Tersadai
October 29th, 2009 | 1:30 pm | Coretan, Diari/Memori, Peristiwa | 13 responses
Hari selasa lepas, aku memulakan perjalanan awal dari rumah, lebih kurang jam 5.00 pagi. Melakukan perjalanan untuk menghadiri kursus.. Salah satu perkara yang wajib aku buat sebagai salah sorang yang perlu menurut perintah..
Dipendekkan cerita…. Sampai di satu kawasan (setelah memandu lebih kurang 50 minit)… aku tengok lampu sensor di dashboard kereta mula menyala… dah confirm dah… penyakit kereta dah datang! Masa tu, berabis tekan pedal minyak pun, kereta tetap tiada power… tak boleh jalan. Nasib baik aku sempat berhenti di bahu jalan. Aku matikan enjin kereta dan berehat sebentar..
Lebih kurang 20 minit berehat, aku cuba start enjin kereta dan cuba tekan pedal minyak… kereta dah datang power dah… cepat-cepat aku teruskan perjalanan… Tapi lepas jak pekan Kota Belud, kereta mogok lagi… Sekali lagi aku berhentikan kenderaan di tepi jalan. Macam sebelum ni.. aku matikan enjin kereta dan berehat lagi.. Masa tu lebih kurang pukul 6.20 pagi.. lebih kurang 6.50 pagi, aku start enjin kereta dan cuba memandu… kali ni memang kereta dah tak ada power… Rosak teruklah ni… dengan siapa aku minta tolong awal pagi macam tu… tak mungkin ada workshop yang buka time tu.
Apa lagi, aku terus telefon isteri… beritahu hal kereta mogok… dia terus bagitau aku akan datang ke tempat tu.. untuk ambil aku… Syukurlah, nasib baik isteri dah boleh memandu… Lepas tu aku telefon penganjur kursus, bagitau masalah yang berlaku. Nasib baik diorang faham. Iyalah.. macam mana nak datang kursus kalau kereta tersadai di tepi jalan. Aku kena uruskan hantar di workshop. Takkan aku biarkan di tepi jalan tu jak..

Isteri sampai di tempat kereta aku rosak lebih kurang jam 9.30 pagi.. Sempat lagi aku tidur sementara menanti isteri… Isteriku lewat sampai sebab dia singgah di beberapa buah workshop di Kota Marudu… Tanya kalau worksop di sana tau nombor telefon workshop di pekan tempat aku tersadai… Senanglah berurusan nanti…
Lepas jumpa workshop yang berhampiran… aku bawa boss workshop tu tengok keadaan kereta… Boss tu bagitau yang kereta aku mengalami kerosakan sensor… Tu pasal CPU kereta tak boleh fikir dengan baik… sampai tak boleh control kerka.. lebih kurang gitulah… Runding punya runding, maka tinggallah kereta aku di Kota Belud buat seketika.. Kos? Kata boss workshop tu… periksa guna komputer = RM350 + Sensor = RM350 + upah = Boleh runding (??) + kerosakan lain = ??… Tak kisahlah, janji kereta okey lepas ni..
Hari ni aku datang opis.. kawan opis heran tengok aku datang pagi ni dengan beberapa helai pakaian kerja yang masih tergantung di kereta… aku tidak sempat punggah turun… penat aku tersadai di tepi jalan tu…
Daripada peristiwa ni.. aku belajar satu perkara tentang memohon pertolongan daripada orang… Kalau kita berada dalam kesusahan, ORANG yang pertama perlu kita hubungi ialah isteri/suami… kerana mereka inilah orang yang akan sentiasa ambil berat dengan kita… Bagi yang belum kahwin, mintalah bantuan ibu bapa..

















said on October 29th, 2009 at 2:18 pm
- erhm… rasanya org tersayang jg yg senentiasa mengambil berat ttg kita…
- tp tuan, apa yg buat aku ter’perasaan d sini..
no.plat keta….
huahuahua..
dangir.. mcm berkembar…
said on October 29th, 2009 at 10:23 pm
Sandi juga kalau tu tn..haha..bikin panas2 buntut juga tu..sedap2 mendrive tiba2 kereta bual hal pula..na..terus putung stim oo…haha..kena pula tu minta duit pula itu kereta..na..lagilah bikin panas telinga…kahkah
said on October 29th, 2009 at 10:55 pm
iya bah tuan.. hehe.. tapi apa boleh buat.. mungkin ada hikmah juga di sebalik semua tu..
said on October 30th, 2009 at 11:55 pm
iya tuan.. dapat komen sudah.. hehe
.. betul tuan.. mmg wife ttp no 1..
.. apapun dugaan.. kena ada kesabaran… terima kasih tuan sbb tinggalkan komen di sini..
said on October 31st, 2009 at 1:49 am
Terima kasih di atas respon rakan-rakan
said on October 30th, 2009 at 9:18 pm
Betul tu sera.. memang nda syak lagi…hehe
said on October 30th, 2009 at 11:29 pm
fuhhh–baru buli komen—
*biasa la bah wife no one bah
*dugaan sentiasa berada di mana2 tuan
*hehehe
said on November 1st, 2009 at 3:31 am
semuga saudara dan isteri akrab selalu dan saling tolong menolong.
said on November 1st, 2009 at 9:59 am
Terima kasih saudara sord87.. Memang itulah yang diharapkan
said on November 1st, 2009 at 12:37 pm
betul.. komen saya seperti kk kk yg diatas,, gotong royong.
said on November 1st, 2009 at 2:27 pm
mm…moral of story…ingat la orang yang tersayang….buat baik pada mereka…tuhan balas apa jua perbuatan baik tu pada kita semula…
said on November 1st, 2009 at 2:37 pm
ya.. itulah yg sepatutnya…