Salam semua, hari ni saya sambung lagi cerita yang tertangguh. Tapi kali ini sudah tidak ada fantasi lagi. Semuanya berdasarkan kisah benar di dunia maya.
Niat untuk blogging hujung minggu lepas tergendala disebabkan ketiadaan internet connection. Start petang Sabtu sampai petang Isnin (hari ini). Kiranya hampir 2 hari perkhidmatan steamyx terganggu di tempat kami. Mula tu terfikir tak nak buat aduan. Kononnya biarkan saja sebab secara kebetulan sayapun masih ada lagi beberapa assignment yang perlu disiapkan. Tapi hati tak senang tanpa internet sebab saya perlu membuat banyak rujukan daripada sumber-sumber internet. Jadi hari Ahad tu gatal juga tangan mendail 100 dan buat aduan pada yang berkenaan.
Masa buat complaint tu, standard-lah kan operator TM tanya itu dan ini… dan seperti sebelum-sebelumnya, semua soalan tu saya dapat jawab dengan cemerlang! Soalan dah bocor, memang dah biasa sangat dengan soalan-soalan macam tu. Di penghujung cerita, memandangkan dah cuba macam-macam tapi connection masih problem lagi, maka terpaksalah TM tulis report untuk aduan tu.
Selalunya selepas 24-48 jam baru dapat respon daripada aduan yang saya buat dan kadang tu langsung tiada dapat apa-apa respon. Tapi kali ni pagi-pagi lagi technician bertugas telefon saya tanya perkhabaran internet dan sebelah tengahari pula dia dah datang baiki. Selalunya technician baiki dekat port streamyx pastu blah. Tapi kali ni siap datang rumah lagi tengok kalau-kalau modem atau setting komputer ada problem. Tu yang saya cakap perkhidmatan pelanggan kali ni memang terbaik berbanding sebelum-sebelumnya. Jadi kalau dah memang baik, saya tidak kedekutpun nak ucap berbanyak terima kasih. Orang berbudi kita berbahasa. Yang penting kita jangan hanya pandai blame TM kalau ada problem, tapi tak pernah ucap terima kasih kalau perkhidmatan bagus, setuju? Apapun, harap-harap lepas ni perkhidmatan TM akan tambah baik.
Okey, tu saja untuk kali ni. Tak larat tulis panjang-panjang sebab baru lepas balik dari hutan memburu sesuatu. Happy blogging semua. Sorry, lama tak kunjung blog korang. Lepas ni saya nak tulis surat untuk Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) cawangan Pitas. SESB ni anak Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menyediakan bekalan elektrik di Sabah. Saya nak buat aduan sebab elektrik di kawasan tempat kami tinggal tak cukup bekalan kuasa. Orang dah banyak kali buat aduan pasal ni tapi pihak pengurusan SESB di Pitas ni langsung tak kisah…
~ Pinjam kejap logo TM Streamyx..



{ 44 comments… read them below or add one }
streamyx memang terbaik.. tp ada certain time dia sengal. muahahaa..
tu tak boleh dinafikan bro.. mmg selalu juga macam tu..
salam bro,kita senasib la bro,dulu pun saya alami dah situasi macam ni.Kalau nak harpkan technician dia datang kene sabar je la,ada yang serius bantu kita,ada yang sambil lewa je.
.-= wazy´s last blog ..Streamyx Oh Streamyx Part 2 =-.
Memang betul bro, kena operator/technician yg semacam.. memang buat hati panass.. tapi kalau dapat yang baik, memang patut kena puji
streamyx memang terbaik !
.-= shafiq08´s last blog ..Pareidolia? Apakah Itu? =-.
memang baik, tapi rasanya dah ada saingan dengan HSBB, hehe
syabas utk streamyx..memang bagus hehe….elektrik pulak yg problem ek bro…nak kena masuk aduan rakyat kot baru laju sikit
.-= etomyam´s last blog ..Kalau Plat TAY 1 Harga RM220,000 berapa pula harga Plat TAH 1? =-.
bro tom betul 2 masuk aduan rakyat karam singh melaporkan untuk TV3… muhaha
@etomyam, @AyieBlog, betul tu, kalau xda perubahan juga kena buat aduan rakyat ni..
haha bro setiap kali ayie baca entry bro jadi hati tergelak kecil.. sebab cara penyusunan ayat simple tapi kelakar heheh.. oklah berbalik pada entry bro betul orang berbudi kita berbahasa,ayie stremxy dah laman ok mujur kawan kerja streamyx apa2 hal call dia
,hope malaysia lebih nie capaian internet lebih lajulah amin2.. :doa
hehe, bahasa aku tu tak lulus spm tu bro..
memang betul tu bro, tak salah ucap terima kasih kalau orang beri layanan baik
memang stimix ada problem bro.. baru lepas tanya otai tm. dia kata server probelem.. adele nama khas dia.. tak ingat pulak.. dia kata lagi kalau pakej 324, ke 314 ke (aku tak paham sangat) lagi problem bro.. kate dia le.. kalau komplen dan aduan tak dilayan buat aje page kat facebook bro.. aku benci stimix.. hahaha
.-= qimie´s last blog ..Tips Pasang Sunroof =-.
tu la bro, memang faham juga problem yg selalu berlaku.. tp yang best tu kalau kita buat aduan, diorang bagi respon yang baik, kita pun senang hati juga..
pengalaman menggunakan streamyx. huhu.. streamyx kadang-kadang mencapai prestasi yang maksimum dan kadang-kadang boleh menjadi seminimum yang mungkin.. huhu..
Memang betul, kadang bayaran tak setimpal dengan kelajuan yang kita dapat..
betul tu…
soalan sama je….
nk buat aduan juga la…
hehehe
.-= mie´s last blog ..:: tag from jaja :: =-.
haha, saya bagitau jawapan awal-awal bukan apa bro, saja nak singkatkan masa perbualan, operator pun senang kerja…
say gune maxis broadband..
macam TAH 1..
huhu
xda pengalaman pasala MAXIS ni, tapi kalau area kami DIGI lagi bagus daripada CELCOM, cuma masalahnya liputan 3G untuk DIGI tak luas, sbb tu tak ramai pakai..
streamyx tu pun ikut musim gak.. klu kena staff yg baik yg jwb call tu, nasib ar.. klu dpt yg mereng, sakit jiwa… naik meluat pun ada..
.-= arieza´s last blog ..::: Blogger Award – Cantik Ke??? =-.
betul tu, memang ikut staf dan mood diorang jg.. kalau yg baik memang baik, kena yang macam boring je layan kita, tu yang buat hati panas kadang-kadang
selalu gak terjadi macam nie.. dalam sebulan 1-2 kali… sabar jela :- )
.-= zik´s last blog ..Sakit kepala! =-.
memang selalu bersabar kalau ada problem macam ni, cuma tu la, kalau dah connection tak baik, sekurang-kurangnya customer service kenalah baik layan aduan pelanggan..
masih berpuashati lagi dgn streamyx wat masa skrg hehe..
.-= Nine´s last blog ..Apa Itu RSS (Really Simple Syndication) ?? =-.
betul tu bro, walau ada ISP lain, streamyx tetap pilihan utama sekarang ni
nmpk gaya kn pakai stremyx gak br bez..ley la on9 tngpa gngguan lps ni bro:)
.-= azizan4444´s last blog ..Red Card – Setan Junior? Isk! Isk! Isk! =-.
kalau kata tak ada gangguan tu memang mustahil, tapi memang diakui streamyx tak adalah kerap sangat gangguannya
aku juga yg masih KO… adess.. sampai bila lah masalah ni nak selesai… td aku dah buat aduan.. ok.. pastu laju lah skit.. tp timbul satu masalah lain lak.. aku rasa cam speed yg spatutnya aku dapat terkurang separuh.. ape kess?? aku tunggu feedback dari TM je lg ni.. sbb td dia cakap nak call aku.. nnt ckp skali lah.. x caall jugak. aku yg call nnt.. tngk la TM.. hahahaa.. tensen beb..
aku tak kisah sangatpun bro kalau line slow ckit, janji dapat connection.. tapi kalau kelajuan dah separuh hilang tu memang tak patut..
line internet memang macam tu kan? cakap la isp apa sekali pun. time elok memang elok. tapi time problem memang……….. tak tau la nak cakap. nasib baik broadband celcom ni tak buat hal lagi. zaman broadband maxis dulu memang bercinta dengan operator dia. hari-hari bergayut.
aah bro, apa jenis sekalipun semuanya ada problem.. tapi yang kita nak biarlah secara minimumkan.. dan lagi penting, kalau kita buat aduan, diorang kena ambil tindakan segera, barulah pelanggan puas hati..
rasa mcm nak guna streamyx… nantila..
xpa bro, abis study dan balik M’sia nanti boleh guna streamyx puas-puas.. hehe
Aku hampir hampir nak register dengan streamyx minggu lepas..
.-= Mus´s last blog ..Singgah Sebentar Hilangkan Penat Bekerja Di Jambatan Tamparuli =-.
hampir-hampir, betul jadi lagi tu.. hehe
lama pula tak bercoling moling dgn TM…tunggu ade peluang
psst! nak print soalan bocot boleh..haha
.-= Kujie´s last blog ..Sindrom Lulus SPM Cukup Makan =-.
bestnya.. mesti line internet kak jie jarang ada problem kan, sbb tu lama dah tak call TM..
Nikmat berblogging ni hanya terasa bila line interneynya power tanpa gangguan.
.-= denaihati´s last blog ..Peluang membantu Umat Islam Cambodia =-.
memang betul tu, kalau asyik-asyik ada gangguan, jangankan blogging, buat kerja wajib pun xda semangat
Tidak dinafikan streamyx tetap pilihan terbaik untuk penggunaan internet yang stabil. Cuma tiada persaingan menyebabkan service mereka “kureng” dan mahal. huhu
p/s : Anda telah mendapat award
cuma kadang2 line/kabel dicuri itu yang menjadi masalah broadband ok juga cuma kadang2 tempat tu coverage x kuat
ray ban recently posted..Size guide
Slow betul streamyx aku kat kawasan putrajaya cyberjaya dengkil sepang ni, kadang2 aku check speed hanya datang 1 kbp/s sahaja… Sangat sedih… Malangnya kat Malaysia ni, Wired boradband cuma STREAMYX sahaja yg monopoli. Kalau ada ISP wired lain yg kan lebih nak bersaing dan merebut pelanggan. Hal ini akan membuatkan kualiti servis lagi bagus. Ini tidak, streamyx peduli apa kalau selow pun sebab kita tak da pilihan lain selain streamyx, kalau guna mobile broadband tak stable dan slow pulak. Dah lah tak reliable. Haiz… Nanti aku nak pindah luar negara supaya dapat perkhidmatan yg lebih baik….
itulah masalahnya syarikat monopoli.. sykt anak emas.. diorang selalu tak kisah pasal kepuasan pelanggan sebab diorang tahu, pelanggan xda pilihan lain yg lebih baik selain diorang..
kita harap akan ada syarikat lain yg betul2 dapat saingi streamyx ni.. biar berlaku macam sykt kereta nasional tu atau mcm sykt kapal terbang.. dah ada perusahaan kedua yg setanding atau lebih baik drp diorang baru diorang terkapai-kapai baiki produk/perkhidmatan utk dapatkn kepercayaan pelanggan..
- sabar je lah.. jgn sampai pindah luar negara plk
Ye, betul cakap kau. Tengoklah, aku bukan tak suka Malaysia, negara ni memang negara aku yg aku cinta. Tapi perubahan mesti berlaku demi masa depan negara yg ingin meniadi maju dan berjaya. Bila lah nak berubah? Lagi 10 thaun je nak sampai wawasan 2020 tapi tak banyak pun perubahan untuk jadi negara maju terutamanya hal2 kecik ni. Harap gemilang masa depan kita.