Terima Kasih 2009

December 31st, 2009 | 11:50 pm | Blog | 43 responses

Salam,

Sebelum tu, aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru dan memang ni adalah artikel penutup untuk tahun 2009 di blog ni. Tak sedar tahun 2009 dah nak berakhir. Masuk Januari 2010, bermakna sudah 6 bulan aku aktif dalam berblog (kalau guna blogspot, guna wordpress ni 3 bulan)… masih baru sebenarnya.. apa gelaran tu, newbie? Yes, aku memang newbie pun! Sampai bila-bila aku tetap anggap diri aku newbie sebab dalam hidup ni setiap kali kita belajar satu ilmu yang baru, maka di situlah kita akan menjadi newbie.

Tapi jangan tak tau, webblog aku yang pertama aku dah publish sejak tahun 2002 lagi. Masa tu, aku tak kenal blogspot, wordpress atau joomla… yang aku tahu masa tu ada beberapa web hosting yang bagi tumpang diorang punya web server, antara yang jadi pilihan aku masa tu ialah Geocities yang disediakan oleh Yahoo. Tapi sekarang ni geocities tu rasanya tutup dah pun. Blog aku pun dah tutup.. tak sempat popular, hehe… Niat untuk berblog tidak kesampaian apabila time tu aku ditimpa pelbagai kegagalan dalam hidup.

Masa aku mula-mula buat webblog dulu, aku tak pasti sama ada dalam Malaysia ni dah ada web hosting apa… maklumlah, pengetahuan aku pasal benda-benda tu agak sempit.. belum khatam sejarah IT di negara ni. Tapi daripada pengalaman aku, zaman tu memang susah sangat nak buat webblog… terpaksa guna pengetahuan sendiri untuk setting itu ini… orang dulu-dulu tak sah kalau tak guna MS Frontpage, Dreamweaver, notepad dan lain-lain untuk buat webblog.. Nak cari template percuma, memang susah! So aku nak tanya, ada siapa2 pernah guna ni untuk buat webblog? Sila angkat tangan…

Pastu terpaksa pula edit pic guna paint atau photoshop (entah versi berapa) atau kalau nak yang lagi cun, boleh guna Macromedia Firework untuk buat pic animasi… (actually guna photoshop pun boleh juga buat *gif tu, tapi aku lagi suka firework). Memang time tu nak buat 1 page yang cantik ambil masa 1 hari baru siap… sebab terpaksa belajar guna kreativiti sendiri susun page dan edit skrip html, java, adjust css dan paling penting set link dari satu page ke page lain kena betul. Semua ni kita buat secara offline! Guna PC sendiri sebagai server sementara..

Lepas dah siap buat page dan contents, kita kena upload semua benda tu ke web server. Dulu-dulu nak upload-download ni satu hal… Aku dari dulu duduk kampung… connection internet guna dial-up. Kelajuan dapatlah dalam 14.7 kbps… tu pun waktu malam… Kalau sekarang ni kelajuan intenet aku masih camtu baik aku layan PS3. Syukurlah sekarang ni streamyx dah ada… Nak try macam mana nak upload cara dulu-dulu? Senang jak tu, kalau yang guna hosting dan domain sendiri (sewa maksudnya), buat webblog guna wordpres, pastu download mana-mana template, extract dulu pastu upload file tu ke web server satu persatu…tengok, berapa lama nak upload benda tu… hoho, mesti orang cakap tu kerja bodoh! Dah ada kerja senang, nak lagi buat yang susah.. Tapi memang dah macam tu hakikatnya orang dulu-dulu buat webblog atau website.

Sekarang ni semua tu kita tak perlu buat dah… buat webblog guna blogspot atau wordpress boleh siap dalam 30 minit termasuk first entri. Siap dapat publish lagi! Senangkan? Dalam satu hari bole buat dua tiga blog. Nak kenalkan blog kepada rakan blogger lain pun cukup senang, dah ada shoutbox. Banyak pilihan, terpulang apa jenis yang kita suka. Boleh juga tumpang backlink daripada blog rakan atau website yang sediakan kemudahan tu. Hantar site kita di enjin carianpun sangat mudah. Banyak dah kemudahan tu disediakan. Kalau untuk Google boleh gunakan kemudahan Google Webmaster Tools atau add url di google… dan banyak cara lain boleh digunakan untuk menjadikan webblog atau website kita cepat terindeks di enjin carian, yang penting kita rajin cari maklumat atau tips-tips di Google…

Seterusnya untuk tulis entri pula taklah susah sangat, tulislah apa-apa entri yang kita suka di webblog kita. Dah memang itulah konsep asal webblog…kira macam diary elektronik yang boleh dicapai secara online menggunakan talian internet. Tapi yang ni aku tak nak jelaskanlah… rasanya semua tahu apa tujuan kita hasilkan webblog… Jangan fikir kita cerita pengalaman peribadi orang tak baca… memang tetap ada juga orang yang akan baca tu… sebabnya setiap orang yang mencari maklumat di internet mempunyai tujuan dan motif masing-masing.

Aku tulis ni bukan apa, saja nak bagi semangat untuk diri sendiri (dan bagi rakan-rakan yang minat kongsi pengalaman). Aku akui kadang tu aku jadi lemah semangat berblog ni… Tomahan daripada blogger lain, kata-kata cacian dan sumpah seranah di shoutbox, blogger tak layan dan macam-macam lagi… Aku kalau blog walking ni kadang tak kira siapa blogger tu… Aku main belasah jak singgah baca-baca dan kadang tu tinggalkan komen. Tapi aku datang banyak kali blog dia, tinggalkan pesanan, dia langsung tak bagi respon, jengukpun tidak.. tak taulah kalau diapun jadi silent reader macam aku… Kadang tu malu juga dengan diri sendiri. Tapi tak kisahlah, tu hak masing-masing…

Last but not least, walaupun aku ni masih newbie dalam berblog (mungkin tetap jadi newbie selama-lamanya.. ), nasihat aku pada kawan-kawan  kalau dah buat blog tu, teruskan usaha kalian…Kuatkan azam di tahun baru nanti.. Jadikan tohmahan, kritikan, umpatan, perli dan pelbagai kata-kata kesat sebagai cabaran kepada diri sendiri. Tetapkan matlamat  masing-masing. InsyaAllah, sekecil-kecil usaha murni yang kita buat pasti akan mendapat balasan daripadaNya… Tapi kalau dah berjaya tu, janganlah sampai kita jadi sombong, lupa diri dan sampai tak ingat yang kita pernah berada di bawah, kita pernah bermula daripada zero! Tiada satupun webblog di alam maya ini yang hari ni kita publish, besok 1,000 orang sehari datang melawat. Kita semua merangkak dari bawah…

Terima kasih 2009… tahun ni aku lahir sebagai orang baru dalam dunia webblog…

Artikel lain yang mungkin berkaitan...
HIDUP SEORANG BLOGGER

Semua artikel yang terkandung di blog ini hanya pandangan penulis semasa-mata, melainkan artikel berbentuk ilmiah/berita/informasi yang setiap satunya akan disertakan sumber rujukannya sekali.


Menyalin atau menerbitkan semula sebarang artikel daripada blog ini adalah dibenarkan untuk tujuan kebaikan. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.


Sebarang persoalan yang berkaitan dengan kandungan blog boleh dikemukan melalui Email.

 

43 Responses to “Terima Kasih 2009”

  1. 1

    Assalamualaikum,betul 2 bro kulan,dulu bukan main susah coding nak kena simpan dalam memory kepala pakai notepad,sekarang dah oklah sikit dengar-dengar kabo pun insyllah web 3.0 akan keluar dan kemunclan css loyout yang lagi gempak..Ayie Pun baru lagi dalam bidang blogging :D ,nice artikel.

    • 2

      waalaikumsalam wbt
      memang susah jg coding ni.. tp tu smua x mustahil untuk kita buat klu ada kerajinan utk blajar buat..
      Harap2 web 3.0 tu tak susah utk edit balik codingnya.. nak cuba juga tu..

  2. 3

    salam bro kulanz,

    satu penghargaan rasanya bila ada yg sudi tinggalkan jejak atau komen pd setiap n3 yg kita publishkan….suka sangat-sangat kan…

    saya dulu, hanya jadi silent reader dkt satu dua blog jer, bila seronok mengikuti cerita mereka baru la terbit keinginan punya laman blog sendiri…

    tak sangka, bila dah berjinak mula la jatuh cinta. lagi seronok dan excited bila kenalan makin bertambah dan ada yg sudi mengomen…

    waktu mula2 menulis saya hanya buat n3 untuk diri sendiri, diibaratkan seperti diari. Bila blog ada yg sudi kunjungi baru la n3 berkisar pengalaman dan sesuatu yg boleh dikongsi dgn rakan yg lain….

    sungguh indah sebenarnya dunia blogigng ni kan. kalau betul niat kita, pasti ada kebaikan yg kita dapat disebaliknya…
    ain´s last blog ..NOTTI-FACE GIVEAWAY My ComLuv Profile

    • 4

      Salam ain,
      samalah dgn aku dulu, mula2 tu buat blog sekadar suka-suka, lama2 jatuh cinta..

      tambah lagi dah dapat komen yg pertama daripada seorang rakan, Irnanis/mka (ni aku takkan lupa sampai bila2), rasa cukup dihargai… dari tu aku ambil keputusan utk lebih komitmen dlm berblog ni..Alhamdulillah sampailah sekarang…

      memang betul dunia blog ni klu kita dah masuk, bagus sebenarnya.. selain dapat bkongsi ‘sesuatu’ daripada rakan lain, kita jg dapat berkongsi dengan pembaca/rakan.. dan InsyaAllah kalau apa yg kita buat tu kerana keikhlasan, manfaat akan datang kepada diri kita dan org lain yg berkongsi dgn kita..

      Moga ain juga teruskan tabah dlm mharungi duni blog ni

  3. 5

    fuyoo.. susah jgk ek zaman dulu kala ni.. skarang snang je, xasmpai stengah jam dah dapat 1 blog..
    Lonecryer´s last blog ..Selamat Tahun Baru My ComLuv Profile

    • 6

      a’ha.. mmg susah.. tapi mujurlah ada pakar yg sudi bkongsi dgn kita, t’utamanya penulis2 coding yg sediakan template pcuma…

  4. 7

    dilot dulu pernah buat entri pasal komen ni..”http://www.dilahdilot.com/nak-bg-komen-ke-tak”

    betul kata ain…=)

    dilot pun pernah alami jugak..tinggal kan jejak, banyak kali jugakla..tp tak pernah pun dia nak singgah balik..bila dengar dari member2.. baru tau….”yg tu sbnrnya…o***”..hehe..
    dilot´s last blog ..Astro B.yond Bloggers Night My ComLuv Profile

    • 8

      klu yg otai tu tak heran.. aku selalu juga jenguk blog diorang yg popular tu.. baca2 mana yg beri manfaat… tapi klu nak tinggalkan komen/jejak mmg aku segan…iyalah, sedar jg diri siapa… hehe
      tapi yg heran tu, yg bukan otaipun ada jg yg menyombong…. entah, aku buat salah ke apa aku tak tau… tapi klu mcm tu sikap awal2 mmg susahlah…

      • 9

        pada pendapat ain la kan, kita berkawan jer dengan mereka yg sudi, yang tak sudi tu terpulang la pada mereka, janji kita tak rugi pape….betul tak???
        ain´s last blog ..ANUGERAH TERINDAH DI AWAL TAHUN BARU My ComLuv Profile

        • 10

          betul jgk tu ain.. takkan kita hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.. hehe,
          apa2pun… usaha utk mnjalin psahabatan ttp dilakukan…

  5. 11

    salam bro…

    dulu-dulu biasa la tu bro,tak macam sekarang ni,semua dah tersedia ,apa-apa pun semoga sukses dan murah rezeki di tahun 2010 ni yer
    wazy´s last blog ..Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 My ComLuv Profile

    • 12

      salam bro wazy,
      ya.. syukur skrg ni bnyk dah kemudahan yg kita bole guna…
      moga bro wazy juga sukses dan murah rezeki..

  6. 13

    bro… mmg susah la dlu2 ek… tp cmne nk maintain dpt income ngan blog bm nih? aku x reti, adsense ngan tnx je yg aku bole la…. SEo pown bru blaja je bro… xde la susah sgt tp ok la… ade lg tips2 utk memajukan diri dlm blogging? aku mmg minat blog, duit x kisah sgt… tp klu dpt side income best gk tu. anyway hepi new year.
    tedrichie´s last blog ..How to make free e-book and how to make money with free e-book? My ComLuv Profile

    • 14

      dulu2 mmg susah bro.. tapi tu kisah lama.. skrg ni bnyk dah kemudahan…
      mmg susah nak maintain klu stakat blog bm, kena ada entri yg dapat tarik minat pembaca.. mcm bro okey apa… bole tulis english.

      ..klu nak maju dlm dunia blog x ssh bro, janji kita rajin, aku guna bbrp tips ni bantu diri aku utk cuba maju:
      1. Tingkatkan SEO, untuk WP wajib pasang plugins SEO, ni yg aku guna “All in One SEO Pack”. Search je plugins guna keyword tu.. Klu SEO ok, xda mslh utk blog kita terindeks di google… so, senang org capai blog kita selain daripada blogwalking…
      2. Traffic: Aku tetapkan sasaran berapa pelawat yg datang ke blog kita dlm seminggu/sbulan.. Sbg pemulaan, tak kisah klu pengunjung stakat blowalking atau nak baca.. dan kita kena capai sasaran tu dgn apa cara yg ada..tambah sasaran dari semasa ke semasa..
      3. Social network: ni pun aku guna juga.. antaranya twitter dan NetworkedBlogs di facebook. Utk twitter aku daftar di http://mrtweet.com.. dlm masa singkat dpt ramai members. Pastikan kita set supaya entri kita dipos scara automatic di tweeter.. sbb aku selalu prasan setiap kali aku buat entri baru.. ramai pelawat dr luar negara jenguk blog aku (referrer mesti dr twitter). Tp syng blog aku dlm bm, manalah diorang paham.. hehe
      4. Bnyk cabaran dlm bblog ni.. yg penting kuatkan semangat.. jgn peduli dgn tomahan org lain.. janji kita tak pos sesuatu yg merosakkan diorg..

      Actually, aku pun baru dlm dunia blog ni bro, masih tak layak dipanggil blogger.. tapi klu ada usaha.. suatu hari nanti kitapun boleh bjaya juga..InsyaAllah..

      Sori bro, panjang sangat balasan.. hehe

      • 15

        Assalamualaikum,betul 2 bro kulanz Ayie setuju dengan pendapat bro kulanz..janji sesedap kita menaip..Ayie pun masih baru dalam dunia blogging,taip malay pun fail inikan nak writing english lagilah fail + eror..heheh

        • 16

          waalaikumsalam..
          harap2 tahun ni lebih bnyk idea dpt kita kongsikn.. tak kira tulis BM or BI..
          .. dan azam tahun ni jgk, klu bole lari ckit dari konsep sedia ada (tajuk/entri yg tlalu skema)… nanti org x minat baca.. hehe

  7. 17

    setiap hari kita belajar sesuatu yg baru….

    selamat tahun baru….
    IxoRa´s last blog ..Tahun baru usia pun baru…. My ComLuv Profile

    • 18

      Betul tu cik pora,
      Moga tahun ni lebih banyak yg akan kita pelajari..
      selamat tahun baru..

  8. 19

    selamat tahun baru tuan rumah…

    keep blogging..blogging sampai mati
    :D

    • 20

      Salam..
      Yup… akan terus berblog sampai ujung nafas.. hehe..
      Gud luck tuk cik peanut (adik beradik cik epal ke ni?) hehe..

  9. 21

    ingat dulu kt matrik tgk kawan ak belajar guna dreamweaver.ak pn terkedek2 gak nk blajar. tp x publish. gila susah. pening. cmpur dgn macromedia ke ntah aper2. keh3. tp tu la buat lbh creatif n inovatif. ekeke. skrg ni tempek je mana2 code dri intenet then publish. lepastu coding pn x reti mcm aku nih T_T
    fiffy syafiqa hazirah´s last blog ..sekeras keras metal, bila dicampur dengan acid, akan cair gak. My ComLuv Profile

    • 22

      betul tu.. mmg susah jg blajar dreamweaver tu.. tambah lagi klu xda org yg expert utk ajar kita.. tapi InsyaAllah klu ada kerajinan, tak mustahil boleh buat..

      • 23

        emmm,betul2 bro kulanz kalau dah minat + kerajinan semua yang susah jadi senang.
        Bukan Mudah Untuk Senang…Bro Kulanz Admin di UtaraFm kan?? :)

        • 24

          Hehe…
          tumpang jadi admin utarafm jak tu bro..

          • 25

            yeep,tadi baru sahaja menang hadiah TopUP RM10 Je dari Bro Ligong :D ,tapi sik belum dapat number topup dari bro linggong :D

  10. 26

    saya pun newbie and tak sampai sebulan pun berblog…bykyang kena belajar..terima kasih atas artikel ni…bukan pe. sekurang2nya ada semangat nak berblog..hehe
    SeeHeart´s last blog ..Senarai ajaran sesat di Malaysia My ComLuv Profile

    • 27

      iya, tu lah tujuan artikel ni.. utk bagi semangat kpd diri sendiri dan rakan2 yg sudi bkongsi.. makasih sudi baca.. :)

  11. 28

    salam bro..diharapkan tak terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru utk bro.. :) semoga sukses dan dimurahkan rezeki hendaknya..

    • 29

      Salam bro, selamat tahun baru juga.. moga kita semua sukses… murah rezeki dan dipermudahkan segalaya..

  12. 30

    slm tn..yukk..tabik spring juga sama kau tn..kira lama juga la sudah kau knl brg blog memblog ni..bgslah tn..kira generasi kita telah berjaya juga didik oleh guru2 anak jati kg pinggan-pinggan kita yg dulu setakat darjah 6 ja yg mngajar kita..aku rasa nda keterlaluan jugalah klu aku katakan yg tn adalah antara pelopor ilmu IT kg pinggan-pinggan..tahniah tn..

    • 31

      makasih tuan.. tiadalah pengetahuan sgt pasal blog2 ni.. cuma klu asas tu adalah ckit2.. InsyaAllah ilmu yg ada akan dikongsikan utk kbaikan semua selagi termampu..

  13. 32

    salam bro kulanz..wah dasyat gak bro kulanz nih..kira lama dah nih..yup dulu pakai hosting free jer kalo wat weblog..masa tuh pun kalo ada hosting beli..mesti mahal tak mcm sekrang..

    geocities dah tutup dah hehe..

    rasanya bro kulan guna ps version 7.0..hehe

    dulu dialup tmnet 1515 hehe..dulu tak macam sekrang ek..hehe skrg semua ada macam2 dah..

    • 33

      betul-betul sekarang mcm-mcm ada,just explorer cara penggunakan :D ,ayie masih baru dalam semua bidang,sama-samalah kita berkongsi ilmu :D ,Sharing Is Caring :D

      • 34

        yup, sharing is caring tu betul… klu semua rakan blogger mcm tu kan best.. boleh kongsi2… xda la kita terkial-kial cari maklumat sendiri…

    • 35

      salam bro nine..
      tu la Geocities dah tutup, webblog akupun ikut bkubur.. rasanya time tu PS 7.0 belum wujud lagi.. hehe
      tp skrg ni klu time streamyx down, pakai juga dialup bro, 1315.. mmg lembab connection.. tp sbb nak sgt buka tenet.. tpaksa jg guna..
      .. bro nine pun org bpengalaman jg ni.. kongsi2 ckit ilmu bro.. :)

  14. 36

    semoga 2010 menjanjikan kejayaan yg lbh besar! :)

    • 37

      makasih..
      gudluck utk arieza juga.. :)

  15. 38

    Tu blum masuk guna dial up utk tgk gambar…. boleh kejang leher tunggu loading picture nya. Video? Mimpi jewr ah.. Hehehe
    Dak Wan´s last blog ..Tiger Show ke Auto Show? My ComLuv Profile

    • 39

      Tu la bro.. 1 pic hampir 2 minit nak load.. apa lagi video.. kempunan kita.. hehe

  16. 40

    samalah dengan seri mula blogging dulu banyak menghadapi masalah. berapa blog seri terpaksa tutup sebab tak ada sambutan maklum belum arif soal blogging nak cari teman pon tak tahu. yang teruk lagi tu guna broadband celcom, laju lagi kura-kura jalan.
    tapi dari kegagalan tulah seri dapat menimba ilmu dan dapat bertahan sampai sekarang.
    Seri´s last blog ..Kurik Kundi Merah Saga (Adat) My ComLuv Profile

    • 41

      Betul tu seri, memang jarang ada yang buat blog dan terus dapat sambutan, semua tu mengambil masa sedikit dan perlu bnyk komitmen…
      … dan alhamdulillah, aku tengok blog seri sekarang ni dah dapat sambutan yang baik dan sudah dapat PR4.. teruskan komitmen seri.. moga terus bjaya..

  17. 42

    hehe.entahla.blog saya tu macam bermusim je.setengah time tu ramai tul yang datang komen2.. tapi kadang2 tu 10 org nak datang pun susah.
    suki´s last blog ..Sebab Utama Lelaki masuk Neraka.. My ComLuv Profile

    • 43

      sama jgk bro, akupun harap blogwalking jgk ni… klu x silap2 nak dapatkn unique visitor dlm 10 org sehari pun susah..

Leave a Reply

Kongsi artikel terbaharu anda