Alat berteknologi tinggi yang membuatkan pengguna terpegun dan berkata “wow!” adalah matlamat utama syarikat-syarikat pengeluar sejak akhir-akhir ini. Mungkin oleh sebab itulah, seorang designer British, Jeremy Innes-Hopkins telah berusaha memberikan masa depan kepada syarikat telefon mudah alih Nokia, dengan menghasilkan Nokia Kinetic.
Nokia Kinetic merupakan sebuah model prototaip (konsep) telefon mudah alih terkini yang menggunakan teknologi elektromagnet. Dengan bentuk aerodinamik, Nokia Kinetic dikatakan mampu “mengangkat dirinya” ke posisi “berdiri” atau boleh “menegak” dengan sendiri sekiranya ada panggilan masuk.
Fungsi ini dilaksanakan melalui elektromagnet pada Nokia Kinetic yang dapat mengalihkan berat di bahagian melengkung, menyebabkan telefon akan menegak sebagai isyarat panggilan masuk. Untuk menolak panggilan telefon pula, pengguna hanya perlu menekan telefon untuk membuatkannya jatuh semula.
Harap-harap Nokia Kinetic ni tak jadi penyebab bertambahnya bilangan pesakit jantung akibat terkejut dengan telefon yang tiba-tiba berdiri sendiri
Via: Gizmodo






{ 22 comments… read them below or add one }
adeeeii tn..ada sudahka pula hp bule bediri sendiri?..mcm bikin takut2 juga ini brg tau..tp mcm menarik juga ini..mangkali sama juga ini harganya sama laptop kelas pertengahan punyakan..
AKU recently posted..Radio Blog AKURadio Online SILATfm
tu lah, risau juga kalau hp ni tetiba berdiri, orang yg lemah jantung mesti terkejut. Macam-macam dah teknologi sekarang ni..
waah..menarik,tp design plak xbrape nk mnarik..huhuhu
apiih recently posted..Belajar Ilmu Pukau Dengan Mudah
teknologi dia memang menarik bro..
huyooo..tapi ada jendul2 ni tak suke plak…
mizzura recently posted..MTV WORLD STAGE 2010 – Pergi ke Tak Pergi
memang agak spoil bentuk melengkung tu..
memang dah canggih ni..
jangan nanti ad aorang terkejut ingat ada hantu lak tolong angkat hp tu sudah..haha
Mr.Z recently posted..Menabjubkan! Kucing Terbesar Di Dunia!
itulah, risau yang tu juga..
wah cool gile nokia kinetic ni!
Amir recently posted..Gambar Penggambaran Filem Nur Kasih The Movie
teknologi sekarang ni macam-macam..
wah3!. haha. hbt gila r hp mcm ni. siyes mkin hbt teknolgi. hoho. terbaik. aku nk 1. haha
acapz recently posted..Sebanyak 171 Juta Profil Facebook Di Muat Turun
jom kita g beli acapz
Betul keluar lagi hp ni.. nanti kalau ada bolehlah bro acapz dan suri beli,
hoho..makin mju..makin byk saingannya
memang makin maju teknologi sekarang ni..
perggh smart bro…
memang smart bro.. nanti dah keluar bolehlah kita beli
pergh, makin canggih ni, nak kena kumpul duit ni

etomyam recently posted..Review Bulan Julai- Jom Bincang!
memang benar2x inovasi baru nih.. nokia memang boleh..
jawatan kosong recently posted..SOXAL Vacancy as Project Engineers Jobs Singapore
makin canggih teknologi…
qimie recently posted..The True Legend – Chapter 1 Academy of The Brainiacs
ajy berharap yang airel peterpan tak salah guna telefon nokia ni hehehehe
mantap hp ni…