Salam semua, berikut saya kongsikan tarikh melihat anak bulan Ramadhan tahun 2010 (1431H) bagi negeri-negeri di Malaysia.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja telahpun menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja juga telah menetapkan yang tempat melihat anak bulan pada malam tersebut adalah:
Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen. (Sumber)
Untuk melihat jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi kawasan Wilayah Persekutuan, boleh rujuk di sini.


{ 41 comments… read them below or add one }
kejap lagi nak puasa kan
betul, tinggal beberapa hari lagi
kat shah alam ada x tmpt nk tgk ank blm..????
kol bape???
makasih sharing ye lanz..
p/s cikmin ada reply email…
ok cikmin, dah check email tu
Salam…
Wahhh….lagi seminggu ni….
Selamat berpuasa.
Kat Simpang Empat Perlis nak tgk kat mana ek? Macam tak ada tempat khas utk tgk pun kat situ…
Perlis xda plk disenaraikan.. mungkin sebab dah ada tempat yang paling hampir
Alhai rindunya nak pegi terawih..heeee
ada sebab wanita x dpt pegi kan?
Salam kembali bro setelah lama menyepi
Dah semakin dekat nak berpuasa….
Salam bro,
memang dah semakin dekat tarikh puasa..
selamat berpuasa.. semakin dekat…
Memang semakin dekat nak puasa..
perkongsian yang bermanfaat ni..terima kasih
harap dapat digunakan oleh rakan-rakan lain bro..
tak terasa Ramadhan muncul kembali..
memang semakin hampir sangat Ramadhan..
lagi 7 hari
kalau lihat takwim, tahun ni puasa 30 hari
mudah-mudahan dapat full 30 hari puasa ni
kejap nyer rasa. Dah nak puasa balik.
kalau yang belum topup puasa tahun lepas tu, cepat-cepatlah yer top up.
memang ada masa beberapa hari lagi nak ganti puasa tahun lepas
salam lan, thanks yea fo sharing..
salam yan,
u’r welcome..
Selamat Berpuasa!
selamat berpuasa juga
yes puasa sudah hampir… terima kasih banyak2
sama-sama, tak sabar juga nak sambut ramadhan
Teringin juga nak pergi tengok anak bulan Ramadhan.
Mesti best kan?
kalau ada peluang tu akupun nak juga
minggu depan dah nak pose.. selamat la berpose semua ye..
selamat berpuasa juga..
puasa dtg lagi, raya pun dtg lg hehe
Maknanya tinggal seminggu sahaja lagi kita boleh makan di siang hari.
p/s- nak pergi beli teropong..
ye ye !! Puasa…. pas tu rayaaa!!!! pasti rabak !!!!
yeay x sabar nak puasa.
bro,saya ambil sebahagian maklumat ni dan letak dalam entri blog saya bro..saya minyal izin eh
boleh bro, xda masalah.. memang untuk dikongsikan
Salam,
Untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat , selamat menyambut Bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan di dalam pelbagai keistimewaan/kemuliaan untuk kita beribadat bagi mendapat ganjaran berlipat kali ganda nilainya di sisi ALLAH.
Terima kasih atas info ini ya tuan rumah.. harap semua muslimin dan muslimat dapat menambahkan lagi amal ibadat sempena bulan yang mulia ni.. Eid Mubarak kepada semua

Dila.13 recently posted..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2
seronoknya berpuasa…
cam baru je puasa tahun lepas.. cepat sungguh masa berlalu
gnesop recently posted..Publish video melalui Movie Maker sungguh mudah
Perkongsian maklumat dan artikal dari dari blog saudara berkaitan cerapan hilal sungguh dialukan dan boleh dikongsikan bersama dengan umum sementara artikel yang ditulis hendaklah dari sumber yang sah dan fakta yang tepAT,kerana di takuti akan mengelirukan umum.saudara boleh membuat rujukan dari laman laman ini.
http://www.topografisemenanjung1.blogspot.com/
http://hazis.wordpress.com/melihat-anak-bulan-hilal/
hazaldin recently posted..Islamic Widget