Home >> Blog >> Tempias Gerhana

Tempias Gerhana

by kulanz on 15/01/2010 · 27 comments

Salam
Pasti ramai dah tahu pasal gerhana Matahari Cincin yang berlaku pada petang tadi (15 Januari).  Bahkan sebelum pos ni aku tulis, aku sempat guna khidmat Google untuk dapatkan maklumat berkenaan gerhana hari ni. Masing-masing punya cerita tersendiri untuk dikongsikan. Sama ada cerita tu dibuat hasil daripada pengalaman sendiri mencerap atau memerhati kejadian gerhana, hasil daripada rujukan dan pembacaan atau mendengar cerita daripada orang lain. Sedikit sebanyak aku dapat tahu perihal gerhana ni.

Jadi, akupun tak nak lagi tulis pasal cerita gerhana Matahari tadi. Ni aku cerita pasal gerhana yang lain pula.

Semalam aku lewat sedikit online… tak ingat jam berapa… tapi rasanya atas-atas jam 10.00 malam macam tu… sebabnya bekalan elektrik mengalami gerhana penuh dan gerhana separa… ntah siapa yang suka buang karan ni sampai karan di rumah aku tak cukup (bukan rumah aku saja rumah lain yang berdekatan pun macam tu juga).

Berbalik kepada cerita online… selalunya kalau dah online.. pasti lepak rumah hijau ni dulu.. rindu sangat-sangat setelah seharian tak dapat online sebab siangnya aku sibuk dengan kerja-kerja harian…

Aku dah buka beberapa blog, tapi maklumlah, kalau dah sangkut di blog member lain yang baru update.. memang aku ambil masa beberapa minit untuk baca-baca… Dah habis baca, aku buka lagi beberapa blog… tapi ni aku heran, aku tinggalkan mesej di shoutbox… asyik2 gagal, pastu ada beberapa blog yang dah hampir 1 minit buka tapi masih loading…

Sekali tengok modem Billion hak milik TM… ~#@%|+-… dah gerhana rupanya.. lampu yang sepatutnya 5 menyala, tinggal lagi 4…  adehh… tadi elektrik, sekarang ni streamyx pula kena tempias gerhana… Akupun dengan selamba mematikan suis modem dalam 15 saat, kemudian buat direct connection (macam yang diorang suruh buat). Aku dah hafal sangat-sangat apa yang diorang suruh kita setting kalau ada masalah…  Dah cuba beberapa kali tapi lampu PPP tetap tak nak menyala, aku dengan selamba mematikan suis komputer dan layan TV…

Best juga dapat layan TV sekali sekala ni… Memang terasa sangat sebab aku tersangatlah jarang tengok TV… tapi belumpun aku sempat mengenali watak-watak dalam rancangan TV yang aku tengok tu, sekali lagi elektrik kena tempias gerhana… apa lagi, pilihan yang paling tepat.. tidur! Tu pasal aku tak sempat balas blogwalking semalam… harap jangan marahkan aku.. hehe.

Tu sajalah cerita aku pasal gerhana hari ni… kosong…
Kesimpulannya, apapun kejadian yang berlaku semalam, aku percaya pasti ada hikmah di sebaliknya…

Pagi tadi aku bangun dengan rasa segar sebab tidur aku cukup semalam… Datang kerja dengan penuh semangat… mengikuti mesyuarat pada sebelah pagi dan petang tanpa rasa mengantuk. Pasal gerhana Matahari Cincin petang tadi, aku tak ingatpun masa ia berlaku… Masa tu pejabat aku adakan mesyuarat… dan dalam masa yang sama hujan turun dengan lebat… hanya semasa memandu pulang dari pejabat tadi aku dapat dengar di berita radio pasal gerhana tu. Menurut berita, ramai orang berkumpul di suatu tempat untuk menyaksikan kejadian gerhana… sebahagian lagi berhimpun di masjid untuk menunaikan solat sunat sempena gerhana. Di manapun kita masa itu, yang penting kita dapat mengambil ikhtibar daripada kejadian itu dan semoga ia dapat meningkatkan keimanan masing-masing.

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 26 comments… read them below or add one }

1 911 January 16, 2010 at 12:16 am

Huhh… aku punya gerhana lagi dasat… mula2 karan, pastu strimik… samala kan (mentang2 la rumah kita ni jauhnya seribu batu, terikut2 pulak)

Pastu tengok TV – astro juga ikut gerhana, dekoder minta ganti. Adeii.. last2 layan zzz jak laa…
.-= 911´s last blog ..130110 : Aku Malas @ Sibuk? =-.

Reply

2 poodin January 16, 2010 at 1:26 am

mmg lagi dasyat gerhana ni .. dah x mintak bantuan kecemasan 911?
.-= poodin´s last blog ..Gambar Gempa Bumi di Haiti =-.

Reply

3 kulanz January 16, 2010 at 4:35 am

hehe.. mmg dasyat bro..
tp mmg x dpt minta bantuan dari 911, 911 pun kena gerhana..

Reply

4 kulanz January 16, 2010 at 4:33 am

haha… tu la.. ingatkan Matahari jak yg gerhana.. rupa2nya karan n tenet pun ikut gerhana sekali..

Reply

5 yanmie January 16, 2010 at 12:35 am

hahaha…kelakar baca komen 911. alahai modem dia ada gerhana rupanya..patutlah x nmpk kat memana..hehe…

Reply

6 911 January 16, 2010 at 12:49 am

hahahah… tu la pasal..
.-= 911´s last blog ..130110 : Aku Malas @ Sibuk? =-.

Reply

7 kulanz January 16, 2010 at 4:34 am

hehe.. tu la.. ramai juga yg menghilang semalam.. terutamanya yg guna port streamyx yg sama.. lepas tu, rumah bergelap pun sama2..

Reply

8 ipin's cool January 16, 2010 at 12:59 am

Salam ziarah
thanks nice info :)
.-= ipin’s cool´s last blog ..Alat Flaring dan Swaging =-.

Reply

9 kulanz January 16, 2010 at 4:34 am

salam..
terima kasih sudi berkunjung ke blog ni..

Reply

10 suki January 16, 2010 at 3:45 am

hehehe..kena pasang lagu gerhana ska cinta pulak pasni..kuang3
.-= suki´s last blog ..Gambar Gerhana Matahari 15 Januari 2010 =-.

Reply

11 kulanz January 16, 2010 at 4:36 am

wakaka.. jgn bro… nanti gerhana penuh pula jadinya.. :D

Reply

12 ariezxa January 17, 2010 at 1:37 am

si suki tu mmg dah tahap gerahan 24jam.. xleh tolong dh.. otak dia mgkn kena tempias gerhana :p
.-= ariezxa´s last blog ..::: >>> Aku Lesbo? Kau Kaki Kencing? =-.

Reply

13 Dak Wan January 16, 2010 at 4:35 am

Tapi Gerhana ni orang kata bawa bala. Ntahlah btol ke tak.
.-= Dak Wan´s last blog ..Rahsia Bulan Kelahiran =-.

Reply

14 kulanz January 16, 2010 at 4:46 am

Pernah dengar juga org ckp mcm tu…
Tapi bagi aku bala tu datang dari diri kita sendiri jgk…

Reply

15 cikjintan January 16, 2010 at 5:03 am

salam
hahaha…gelak dlu…lawak btul citer..kesian kan…kena tempias sikit2 kan,elok jgk,klu tak duk jd penunggu kat umah hijau kan..hehehe….just kidding..
.-= cikjintan´s last blog ..Paddle Pop Pudding =-.

Reply

16 ain January 16, 2010 at 2:55 pm

salam bro kulanz…

tak sangka gerhana kat tempat saya terkena tempias sampai ke tempat bro…

kat sini, jam 2 petang smlm tetiba karan ilang…

dah dkt nak masuk tahun 2020 pun ada lagi kes mcm ni kan…

kalau dah nama kuasa manusia takdenya boleh lawan kuasa yg Esa…

matahari ngan bulan tak pernah lupa terbit bila waktunya kan….
.-= ain´s last blog ..RIBBON KHAS UNTUK SEMUA BLOGGER =-.

Reply

17 kulanz January 16, 2010 at 9:08 pm

Salam ain,
hehe.. ada jg rupanya gerhana karan di tempat ain..

tapi betul macam yg ain kata… benda2 gitu x dpt kita elakkan… kita sebagai manusia biasa kenalah redha dgn apa yg berlaku..

Reply

18 zamhero January 16, 2010 at 4:41 pm

gerhana matahari memang macam nie biasalah nak masuk tahap penghujung.
.-= zamhero´s last blog ..Aku Minat Dengan Reader’s Digest =-.

Reply

19 kulanz January 16, 2010 at 9:42 pm

betul tu.. memang dah masuk tahap penghujung dah..

Reply

20 ajie January 16, 2010 at 4:43 pm

sama macam aku..dari pagi semalam sampai pagi tadi x boleh online.. huhuhu
.-= ajie´s last blog ..Dari seorang Kekasih Menjadi Adik!! =-.

Reply

21 kulanz January 17, 2010 at 2:23 am

tu la masalah..
kena selalu ni buat komplen spy diorang ambik perhatian ckit

Reply

22 arieza January 17, 2010 at 1:38 am

si suki tu mmg dah tahap gerahan 24jam.. xleh tolong dh.. otak dia mgkn kena tempias gerhana :p
.-= arieza´s last blog ..::: >>> Aku Lesbo? Kau Kaki Kencing? =-.

Reply

23 kulanz January 17, 2010 at 2:24 am

hehe..
biar suki yg jawab tu..

Reply

24 farra-eng January 17, 2010 at 4:34 pm

sni pun kejap2 eletrik hilang…jalan2 kali kan letrik nie haha..kulanz tolong ajar setting comment luv

Reply

25 kulanz January 18, 2010 at 1:11 am

oic.. ingatkan tempat kami je selalu macam tu… TNB pun problem juga rupanya…
- pasal comment luv tu, aku tengok dah install tu, ada apa2 problem?

Reply

26 jan January 22, 2010 at 12:56 pm

aik.ade jg ye camni…xpula sy taw
.-= jan´s last blog ..h a r i terakhir hidupku ~ =-.

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: