Terma dan Syarat
Terma dan Syarat Umum
- Blog ini adalah hak milik peribadi/orang perseorangan. Semua kos pembinaan, bayaran sewa domain dan hosting adalah atas tanggungan saya sendiri. Tiada mana-mana pihak yang membayar kos atau menaja secara tetap penerbitan blog ini. Oleh itu, semua hak pembinaan, penerbitan artikel serta perkongsian bahan adalah merujuk kepada diri saya seorang.
- Semua artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya.
- Blog ini mempunyai pautan ke laman blog peribadi, laman web Kerajaan, agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Walau bagaimanapun Terma & Syarat yang dinyatakan ini hanya terpakai untuk blog ini sahaja. Pengunjung diingatkan supaya merujuk Terma & Syarat serta Dasar bagi setiap laman web yang terdapat dalam pautan blog ini.
Kandungan
- Blog ini tidak mengandungi bahan atau aplikasi berbahaya seperti virus dan malware yang boleh membawa kesan buruk kepada sistem operasi atau storan komputer pengguna. Sekiranya pengguna mengesan bahan atau aplikasi seperti yang disebutkan, ia mungkin berpunca daripada sumber lain.
- Blog ini mengamalkan prinsip/dasar “Tiada Penapisan Internet” berdasarkan Bill of Guarantee No. 7: To ensure no censorship of the Internet (Rujuk: MSC Malaysia Bill of Guarantees). Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna saya atau pengunjung/pembaca bebas menyebarkan kandungan yang menyalahi undang-undang. Oleh itu, penulisan/penyebaran bahan-bahan yang menyalahi undang-undang, seperti bahan yang tidak senonoh/lucah, perkataan/ayat menghina, menghasut, provokasi, fitnah dan kesalahan lain yang dilakukan oleh pengunjung/pembaca sama ada melalui komen atau pada blog yang dipautkan di sini adalah atas tanggungjawab pengunjung/pembaca sendiri. Tindakan undang-undang perlu diambil kepada pengunjung/pembaca tanpa melibatkan pemilik blog ini.
- Penggunaan Artikel: Artikel berbentuk ilmiah yang dimuatkan dalam blog ini kebanyakannya adalah hasil penulisan saya sendiri dengan merujuk kepada sumber-sumber yang dinyatakan. Manakala penerbitan mana-mana artikel ilmiah yang ditulis oleh individu lain adalah dengan kebenaran penulis atau individu yang berhak ke atas artikel berkenaan. Penerbitan semula artikel berkenaan di blog atau laman lain adalah DIBENARKAN sama ada meletakkan pautan kembali ke artikel asal atau tidak. Anda tidak perlu menunggu pengesahan daripada penulis. Bagaimanapun pengguna yang dimaksudkan adalah bertanggungjawab penuh kepada apa juga tuntutan yang akan dibuat oleh pemilik asal artikel berkenaan, terutamanya bahan yang digunakan untuk memperoleh keuntungan peribadi.
- Penggunaan Gambar: Semua gambar yang terdapat dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab saya. Pengguna lain DIBENARKAN menggunakan semula gambar daripada blog ini sama ada dengan memohon kebenaran saya atau tidak dengan syarat: Gambar berkenaan digunakan tanpa membuang watermark sedia ada (Rujuk watermark); Tiada sebarang manipulasi atau ubahsuai gambar, terutamanya yang berbentuk jahat, menghina atau merendah-rendahkan objek/individu dengan niat untuk memalukan individu tertentu dilakukan ke atas gambar yang digunakan; Pengguna menghos gambar berkenaan di laman sendiri atau hosting percuma lain.
- Tiada mana-mana kandungan dari pada blog ini yang boleh digunakan atau diterbitkan semula dengan tujuan untuk memperoleh pendapatan/keuntungan hasil penjualan. Penggunaan untuk tujuan tersebut perlu mendapat kebenaran daripada pemilik blog ini. Pengguna boleh hubungi saya melalui email.
Maklumat Peribadi
- Blog ini turut memuatkan maklumat peribadi diri saya sendiri, keluarga dan individu lain secara umum. Individu lain yang dimaksudkan mungkin terdiri daripada orang yang saya kenali secara rapat, seperti jiran, rakan, atau masyarakat sekitar serta individu yang tidak saya kenali secara rapat, antaranya orang perseorangan lain, artis atau ahli politik. Menggunakan semula maklumat peribadi semua yang saya sebutkan di atas adalah DILARANG.
- Maklumat peribadi yang diberikan oleh pembaca sama ada di ruangan komen atau email adalah atas kerelaan pembaca sendiri. Justeru saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya maklumat tersebut digunakan oleh pihak lain sama ada dengan niat merosakkan pemilik maklumat atau untuk kepentingan peribadi pengguna.
Penulis Tamu/Jemputan
Anda dialu-alukan menjadi penulis tamu/jemputan di blog ini. Topik penulisan adalah bebas. Namun begitu setiap penulis adalah tertakhluk kepada terma dan syarat ditetapkan;
- Bahan penulisan mestilah asli dan merupakan karya sendiri, bukan diplagiat daripada karya penulis lain.
- Artikel yang ditulis belum diterbitkan di mana-mana blog, buku, majalah, surat khabar, atau sebarang bentuk media.
- Penulis adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas artikel yang ditulis.
- Jika penulis tamu/jemputan adalah di kalangan blogger, penulis bebas meletakkan seberapa banyak pautan ke atas blog mereka pada artikel yang ditulis.
Pindaan Terma, Syarat atau Dasar
Sebarang pindaan Terma, Syarat dan Dasar di blog ini boleh dibuat dari semasa ke semasa. Sekiranya ia dipinda, pindaan akan dikemas kini serta-merta di halaman ini. Terma, Syarat dan Dasar yang terpakai adalah seperti yang dipaparkan semasa rujukan dibuat.
PENAFIAN
Blog ini adalah blog peribadi yang bukan bermotifkan keuntungan. Semua bahan kandungan yang dikongsikan adalah disedikan secara percuma. Justeru saya tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan, kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperoleh dari blog ini.
Terma dan Syarat ini disediakan bukan untuk menyusahkan sesiapa, tetapi untuk meningkatkan nilai-nilai tanggungjawab dan menghargai hasil usaha orang lain. Terima kasih kepada semua pengunjung dan pembaca blog Kulanzsalleh.
Comments on this entry are closed.