Selalunya blogger akan menggunakan Alexa Rank untuk melihat reputasi sesebuah blog dan laman web. Alexa Rank adalah ranking atau kedudukan yang dibuat oleh Alexa berdasarkan artibut tertentu, antaranya hubungan dengan laman web lain dan jumlah aliran trafik laman berkenaan. Fakta menurut Alexa Rank; semakin kecil nilai Alexa Rank, semakin baik kedudukan sesebuah laman.
Selain daripada Alexa Rank, satu lagi alternatif yang boleh digunakan oleh blogger atau pengendali laman web untuk melihat reputasi sebuah laman ialah Peta Internet (The ‘Internet Map’) yang boleh dicapai secara atas talian. Perisian peta internet ini dibinakan oleh Ruslan Enikeev.
The ‘Internet Map’ memaparkan laman web paling popular di seluruh dunia, di mana setiap laman diwarnakan dengan warna tertentu menunjukkan dari negara mana laman web berkenaan, misalnya warna merah untuk laman web yang berasal dari negara Rusia, kuning untuk China, ungu untuk Jepun dan biru muda untuk Amerika. Ada juga beberapa warna lain yang menunjukkan laman dari pelbagai negara lain di dunia.
The ‘Internet Map’ adalah satu skim yang memaparkan kedudukan relatif objek; tetapi tidak seperti peta sebenar (contohnya peta Bumi). Peta internet merupakan satu pembentangan dua dimensi hubungan antara laman web di Internet. Setiap tapak adalah bulatan pada peta, dan saiz ditentukan oleh lalu lintas laman web, yang lebih besar jumlah trafik, semakin besar bulatan.
Hubungan pengguna antara laman web membentuk rangkaian, dan semakin kuat pautan, lebih dekat laman cenderung untuk mengatur diri mereka antara satu sama lain. Sebagai contoh, dalam gambar di bawah, kedudukan blog saya hampir dengan blog Yanmieonline dan Denaihati. Kemudian di sebelah kanan pula termasuk blog WanWidget (tidak tertulis nama) dan Encik Titan. Apapun tidak bermakna laman yang berkedudukan jauh antara satu sama lain tiada hubungan. Pada saya, semua blogger punya hubungan yang baik di alam maya.
Untuk makluman juga perisian Peta Internet ini adalah projek bukan komersial atau dengan lebih tepat dibangunkan secara percuma untuk kegunaan pengguna. Jadi kalau ada yang sudi menderma bagi memastikan laman tersebut terus aktif, sangat dialu-alukan. untuk menggunakan aplikasi tersebut, boleh lawati di internet-map.net
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.





{ 22 comments… read them below or add one }
Boleh periksa kedudukan blog sendiri samada tenggelam atau timbul.
ya.. fungsi yang berguna juga
berguna juga ni…boleh buat rujukan kedudukan blog kat Malaysia selain Alexa
ya bro.. salah satu alternatif
nak cuba bro.. baru tahu juga ni
haha.. berjiran dengan tehramuan, akubiomed
ada hubungan yang rapat tu bro
aku xtahu la plak mengenai internet map nie…
yg aku tahu tgk alexa jela…
boleh cuba lepas ni bro.. check blog sendiri
blog sy x der lak bro..mungkin baru agknya..huhu
ya.. salah satu sebab juga tu bro.. mungkin tak lama lagi akan muncul
menarik….
boleh cuba
baru tahu..nak gi tengok lah jap lagi
jangan segan-segan cuba..
Owh alexa dah ada pencabarnya..nak cuba jugalah..
sebagai alternatif alexa
whoa. impressive! style gila. nak try lah. hahaha. besarnya bulat2 mereka tu.hehe.tahniah
bulat besar tu maknanya website lebih popular
kejap. kenapa aku taip blog aku, dia kata blog not found? haha. lawaknya.
blog tersenarai lagi rasanya.. esok lusa mungkin dah ada
hoho..rapat juga kita rupanya. haha..