Saya agak serba salah untuk menerbitkan entri ini sebab tidak pasti sama ada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia berkenaan tarikh mencerap/melihat anak bulan Ramadhan Tahun 2012 telah dibuat atau belum. Bagaimanapun untuk memenuhi keperluan mereka yang datang melalui enjin carian dan ingin mengetahui tarikh tersebut, maka saya kongsikan lebih awal. Harap tidak menjadi kesalahan kerana mendahului pengisytiharan rasmi.
Berdasarkan rujukan saya di laman sesawang Majlis Raja-Raja, tarikh awal yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadan tahun ini ialah pada petang Khamis, 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah.
Tempat-tempat yang ditetapkan untuk mencerap anak bulan Ramadan tahun ini belum dinyatakan, bagaimanapun anda boleh rujuk entri Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2011 (1432H) kerana tempat mencerap ini biasanya sama setiap tahun. (Jika ada senarai terkini akan dikemaskini kemudian).
Kemaskini 16 Julai 2012: Sebanyak 30 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu, iaitu:
Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin(KUSZA) Setiu, Terengganu.
Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah; Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang; Gunung Berincang Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab (Sumber: mStar online).
Selain itu, jika ingin mengetahui niat puasa, anda boleh membaca entri Lafaz Niat Puasa Fardhu Ramadan sebagai rujukan.
- Semoga bermanfaat.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.


{ 12 comments… read them below or add one }
dah nak puasa, tak sabar rasanya
aah la..seminggu lebih je lgik..huhu
Bulan Puasa semakin menghampiri. Peluang untuk mengejar ganjaran di bulan Puasa ini.
betul tu bro Akubiomed..
betul tu semakin tak sabar, moga dapat beribadah lebih baik dar tahun sebelumnya, insyaAllah
Insyallah. Amin.
Ramadhan yang ditunggu-tunggu kini semakin hampir.
Bulan Ramadan menjelang tiba,
Mari kita pakat sama2 berpuasa,
Jaduah berbuka dah tersedia,
Pasti ramai dah mula nak buat pahala.
19hb? Khamis minggu depan la kan
Dah nak tiba bulan puasa,,,alhamdulillah bulan penuh rahmat.
moga2 masih diberi kesempatan bersama ramadhan lagi
sekejap sahaja masa berlalu..
Ramadhan kian menjelma lagi