Temuduga Terbuka KPLSPM Pedalaman, Usaha Merapatkan Jurang Pendidikan
May 18th, 2010 | 11:52 pm | Pendidikan | 50 responses
Kementerian Pelajaran Malaysia memang mengambil serius tentang jurang pendidikan antara bandar dan kawasan pedalaman apabila mengambil langkah memulakan projek rintis mengadakan temuduga secara terbuka buat pertama kalinya bagi pemilihan calon Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM). Usaha ini dilakukan bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akses untuk memohon kursus tersebut secara online.
Usaha Kementerian Pelajaran Malaysia ini memang patut dipuji kerana proses memohon untuk mengikuti temuduga berkenaan cukup mudah. Bakal calon hanya perlu menghantar salinan keputusan SPM dan Kad Pengenalan tanpa mengisi apa-apa borang. Semua permohonan pula diuruskan oleh Pejabat Pelajaran Daerah untuk diproses. Sedangkan jika mengikut prosedur sepatutnya, kursus KPLSPM ini hanya boleh dipohon melalui talian dan pusat temuduga juga diadakan di luar daerah.

Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Dr Hj. Muhiddin Yusin semasa lawatan kerja ke
SMK Kanibongan dan SMK Pinggan-Pinggan di daerah Pitas
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, temuduga telah diadakan hari ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakun di Sungai Asap dan Pusat Kegiatan Guru Pejabat Pelajaran Daerah Marudi di Baram, Sarawak. Di Sabah pula, temu duga akan diadakan pada 24 Mei di Pejabat Pelajaran Daerah Nabawan, Pejabat Pelajaran Daerah Ranau serta Pejabat Pelajaran Daerah Pitas dan dijangkakan lebih 30 orang calon akan hadir di setiap tempat temu duga dan mereka akan menjalani tiga tahap ujian iaitu Inventori Sahsiah Keguruan (Insak), Temu Duga Kumpulan dan Temu Duga Individu sebelum dipilih ditahap seterusnya.
Semoga peluang seperti ini dapat dimanfaatkan oleh calon-calon guru dan diharapkan juga projek ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana dilihat usaha mengambil calon guru dari kawasan pedalaman mampu mengatasi kekurangan guru yang bertugas di pedalaman.
Update: Adalah dimaklumkan bahawa temuduga di kedua-dua negeri telahpun diadakan seperti berikut:
Sarawak – 18 Mei 2010 – bertempat di SMK Bakun di Sungai Asap dan Pusat Kegiatan Guru Pejabat Pelajaran Daerah Marudi.
Sabah – 24 Mei 2010 – di Pejabat Pelajaran Daerah Ranau, Nabawan dan Pitas.
Sama-sama kita harapkan agar temuduga seperti ni akan diadakan lagi pada masa akan datang
















said on May 19th, 2010 at 12:53 am
tahniah kepada kementerian kerana mengambil langkah yang sepatutnya dibuat dahulu lagi. harapan saya agar ianya akan dikembangkan ke negeri-negeri lain seluruh negara
tehr´s last blog ..Pendidikan Seks Di Sekolah
said on May 19th, 2010 at 8:53 pm
Memang setuju kalau projek ini diteruskan pada masa akan datang dan diperluaskan ke negeri lain..
said on May 19th, 2010 at 10:31 am
kementerian benar2x mengambil langkah yang patut dilakukan bagi calon2x guru..
jawatan kosong´s last blog ..BEHN MEYER SALES MANAGERS,TECHNO-COMMERCIAL EXECUTIVES, STOREKEEPERS
said on May 19th, 2010 at 9:27 pm
betul tu… langkah ini memang sangat memudahkan calon-calon kerana tak perlu bersusah payah memohon secara online
said on May 19th, 2010 at 5:16 pm
salah satu usaha yang bagus

zik´s last blog ..Cara untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.
said on May 19th, 2010 at 9:28 pm
aah.. moga dapat diteruskan pada masa akan datang..
said on May 20th, 2010 at 3:12 am
bagus la..lepas ni cikgu pedalaman boleh keluar bandar..cikgu bandar tetap la masuk pendalaman..at least ada give and take..keke
Azizuan´s last blog ..Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita
said on May 23rd, 2010 at 8:22 pm
betul juga.. bertukar-tukar tu pun bagus..
said on May 20th, 2010 at 6:27 pm
Memang cantik sgtlah kementerian buat camni..aku cukup menyokong dan moge diperkembangkan lagi dgn lebih meluas..
p/s – Mungkin juge bagus kalau dewan2 orang ramai yg terbiar tanpa aktiviti digunakan utk tujuan2 yg berfaedah camni..
hafizmd´s last blog ..Kenapa manusia makin ‘lupa’ dan ‘buta’
said on May 23rd, 2010 at 8:25 pm
betul, harap usaha spt ini diteruskan pada masa-masa akan datang..
said on May 21st, 2010 at 6:10 pm
Jika saya tinggal di Kota Kinabalu dan berminat untuk menghadiri Temuduga Terbuka KPLSPM di Ranau, adakah saya layak dan bagaimana saya memohon untuk menghadiri temuduga tersebut?
Sila jawab secepat yang mungkin. Ribuan Terima Kasih.
said on May 22nd, 2010 at 12:51 pm
Salam Siti, maaf lambat memberikan respon..
Walaupun dinamakan temu duga terbuka, tapi ada syarat ditetapkan yang bakal calon perlu mendaftar untuk mengikuti temu duga tu.. dan setahu saya tarikh pendaftaran telahpun ditutup dan tinggal utk temu duga sahaja..
said on May 22nd, 2010 at 8:47 pm
salam..saya amat berminat untuk menghadiri temuduga terbuka tersebut..saya dari semenanjung..bolehkah saya menghadirinya?..Bolehkah tuan senaraikan tarikh,masa dan tempat temuduga tersebut yang bakal diadakan?
said on May 23rd, 2010 at 9:14 am
Salam fatin,
kalau di sabah temuduga tu diadakan di daerah Pitas, Ranau dan Nabawan saja.. tarikh temuduga pada 24 Mei ni..
said on May 23rd, 2010 at 3:19 pm
Salam..saya pemegang ijazah sarjana muda dan hnya bekrja sndri tp sgt berminat dlm bidang pergurun.thun ini shj 2kali tmdga gstt sy hadiri tp rezeki xmeyebelahi sy.bgtu jg dgn kpli/dpli.tp semua ini x mematikan smgt sy mgejar cita2 sy.
soalan sy :bole ka sy mghadiri tmdga ini?
said on May 23rd, 2010 at 8:29 pm
setahu saya pengambilan ini hanya dibuka untuk lepasan SPM. Apapun harap bersabar sebab peluang untuk Adila tetap ada. Pengambilan KPLI/DPLI pada masa akan datang ttp dibuka dan mungkin rezeki Adila akan ada juga nanti.
said on May 23rd, 2010 at 3:43 pm
boleh ka saya menghadiri temuduga terbuka tu esok d daerah pitas kerana saya tinggal di daerah kota belud.TQ….
said on May 23rd, 2010 at 8:39 pm
KPM menetapkan syarat wlupun ia temuduga terbuka, tapi bakal calon perlu menghantar sijil/slip keputusan untuk disenaraikan sebagai calon temuduga.. Proses pendaftaran telah dilakukan 3 minggu lepas dan pendaftaran terakhir dibuat hari khamis lepas sbb tak cukup kuota 30 org.. dan setahu saya senarai nama calon yg layak temuduga telah dikeluarkan. Saya tidak pasti sama ada boleh hadir temuduga tu tanpa mendaftar tlebih dahulu..
said on May 23rd, 2010 at 5:45 pm
boleh ka sya mnghadiri temuduga terbuka esok wlpn sya bkn tinggal d kawasan-kawasan tersebut…dan sya juga d beritahu bahawa hanya dtg trs ke sesi temuduga tnpa perlu mndaftar..saya brtnya sndri dgn pegawai dari pejabat gabungan guru…kerana ramai yg tidak mengetahui perkara ini..
said on May 23rd, 2010 at 8:42 pm
Saya tidak pasti pasal tu sbb saya tidak terlibat dgn sebarang pengurusan atau pengambilan temuduga.. walau bagaimanapun sebagai makluman awal, kelayakan untuk menghadiri temuduga ditentukan berdasarkan syarat 6 kredit peringkat SPM. 6 kredit tu termasuk mendapat 3A mana-mana mata pelajaran dan 3 kredit lain. Jika ada pegawai dari pejabat gabungan guru? mengatakan boleh hadir, tiada salah utk mencuba…
said on May 23rd, 2010 at 10:59 pm
sangat setuju dgn usaha kerajaan merapatkan jurang pendidikan di luar bandar…apa2 pun semoga penemuduga memilih calon yang terbaik dan layak untuk mengikuti program KPLSPM ni…usaha ini perlu diteruskan sb time sy dulu ssh nak dapat sb kat pedalaman dan buta ICT, syukur lah dgn usaha+doa berjaya juga sy masuk ke IPG utk dilatih menjadi seorang guru…Syukur Alhamdulillah
said on May 23rd, 2010 at 11:33 pm
Betul tu, langkah macam ni lah yang kita nantikan sejak dahulu.. harap kementerian meneruskan usaha ni dan beri kemudahan kepada pelajar di kawasan pedalaman.. lagipun sekurang-kurangnya pengambilan calon guru dari pedalaman akan dapat mengatasi masalah kekurangan guru di kawasan tsbt.. yg penting calon yg terlibat dpt mengambil peluang sebaik mungkin..
said on May 24th, 2010 at 9:34 am
saya amat berminat untuk menjadi guru di kawasan pedalaman kerana ingin mendapat pengalaman di tempat lain.namun demikian saya tinggal di daerah miri.adakah temuduga ini ada di jalankan di kawasan miri.sila hubungi saya pada talian ini * ,saya adalah lepasan stpm tahun 2008 tetapi tidak mempunyai kerja yang tetap
said on May 24th, 2010 at 9:40 am
saya salah taip num tlfn *.saya baru mendpat thu ttg temuduga ini pada jumaat lepas.
said on May 24th, 2010 at 10:45 pm
Temuduga di Sarawak telahpun diadakan pada 18 Mei di SMK Bakun di Sungai Asap dan Pusat Kegiatan Guru Pejabat Pelajaran Daerah Marudi. Di Sabah temuduga tu telah diadakan di Ranau, Nabawan dan Pitas pada 24 Mei.. harap cik hasimah tak kecewa sbb kelewatan tu.. Mudah-mudahan KPM akan mengadakan pengambilan spt ini pada masa akan datang..
p/s: no telefon tpaksa saya padam utk tujuan keselamatan
said on May 27th, 2010 at 12:22 pm
saya sudah menghadiri temuduga ni..tapi sy spm tahun 2007..dapat 3A JUGA,,RASANYA SAYA DAPAT KA TAK?HEHEH
said on May 28th, 2010 at 10:41 pm
yang penting umur tak lebih 20 tahun pada tahun temuduga/pengambilan.. tapi kalau ada rezeki InsyaAllah boleh dapat juga tu..
said on May 27th, 2010 at 1:22 pm
Salam, adalah diharapkan temuduga KPLSM akan diadakan di seluruh negeri , sabgai contoh di negeri pahang pun ada juga kampung yang tidak mendapat memudahan ict sbagai contoh taman negara jerantut pahang.
said on May 28th, 2010 at 10:42 pm
harap kementerian pelajaran akan beri perhatian pada perkara ni
said on May 27th, 2010 at 1:24 pm
Salam, adalah diharapkan temuduga KPLSM akan diadakan di seluruh negeri , sabgai contoh di negeri pahang pun ada juga kampung yang tidak mendapat memudahan ict spt taman negara jerantut pahang amat jauh di pedalaman.
said on May 28th, 2010 at 7:56 pm
salam………adalah turut diharapkan juga tmuduga seumpama ini untuk gstt yg mempunyai ijazah yang tidak mendapat peluang untuk memasuki kpli n dpli.
said on May 28th, 2010 at 10:42 pm
memang itu yang kita harapkan.. moga diberi perhatian oleh kerajaan, khususnya KPM
said on May 28th, 2010 at 11:10 pm
saya nak tanya, bilakah temuduga seterusnya diadakan di sarawak serta kawasan yang terlibat? bolehkah pihak tuan menyenaraikan untuk saya? terima kasih..
said on May 29th, 2010 at 12:08 am
Temuduga di Sarawak telahpun diadakan pada 18 Mei di SMK Bakun di Sungai Asap dan Pusat Kegiatan Guru Pejabat Pelajaran Daerah Marudi.
said on May 30th, 2010 at 9:36 am
saya berumur 30 tahun. sya pernah menjadi gstt dari 2002-2004. sya menduduki spm dan stpm 1997 dan 1999. Sya juga sering menjadi guru ganti untuk guru-guru daerah telupid. adakah saya layak untuk menghadiri temuduga terbuka guru pedalaman sabah ini di masa akan datang.
said on June 5th, 2010 at 3:40 pm
berdasarkan syarat yang lepas, calon mestilah tidak melebih umur 20 tahun pada tahun pengambilan (biasanya akan ditetapkan tarikh tertentu). Apapun kita harap kementerian mempertimbangkan syarat umur ini..
said on June 5th, 2010 at 11:18 am
salam..boleh sy tw bila keputusan temuduga d ppd ranau akan d keluarkan…???
said on June 5th, 2010 at 3:42 pm
rasanya keputusan akan diumumkan serentak untuk semua ppd.. berkemungkinan juga keputusan akan diumumkan serentak dengan permohonan yang dibuat secara online hari tu.. apapun, saya akan cuba update sekiranya keputusan telahpun dikeluarkan..
said on June 6th, 2010 at 3:48 pm
kulanz,masih ada ke temuduga terbuka utk calon guru pedalaman sabah & sarawak??
sy baru tau ada temuduga terbuka di srawak kelmarin (5/6/2010)..
tp sy tgk temuduga dah dijalnkn 18/5/10..
sy dari srwk…masih ada interview terbuka?
said on June 7th, 2010 at 9:56 pm
setakat ni kita belum menerima sebarang makluman tentang adanya temuduga terbuka kali kedua… bagaimanapun jika ada, saya akan kongsikan di sini nanti..
said on June 7th, 2010 at 8:51 pm
salam..
saya berminat bila dgr ada interview terbuka utk cgu pedalaman utk sabah n sarawak…sy memang minat nk jd cgu tapi xde peluang..temuduga terbuka ni khas utk lepasan SPM je ke? utk lepasan ijazah xde ke? banyak kali apply KPLI langsung xdpt..takat test je pas tu lgsung xde brita.. banyak masa n bazir duit…kalau kami nk turut serta interview ni boleh ke.
said on June 7th, 2010 at 10:12 pm
salam,
temuduga terbuka yang lepas memang khusus untuk pengambilan lepasan SPM saja.. umur tidak melebih 20 tahun pada masa pengambilan.
Jika berminat untuk menyertai bidang pendidikan, teruskan berusaha jika masih berpeluang untuk mengikuti KPLI pada pengambilan berikutnya, sebab kita tak tahu rezeki kita.. Dalam masa yang sama kita berdoa agar akan ada sesi pengambilan khas (temuduga terbuka) calon pedalaman untuk KPLI nanti
said on June 12th, 2010 at 11:08 am
Salam…
Saya ingin mengetahui, bilakah tarikh keputusan bagi temuduga terbuka diatas kerana saya telah pun mengikuti temuduga terbuka di daerah ranau dan sedang menunggu keputusan, namunn begitu, saya tidak tahu bilakah tarikh keputusan akan keluar…
Saya berharap agar pertanyaan saya ini dapat dibalas secepat mungkin…
Terima kasih…
said on June 12th, 2010 at 11:30 am
Salam,
Kamipun belum mendapat makluman bila keputusan akan dikeluarkan.. Mohon rujuk respon saya di atas (kpd siti baizura). Sudah ada jawapan di sana, terima kasih
said on June 14th, 2010 at 10:54 pm
saya amat menghargai usaha kerajaan utk membantu kwsn pdlmn sbh n swak. tp, sya rasa phak kerajaan jg seharusnya memberikan peluang kepada graduan2 yang tlh hbs bljar n masih menganggur…bukankah kerajaan skrg ingin melahirkan penddidik diklgn lepasan universiti??????….Harap kerajaan dpt menimbangkan perkara ini….tq
said on June 14th, 2010 at 11:59 pm
Salam,
kerajaan memang memberikan peluang kepada semua golongan, sama ada lepasan SPM dan juga lepasan universiti. KPLSPM ni untuk lepasan SPM, KPLI/DPLI pula untuk lepasan universiti/kolej. Apapun peluang tu bergantung kepada rezeki masing-masing. Itu kita kena percaya…
Sekiranya saudari berminat untuk menyertai profesion perguruan, boleh cuba permohonan KPLI untuk pengambilan akan datang. Saya akan kongsikan maklumat jika mengetahuinya. Terima kasih.
said on August 12th, 2010 at 11:58 am
salam, saya berminat kerja di sektor awam, terutama sekali dalam bidang pengajaran, saya ingin menginguti temuduga ini,ini kerana saya masih lagi sedang mencari kerja.