebut yang pada saya menarik untuk difikirkan bersama, iaitu tentang tangan yang memberi.

Bersangka baik saya ialah perlu ada majlis dan lambang politik bagi menunjukkan siapa tangan kanan yang memberi.

Apa pula pandangan pembaca lain tentang perkara ini?

Sementara kita berfikir untuk memberikan jawapan, apa kata hayati lagu Herman Tino tentang Derma Bukan Tontonan.

Please like & share:

Comments

  1. says

    Hmmm.. bersangka baik sahaja.

    Pun begitu jika inisiatif pemberian bantuan diberikan oleh mana-mana parti yang memerintah sekalipun, ianya tetap dipublisitikan sebaik mungkin untuk menjana imej positif.

    Dalam politik tiada apa yang mustahil..

  2. tuan tanah says

    memang kita sll digalakan bersangka…

    tapi dlm hal br1m ni, sepatutnya aku lebih suka kalau kerajaan lebih profesional dlm mengagihkan bantuan tanpa perlu menggunakan logo parti. kan cantik intergriti tu……

  3. says

    salam..
    ermm..tajuk entri dan lagu tu
    sebijik entri saya sebelum nih
    he he..

    dalam berpolitik..bab ikhlas jauh
    sekali sekarang ini..semuanya nak
    balasan :(

  4. says

    Tak kisah dengan tangan siapa yang memberi setelah diketahui dari mana datangnya
    Aku lebih terfikirkan apa tujuan tangan itu memberi

  5. says

    Kalau ikhlas memberi tidak perlu digembar gembur. Mungkin cara pemberian menimbulkan cakap-cakap belakang. Tidak pernah belajar dari kesilapan yang lalu.

  6. says

    aku agak hairan, kenapa nak claim voucher tu kena pergi pejabat upkr (di sabah) dan tak terus ke lhdn.. mcm ada unsur politik.. tu saja..

    • kulanz says

      tu lah.. unsur politik memang jelas.. cuma hairan kenapa masih ada pihak yang menafikan hal tu.. lepas tu kalau ditegur, kata kita berprasangka buruk :)

  7. kulanz says

    setuju dengan bro.. bantuan tu sangat bermakna bagi orang kampung yang memerlukan.. cuma ramai juga yang kecewa dengan cara agihan dia..

  8. says

    sukar nak tahu mana yg benar atau iklhas.

    tapi klu pkra yang baik mmg bgus tapi bab bangkitkan isi politik balh bt sy naik benci mana satu salah atau betul serahkan padaNYA.

  9. says

    pernah ternampak jam waktu solat kat masjid kampung tertulis “Pemberian IKHLAS daripada (nama adun)”. kalau ikhlas tak perlulah letak nama betul tak. sekarang dah takde dah sticker tu. mungkin pihak masjid dah buangkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>