Sesi persekolahan tahun 2012 bagi sesetengah negeri telahpun bermula. Bagi yang bakal menduduki peperiksaan penting tahun ini sudah pasti mempunyai pelbagai strategi untuk mencapai kecemerlangan. Manakala bagi adik-adik yang telahpun menduduki peperiksaan SPM, STPM dan yang setaraf tahun-tahun sudah serta bercadang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, apa kata anda rujuk tarikh-tarikh penting Permohonan Kemasukan ke IPTA sesi 2012/2013 bagi:
- LEPASAN SPM/SETARAF (FASA2)
- LEPASAN STPM
- LEPASAN STAM
- LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
- LEPASAN MATRIKULASI/ASASI (FASA 1)
Pemohon Lepasan Matrikulasi/PASUM/Asasi Undang-Undang
- Tarikh Permohonan: 09 Januari 2012
- Tarikh Tutup: 02 April 2012
- Tarikh Pendaftaran ke IPTA: 01-02 September 2012
Lepasan STPM/Setaraf (Lepasan Diploma/Setaraf/Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi 2010 dan sebelum – Lulusan AUSMAT, GCE A Level, HSC Foundation dan lain-lain kelayakan yang setaraf dengannya – Lepasan STPM 2011 – Lepasan STAM 2011/2010)
- Tarikh Iklan: 08 Januari 2012
- Tarikh Permohonan: 09 Januari 2012
- Tarikh Tutup: 02 April 2012
- Tarikh Pendaftaran ke IPTA: 01-02 September 2012
Lepasan SPM/ Setaraf Kategori A, B, C, D
- Tarikh Iklan: 08 Januari 2012
- Tarikh Permohonan: 09 Januari 2012
- Tarikh Tutup: 02 April 2012
- Tarikh Pendaftaran ke IPTA: 27 Mei 2012 (Program Pengajian Asasi), 03 Julai 2012 (Program Diploma)
Tarikh-tarikh tersebut juga ditunjukkan secara terperinci dalam jadual di bawah (klik gambar untuk saiz yang lebih besar). Maklumat lanjut berkenaan tarikh ini boleh diperoleh di laman web rasmi kemasukan IPTA.
Untuk tujuan permohonan ini, ingin diingatkan kepada adik-adik supaya tidak melengah-lengahkan permohonan walaupun tempoh memohon agak lama. Takut nanti tidak sempat membeli nombor pengenalan individu (NPI)/Nombor unik ID di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), nanti siapa yang susah?
Kepada yang masih tertanya-tanya tentang syarat kelayakan mengikuti program IPTA pula, apa kata anda semak melalui Sistem Semakan Syarat Khas Program ke IPTA (i-MAS-C-U). Semakan awal mungkin dapat membantu adik-adik memilih program yang sesuai dengan kelulusan dan juga minat masing-masing.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 41 comments… read them below or add one }
aku dah tak nak masuk universiti dah. penat dah belajar. hehe..
rehat-rehat dulu.. lepas ni baru masuk balik, hehehe
terimakasih info ini… kak jie ada anak yg tunggu result spm
sama-sama kak jie.. moga anak kak jie lulus cemerlang
good luck untuk adik-adik
ya.. semoga berjaya juga
selamat memilih kursus untuk adik2
pilih ikut minat dan kebolehan bukan ikut kawan karib
setuju bro.. pemilihan kursus awal tu memang penting
tq for this info..rase nk ambik 2nd degree..
insyaAllah boleh tu…
sorry kak nak tumpang berblog sama,saya baru masuk 4 empat
silakan.. xda masalah…
time ksh abg kulanz bg info pnting uh….
cam ne nak tau bila boleh cek upu utk 2012?
sya xtao nk eply upu,blh tlg bgi webste?prmohonan dbkak spnjg thun ke atau tggu iklan bru blh eply??
sya bru je dpt kputusan spm bru nie,blh sya eply skrg nie ke 2nggu iklan je?mnta tlg sgt bgi petua cmna nk msok uitm???tq,:)
salam nak tnya..saya terlepas pandang untuk permohonan matrik ni..jadi masih boleh ke sya memohon lagi?? tq
tq 4 de infmtion………………
salam nak tye,tarikh kemasukan pelajar lepasan spm bg diploma bape hb ek…yg dinyatakan kat sin 3 julai tp kat website upu 3 jun…mn satu yg betul ek…tq
bila tarikh semak upu untuk kmsukan diploma…..lepasan spm……
tolong reply kat blog AK yer….tQ…..
Assalamualaikum & salam sejahtera semuanya….
Di sini saya ingin bertanya, pada siapa2 yg ada pengalaman kakak/abang/kwn yg ambil spm 2010, ada tak yg dapat UITM ke, kalau dapat result SPM 2011 ( 2A 2B 2C 3E je…tolong ye…..terimakasih kerana menolong
brape pun result yg kte dpat,kdg2 xmnjamin kte msok u.tu sume atas rezeki msing2 & atas klayakn syrat2 yg dtetpkn.bdsarkn pnglaman,ada yg 7A xdpt u tp 2A je?dpt UIAM. ^_^
terimakasih cahaya….ada soalan lagi boleh ye….jika bulan mei ni saya dapat masuk politeknik….dan telah membayar yuran pendaftaran lebih kurang $ 1,000.00..tapi …tiba2 saya dapat UITM untuk second intake bulan nov 2012 ini…yuran politeknik tu macam mana…rugi la ye…kalau saya lari tempat lain pulak,,,,
maaf anak tunggal.bkenaan dgn itu sy kurng arif la.jika sy ad ap2 info.sy akan brithu kmudian @ ad ssiape dlaman ni yg lbih arif bleh bntu sme2.insyaALLAH yg tbaek slalu utk anak tunggal. ^_^
salam.nk tnye bila/tarikh fasa 2 upu bg lepasan stpm/setaraf klau result ny kluar minggu ke-2 julai?
wahh awalnye die punye tarikh prmohonan utk ijazah bulan september nnt, betol ke Encik Salleh? adehh, mknenye sy dah miss ar nie intake thun nie, baru je mhon ijazah haritu xdpt, ingtkan next intake lame lagi
me too…ingtkn xbukak lg..alamat kna tggu thn dpn laaa…ade x cara lain nk apply ipta slain guna pin num tu smua??? =(
salam…result upu semua dah tahu hari ini.. malang sungguh keputusan 6A, 5A, 4A ….dan ….. x dapat ke uitm. apakah kriteria yang di ambilkira hinggakan kami semua terlepas ke uitm berbanding tahun sebelum ini 2A 7B pun boleh lepas.
fathmiera. saya pun tak pasti dia kira macam mana. adek saya dapat 4A je. Elok je dapat UiTM kos akaun.
saya lepasan spm 2011…saya dah terima tawaran politeknik premier…nanti boleh tak saya buat permohonan untuk 2nd intake uitm?…
dik…..rasanya boleh, ikut pengalaman pelajar tahun lepas
tatikh mula upu fasa 2 utk lepasan matrik bile?
nak tanya boleh. sya dah dapat result upu utk lepasan matrik. sya dpt ump. tp sya xmnt kos yg sy dpt tu. akak sya ckp tggu la second intake. mcm mna nk apply utk second intake ye? tolong aja sya blh x?
Hello. Boleh saya tahu process utk apply 2nd degree? Saya dah graduate dari UiTM Shah Alam and bercadang nak ambil degree kedua. Apakah processnya dan results apa yg digunakan?
Thanks.
macam mane saya nak buat permohonan untuk second intake kat ukm tahun 2013/2014?
macam mana korang boleh tahu status permohonan diploma uitm korang????
tolonglah….aq tak tahu nak check kat mana
yg second intake tahun ni
Bilakah tarikh keputusan 2nd intake uitm lepasan spm 2012 diumumkan? Tarikh tutup permohonan utk sessi 2 @ uitm ditutup pd 26 august 2012 yg lalu.
bagaimana memohon kemasukan ipt bg pelajar lepasan stam untuk tahun ini(2012)..??
NAK TANYA LEPASAN SPM 2012 NAK DAFTAR ONLINE BOLE KE?
Issit thr is 2nd intake fr KPLSPM 2013 ?