≡ Menu

Terkini di Lahad Datu: Pasukan Keselamatan Lancar Serangan di Kampung Tanduo

Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) pagi ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan ‘offensive’ terhadap kumpulan penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi tadi. Operasi dimulakan dengan serangan udara melalui pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diikuti dengan ledakan mortar.

Kenyataan Perdana Menteri Malaysia berkenaan serangan ini juga ada dimuatkan dalam laman blog 1Malaysia yang mengesahkan serangan tersebut:

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik secara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

Serangan di Lahad Datu

Selain daripada kemaskini di atas, terdapat juga beberapa kemaskini dari laman sosial Facebook yang menyentuh tentang serangan tersebut.

Hari ini kedengaran bunyi tembak-menembak di Lahad datu.. Mungkinkah sudah bermula ? Sama-sama lah kita berdoa untuk keselamatan wira-wira negara kita..

Berita terkini di Lahad Datu

Kampung Tanduo, Lahad Datu

Berikut pula adalah kronologi serangan yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Malaysia sejak awal pagi Selasa 05/03/2013) bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu:

8:18am – Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.

“Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali,” kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu. Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.

8.19am – Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.

Penduduk meninggalkan kampung Tanduo8.45am – Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.  Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.

“Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini,” katanya.

Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.

8.54am – Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.

9.11am – Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.

9.15am –  Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.37am - Menurut satu sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.

9.41am – Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu,  mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom. Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.

Stesen radio itu juga berkata pertempuran itu berlaku 107 tahun selepas bermulanya Perang Bud Dajo di Sula pada 1906. Dalam pertempuran itu 1,000 Tausug, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh tentera Amerika juga dikendali sebagai Pembunuhan Bud Dajo.

9.45am – Menurut ABS-CBNnews, sebelum serangan, pagi ini Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, memberitahu radio dzMM bahawa dia tidak risau dengan rancangan kerajaan Malaysia untuk membawa lebih ramai tentera ke Sabah untuk membanteras mereka.

Azzimudie berkata dia dan tenteranya akan tidak akan berganjak walaupun kerajaan Malaysia dan Filipina telah berulangkali menggesa mereka supaya menamatkan pencerobohan tersebut. “Ini adalah masa. Kami perlu komited untuk memperjuangkan hak kami. Saya meminta mereka (Filipina) melakukan sesuatu untuk menyokong kami.

“Mereka tidak boleh menakutkan kami kerana kami berjuang untuk hak kita – hak Bangsa Sulu dan secara umum, rakyat Filipina.  Iaitu, jika kerajaan Filipina masih menganggap kami adalah rakyat Filipina,” katanya.

10.05am - Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

10.17am: Memetik laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie Kiram dan orang-orangnya.

Azzimudie berkata pihaknya tidak pasti sama ada bom tersebut mensasarkan mereka atau pengikut mereka, tetapi mereka kekal selamat dan bersedia untuk bertempur.

10.50am - Kudat daerah di utara Sabah masih selamat daripada penceroboh dan keadaan terkawal. Bagaimanapun, polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pegawainya dan orang awam di sana.

11.00am – Datuk Seri Najib Razak berkata operasi besar-besaran hari ini bermula dengan serangan udara menggunakan pesawat TUDM, serangan mortar dan diikuti serangan oleh pasukan tentera darat dan polis.

“Kita bermula dengan serangan udara melalui pesawat TUDM diikuti dengan kekuatan mortar dan pada saat saya sedang berucap ini, pasukan tentera darat dan anggota polis, dalam kereta dengan anggota yang mengikuti dibelakang sedang melakukan tindakan untuk memberkas, menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,”katanya.

Menurutnya, tindak tanduk “yang berhemah” tersebut, pada awalnya tidak ada niat lain melainkan untuk tidak membenarkan setitik darah tertumpah di bumi Sabah, sama ada rakyat Malaysia atau kumpulan yang menceroboh.

“Namun umat dukacita, niat murni kita telah dibalas dengan tembakan dengan sangat kejam yang dilakukan kepada pasukan polis kita,” katanya dalam satu majlis di Bukit Jalil.

11.16am - Operasi membanteras kumpulan bersenjata sulu diteruskan. Pasukan keselamatan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah. Status kematian atau kecederaan musuh pada ketika ini masih belum diketahui.

11:15am – Ketua Polis Negara berkata, tiada kematian atau kecederaan yang berlaku di kalangan tentera Malaysia dalam serangan terhadap “pengganas” Sulu

Berikut pula adalah kemaskini daripada status laman sosial Facebook Perdana Menteri Malaysia yang saya peroleh lebih kurang jam 3.00pm tadi:

Alhamdulillah, saya dimaklumkan operasi berjalan seperti dirancang. Operasi memberkas penceroboh dan pemeriksaan dari rumah ke rumah sedang dilakukan. Pagi tadi, saya telah keluarkan kenyataan bahawa kita tidak akan benarkan sesiapa sahaja menggugat kedaulatan negara. Saya seru semua supaya terus berdiri teguh dan menyokong para pejuang kita. Doakan kejayaan mereka yang berjuang di Lahad Datu dan Semporna.

Kemaskini:

LAHAD DATU 5 Mac – Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi. – UTUSAN ONLINE

Kemaskini berterusan berkenaan kes pencerobohan ini boleh dirujuk di artikel; Kronologi Pencerobohan Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu

- Sama-samalah kita berdoa demi keselamatan dan kesejahteraan pasukan keselamatan dan penduduk yang terlibat di kawasan pencerobohan.

Sumber: Facebook PDRM, 1Malaysia.com.my, Facebook 1Suara Sabah, Malaysiakini

About the author: Kulanzsalleh

{ 8 comments… add one }