Saya masih baru dalam dunia blog ni, tak pantas menegur, tak layak mencelah. Tapi, sebagai orang yang punya kuasa penuh terhadap blog ni, selagi saya bayar domain dan hosting sendiri, selagi saya ada kuasa menghidupkan suis komputer di rumah sendiri, selagi modem berfungsi untuk memasukkan saya ke alam maya ini, selagi otak berada pada tempatnya dan mampu berfungsi sebagai mana kejadiannya, maka selama itulah saya akan menulis mengikut apa yang terlintas di fikiran. ~
Pertama sekali saya mohon maaf kerana diakui saya kurang melakukan aktiviti blogwalking sepanjang minggu ni. Tak perlulah saya berdolak-dalik, tapi alasan paling utama, saya bukanlah blogger sepenuh masa dan saya juga punya komitmen lain yang perlu diuruskan. Namun tidak bermakna saya meninggalkan terus dunia maya ini. Jika ada kelapangan saya turut melompat dari satu tempat ke tempat lain, mencari ilmu dan belajar daripada orang lain.
Ada banyak juga yang saya peroleh sepanjang minggu ini. Tak kiralah kisah berkaitan dengan kehidupan di dunia realiti atau dunia blogging. Daripada berita suka duka adik-adik menerima keputusan SPM, serangan, pembunuhan kejam, jenayah dadah, pertikaman lidah dan lompat-melompat parti politik. Dunia maya juga tidak kurang isunya. Blogger mengeluh kerana iklan amat jarang keluar, masalah internet yang semakin tenat, isu ‘copy paste’ dan ‘right click’, blogger talam dua muka, kejayaan dan kegagalan blogger, sikap putus asa, contest, tips dan pelbagai lagi. Semuanya bercampur-baur. Mujurlah semalam sempat menenangkan fikiran bersama isteri menonton Tirai Akademi Fantasia 8 (walaupun saya tidak minat dengan rancangan ini).
Jadi, sebagai artikel penutup untuk minggu ini, saya akan gunakan mukadimah di atas sebagai topik utama yang hendak saya sampaikan. Berkenaan dengan tegur-menegur sesama blogger. Namun sebelum tu, ketepikan soal siapa anda tetapi cuba fikirkan sejauh mana anda sanggup menerima teguran?
Bagaimana bentuk teguran yang anda label sebagai teguran membina, teguran menjatuhkan atau memalukan, teguran merosakkan? Bagi saya sendiri, apapun cara atau bentuk teguran tu, tujuannya tetap satu, orang yang menegur ingin melihat seseorang berubah hasil daripada teguran itu. Tidak kira sama ada ia disampaikan secara kasar atau halus. Saya ambil satu contoh mudah. Kadang dalam kehidupan harian saya juga sering menegur anak-anak atau orang yang rapat di sekeliling saya. Cara teguran berbeza-beza bergantung kepada keadaan. Dalam suatu ketika saya menegur anak-anak dengan cara yang halus, tetapi sekali sekala saya perlu menegur orang dengan cara yang sedikit keras. Adakah saya salah kerana menegur dengan cara keras? Terpulanglah kepada anda sendiri. Tapi bagi saya, kalau dah tak dapat ditegur dengan cara yang lembut, gunakan cara yang kasar. Baru mendatangkan kesan. Janji niat di hati ikhlas untuk membantu. Itu pandangan saya, bagaimana pandangan anda sendiri?
Jadi, tidak kiralah siapa yang menegur kita, lebih tua atau lebih muda, jangan lihat pada usianya, tapi dengar dan fahami apa yang ditegur. Senang cerita. Orang yang menegur tu sebenarnya berusaha untuk membantu kita. Menjadikan kita lebih baik. Bukan hendak menjahamkan kita. Jadi fikirkan perkara yang positif walaupun kita ditegur dengan cara yang kasar. Apapun, kepada yang menegur pula, sebaik-baiknya usahakan dengan teguran yang lembut dulu. Jika sekali ditegur dengan lembut tak juga faham, barulah tegur dengan kaedah yang lain. Dengan cara ni mesti tiada sebab orang lain nak pertikaikan cara teguran kita tu.
Sebagai penutup pula, saya ingin memetik kata-kata Horatio Caine dalam CSI Miami:
… di penghujung hari jika kita tidak saling membantu, kita akan mati sendirian…

















said on March 15th, 2010 at 1:05 am
sama2 la berteguq sapa ye bro..hehe
said on March 15th, 2010 at 1:45 pm
betul tu bro, saling menegur dan mengingati, itulah yang kita nak.
said on March 15th, 2010 at 1:19 am
menarima teguran dan kritikan.. tapi biarlah pada tempatnya..

zik´s last blog ..Perancangan yang berkesan
said on March 15th, 2010 at 1:46 pm
setuju bro, kita terima suatu teguran atau kritikan jika ianya bersesuaian
said on March 15th, 2010 at 1:47 am
aku setuju tegur menegur tu penting. cuma mungkin tegur cara halus dulu. kalau tak boleh baru pakai cara kasar. betul tak?
said on March 15th, 2010 at 1:47 pm
paling penting biarlah teguran tu secara hormat..
said on March 15th, 2010 at 2:47 am
betul2…tegur step by step…lau cara lembut tak berkesan,kita guna cara keras tp bukan guna bhsa kesat..penggunaan bahasa itu penting…
said on March 15th, 2010 at 1:48 pm
aah, itulah yang dimaksudkan.. menegur dengan kasar atau keras tidak semestinya kita menggunakan bahasa yg kasar
said on March 15th, 2010 at 2:48 am
betul sgt.. tak kisah la yg muda skali mana pun menegur, klu dia punya ilmu n pnglmn utk dkongsi. so teguran tu sgt bermanfaat..

yg tua tak semestinya betul, yg muda tak semestinya dungu
arieza´s last blog ..::: My Future Career 8
said on March 15th, 2010 at 1:49 pm
memang tu lah yang patut kita amalkn, tak penting siapa yg menegur, yg penting apa perkara yg ditegurnya..
said on March 15th, 2010 at 8:20 am
Teguran & kritikan perlu untuk check & balance.
said on March 15th, 2010 at 1:50 pm
betul tu, teguran-teguran boleh membuatkan kita berfikir…
said on March 15th, 2010 at 9:57 am
pantang ditegur.. hehehe.. Lan.. tag tu nanti jawap boleh ye.. hehehe…
qimie´s last blog ..Ferrari Terkuat
said on March 15th, 2010 at 1:50 pm
xda masalah bro, tag tu anytime
said on March 15th, 2010 at 10:44 am
Menegur tu kira baguslah, niat tu baik kot. Bukan mengeji, itu dah tak baik tu.

Anjung Web´s last blog ..Bagaimana mengelakkan Image Hotlinking
said on March 15th, 2010 at 1:52 pm
kitapun faham apa makna teguran tu, janji ia disampaikan dengan cara yg betul..
said on March 15th, 2010 at 11:55 am
menegur dengan cara betul supaya orang tak melabelkan kita sebagai orang yang tak layak menegur dek kerana cara menegur kita yang kasar dan tidak enak di baca itu… =)
aini´s last blog ..Selamat Pengantin Baru Datin Paduka Umie Aida & Datuk Paduka Khairudin Abu Hassan
said on March 15th, 2010 at 1:55 pm
Tu la, mungkin ada org menegur cara kasar sbb beranggapan cara itulah paling sesuai utk orang yg ditegur tu.. apapun, sensitiviti orang lain kena fikirkan juga, ya kan?
said on March 15th, 2010 at 12:58 pm
lebih elok tegur menggunakan akal dari menggunakan nafsu..
said on March 15th, 2010 at 1:58 pm
thanks ingatan tu bro..
memang itulah yang sebaik-baiknya.. kadang-kala tak perlulah kita balas orang lain dgn kasar atau dengan amarah..
said on March 15th, 2010 at 2:41 pm
nak menegur pun ade batasnya..

ezany´s last blog ..Pengalaman Menonton Wayang 3D
said on March 15th, 2010 at 11:35 pm
thanks bro,
memang macam tu la sepatutnya
said on March 15th, 2010 at 2:46 pm
teguran yang baik kita ambil la yer,yang sebaliknya tu jadikan tauladan
wazy´s last blog ..Streamyx Oh Streamyx Part 2
said on March 15th, 2010 at 11:37 pm
sangat setuju bro wazy, yang penting orang yang kena tegur tu tahu apa yang ditegur pada dirinya.. baru dia dapat menilai baik buruk teguran tu
said on March 15th, 2010 at 3:12 pm
minat gak ngan horatio dalam csi nampak cool, tapi masih ingat time dia belakon watak sampingan dalam rambo dulu…hehe
yup setuju, tegur meggunakan akal jgn ikutkan nafsu…kalo boleh tegur dgn cara lembut dulu…aku suka kalo org tegur kerana sikap aku yg tak baik..
Nine´s last blog ..Tips Asas Mengubahsuai Header WordPress
said on March 15th, 2010 at 11:41 pm
fuhh, saya sanggup tengok berulang kali csi miami tu bro, minat dgn perwatakan horatio yg cool tu..
betul tu bro, maknanya menegur biar kena caranya.. paling penting biar kita menegur masa dah cool, jangan sampai menegur time hari membara, takut nanti masalah bukan selesai, tapi lebih berpanjangan
said on March 15th, 2010 at 3:47 pm
klu nak menegur biarlah bersopan..guna ayat yg tidak mnyakiti hati org lain.brulah org akn menghormati kite..xgtew bro?
azizan4444´s last blog ..Red Card – Setan Junior? Isk! Isk! Isk!
said on March 15th, 2010 at 11:42 pm
sesuai dengan budaya kita la kan bro.. barulah melayu tak ditelan zaman.. hehe
said on March 15th, 2010 at 3:57 pm
setuju ngn kata horatio hehe…juga ngan entry nih..:) tegur menegur perlu dlm hidup nih tp adab n tutur kata ms menegur kne jage
chill 

buzzy´s last blog ..Pisang Cuba Mencipta Sejarah
said on March 15th, 2010 at 11:43 pm
yang penting teguran mesti ada sebabnya..
said on March 15th, 2010 at 4:53 pm
tabik-tabik tok nenek cucu tumpang lalu..
(kalau tak nanti kena tegur)
muahaha!
pak dogol´s last blog ..terima kasih 2
said on March 15th, 2010 at 11:44 pm
hehe.. pak dogol
)
boleh-boleh.. sila berlalu.. hahaha.. (gurau-gurau pak dogol, jgn serius sgt, nti kena tegur juga..
said on March 15th, 2010 at 5:19 pm
sy pun masih baru..tp respect dgn bro…traffic tinggi..menegur dengan cara kasar tidak salah sekiranya tidak menggunakan bahasa2 yg terlampau menyakitkan seperti menggunakan perkataan bodoh dan lain2..itu just pandangan peribadi..mybe ada orang bole terima tapi ramai yg tak boleh terima…
black_mel´s last blog ..Apa Itu Alexa Dan Nuffnang
said on March 15th, 2010 at 11:48 pm
eh, mana ada traffic tinggi bro.. sama juga ni..
Sayapun sekadar minta pandangan orang lain.. mungkin dengan cara ni akan dapat beri kesedaran pada diri sendiri dan rakan-rakan lain… iyalah, kita ni siapalah di dunia ni kan.. so, kalau ada benda yg kita tak sukapun, kita tegur dengan baik.. tak rugi juga tu.. thanks bro bagi pandangan peribadi
said on March 15th, 2010 at 5:32 pm
tegur menegur – siapa juga berhak menegur apa yang tak berkenan di hati mereka – orang yang ditegur punya hak 100% untuk menerima / menolak teguran yang diterima.
tehr´s last blog ..Program Motivasi Pelajar – UiTM
said on March 15th, 2010 at 11:49 pm
betul tu, setiap orang punya sebab untuk menegur dan yang ditegur juga punya sebab sama ada menerima atau tidak
said on March 15th, 2010 at 9:10 pm
Salam ziarah.
Best n3 anda tu..dah habis saya baca. Orang yang menegur itu akan nampak pada keikhlasan..lihat cara dia berbicara, dengar suaranya dan terlebih dahulu dia merendahkan diri…baru dia menegur seraya dia mengur diri sendiri. Orang macam ini hebat dan bagus dijadikan sahabat. hehe!…sekadar pendapat kalau kebetulan apa yg saya cakap ada benarnya. Itu ilham dari ilahi. Salam kulanz…
said on March 15th, 2010 at 11:52 pm
sekadar perkongsian sebenarnya.. mungkin dengan cara ni minda kita akan terbuka sedikit..
said on March 15th, 2010 at 10:55 pm
salam lanz,
menegur ke arah kebaikan takde salahnya…jgn mengeji sudah
psstt!! best tu layan tirai af…aku blm tgk lagi..xde mood pulak mau tgk astro ria..hahaa, tp serius aku sukak ko pnya entry ini. peace~~
said on March 15th, 2010 at 11:55 pm
salam yan,
akupun nda minat sangat akademi fantasia tu.. cuma menemankan orang rumah tengok jak… hehe
yup, tegur menegur penting juga sbnrnya.. tu bole buat kita berfikir dan baiki diri jika perlu.. tapi kalau dah sampai tahap menghina/mengeji tu, mmg tak patut la..
said on March 15th, 2010 at 11:38 pm
sangat setuju dengan ulasan bro, teguran diperlukan untuk membaiki kelemahan, seeloknya tegur cara baik, kalau tak jadi juga baru boleh fikir cara yg lebih sesuai..
etomyam´s last blog ..Apa Dalam fikiran Bapak Bila Kahwinkan Anak Usia 11 Tahun?
said on March 16th, 2010 at 12:02 am
itulah yang cuba saya kongsikan bro..
kadang kita cakap dah memang sikap kita menegur cara kasar walaupun pada dasarnya sikap kita tidak sebegitu sebenarnya.. tapi berapa sangat orang kenal siapa kita? lagipun setiap orang punya persepsi yg berbeza, tak semua org boleh terima teguran cara keras, apatah lagi kalau guna bahasa kasar.. jadi tak salah jika teguran dimulakan dengan cara yg lembut..
said on March 16th, 2010 at 7:53 am
teguran bebeza2, ade org leh trima, ada org x leh trima.. kene care ok la
said on March 16th, 2010 at 9:54 pm
memang betul, sebab tu penting juga utk kita kenali seseorang sebelum menegur.. bukan apa, takut kita main sedap mulut tegur, kena org yg pantang ditegur, kita sendiri yang nahas
said on March 16th, 2010 at 8:01 am
yup bro.. sila tegur menegur memang elok diamalkan.. cuma orang yang menegur tuh berhemah la sikit.. hehehe.. biar berbahasa orang kata

SiPanda´s last blog ..Artis kedua yang bakal digantung!
said on March 16th, 2010 at 9:55 pm
memang itulah sepatutnya bro,
tak kisah sekarang ni dah zaman moden ke apa, tapi budaya kita kena juga amalkan..
said on March 19th, 2010 at 2:31 pm
Assalamualaikum,saudara ku bro kulanz..wa entry yang ayie nanti2 kan dari bro kulanz.. entry yang datang dari hati,yeep betul 2 bro tapi kadang2 yang mana dah tua nie payah sikit bila kita yang muda bagi pandangan dan begitu jugak yang muda.. x paham dengan dunia skrg,bila cakap kan dikatakan cakap lebih2.. emm dunia oh dunia