Home >> Blog, Tutorial >> Tingkatkan Trafik Blog dengan Menggunakan Google Buzz

Rasanya sudah semakin ramai pengguna yang mengetahui kehadiran Google Buzz, satu lagi rangkaian sosial yang fungsinya seakan-akan  Twitter (atau lebih baik daripada Twitter?)… dan pada masa ini juga sudah semakin banyak blog-blog terkenal yang telahpun mengggunakan Google Buzz. Kita bila lagi?

Menambah Google Buzz button di blog tidaklah sukar. Apatah lagi kalau kita menggunakan worpress selfhosting. Anda hanya perlu memasang WP Google-buzz untuk membolehkan button berkenaan berada di blog anda dengan bergaya. Dengan adanya Google Buzz button ni, pengunjung atau rakan-rakan  yang mempunyai akaun Google akan dapat berkongsi pos kita dengan rakan-rakan mereka pula. Samalah dengan kemudahan yang terdapat pada rangkaian sosial lain.

Jadi untuk menempatkan Google Buzz button ini di blog wordpress,  terlebih dahulu anda perlu download plugin tu di sini, kemudian pasang di blog anda dan aktifkan. Setelah itu pergi ke halaman setting dan buatlah sedikit setting mudah. Anda juga boleh memilih jenis button mengikut citarasa dan minat anda.

Selain daripada WP Google-buzz, terdapat juga plugin lain yang membolehkan button berkenaan ditempatkan di blog wordpres, iaitu WPBuzzer. Plugins WPBuzzer juga hampir sama dengan WP Google-buzz, tetapi mempunyai sedikit tambahan dari segi setting-nya, di mana pengguna boleh melihat statistik berapa kali buzz telah dilakukan melalui integrasinya dengan url shortner – Bit.ly.

Jadi bagaimana Google Buzz dapat meningkatkan trafik ke blog kita? Cubalah sendiri…

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 33 comments… read them below or add one }

1 blogresipi February 17, 2010 at 6:47 am

Salam, terima kasih atas artikel. Baru hari ini tahu ada plugin khusus untuk google buzz. Tapi tak pandai guna dan masih tengah fikir bagaimana buzz boleh tingkatkan trafik ke blog.
.-= blogresipi´s last blog ..Easy Lamb Stew =-.

Reply

2 kulanz February 17, 2010 at 10:16 am

Salam, terima kasih juga sebab sudi melawat.
Fungsinya Google Buzz button ni sama juga dengan button retweet yang digunakan untuk tweeet meme.. kalau kita atau pengunjung lain tekan buzz button, entri tu dapat dikongsikan di Google Buzz orang yg klik tu.. Maknanya rakan lain di Google Buzz akan dapat lihat update terkini blog kita, dan akan hit buzz tu untuk sampai ke blog kita. Kiranya itu sudah dapat menjana trafik ke blog.

Sayapun masih dalam usaha meningkatkan trafik ke blog ni.. mungkin kena tambah follower lagi lepas ni

Reply

3 denaihati February 17, 2010 at 8:39 am

Aku dah join pun tapi tulah masalah kat Malaysia ni tak ramai yang nak gunakan fasiliti macam ni.
.-= denaihati´s last blog ..10 orang terkaya di Malaysia =-.

Reply

4 kulanz February 17, 2010 at 10:27 am

Mungkin orang tak perasan sangat pentingnya social network ni untuk tujuan-tujuan yang baik… atau juga serik dan takut dengan keburukan menggunakannya seperti yang selalu diwar-warkan..

Reply

5 afiqaiman October 6, 2010 at 7:26 pm

sokong kata2 denaihati..kawan2 aku cuma aktif fb je..twitter pun depa tak try
afiqaiman recently posted..Ustaz Pun Ada FanPageMy Profile

Reply

6 ain February 17, 2010 at 10:38 am

salam,

kalau blogspot mcm mana pulak bro…
.-= ain´s last blog ..PENAWAR BATUK PALING MUJARAB =-.

Reply

7 kulanz February 17, 2010 at 6:43 pm

Salam ain, saya dah terangkan di entri berikutnya

Reply

8 zik February 17, 2010 at 11:02 am

terima kasih bro , google buzz kira baru je launch …
.-= zik´s last blog ..Budaya menabung. =-.

Reply

9 kulanz February 17, 2010 at 6:44 pm

thanks juga bro, lepas ni bolehlah try pasang

Reply

10 aini February 17, 2010 at 11:20 am

owh.. untuk wordpress je ke? blogspot pulak?
.-= aini´s last blog ..Senarai Orang Terkaya Di Malaysia =-.

Reply

11 kulanz February 17, 2010 at 6:45 pm

dah ada terangkan cara untuk pasang di blogspot… rujuk je entri terbaharu..

Reply

12 qimie February 17, 2010 at 5:03 pm

sepantas kilat aku mencubanya bro.. tq for the info (sesekali cakap omputih)
.-= qimie´s last blog ..Tips Tukar Nombor Pendaftaran ( Plate Number) =-.

Reply

13 kulanz February 17, 2010 at 6:45 pm

okey tu bro.. kalau tak sekarang, bila lagi, kan? hehe

Reply

14 marki February 17, 2010 at 8:34 pm

wah..thanks bro..neh yang nak pasang neh..

Reply

15 kulanz February 17, 2010 at 11:26 pm

pasang bro, jangan tak pasang.. hehe

Reply

16 AyieBlog February 17, 2010 at 9:49 pm

salam,bro kulanz nak trylah nanti.. mcm best je…hehehe gatal2 tangan :D

Reply

17 kulanz February 17, 2010 at 11:32 pm

akupun saja nak try bro.. mungkin sekarang ni google buzz tak setanding twitter.. tapi siapa tahu lama-lama nanti google buzz makin baik fungsinya

Reply

18 mohdisa February 18, 2010 at 4:01 am

dah ramai ke pakai plugin ni? hehe

Reply

19 kulanz February 19, 2010 at 4:00 am

awal-awal ni mmg tak ramai lagi bro.. tapi klu fungsi google buzz ni tambah baik, tak mustahil akan ramai yg pasang plugin ni di blog masing-masing, macam twitter

Reply

20 wazy February 18, 2010 at 11:27 pm

salam bro…

Macam menarik gak yer plug in ni,nanti nak try gak la
.-= wazy´s last blog ..Cara Register Twitter =-.

Reply

21 kulanz February 19, 2010 at 4:01 am

salam bro,
aku pun tak biasa sgt lagi buzz ni, tapi saja buat tutorial..
.-= kulanz´s last blog ..Memasang Google Buzz Button di Blogspot =-.

Reply

22 yanmie February 19, 2010 at 2:51 am

thanks lanz for sharing..jap lg ku guna plugin nie..heeehee…dgn bergaya tu…

Reply

23 kulanz February 19, 2010 at 4:02 am

u’r welcome yanmie..
memang bgaya kalau pasang ni.. hehe
.-= kulanz´s last blog ..Memasang Google Buzz Button di Blogspot =-.

Reply

24 mr.eims @ perfume February 21, 2010 at 9:34 pm

aku just pakai plugin twitter updater.
than, link kan google buz dengan twitter.
that way, tiap update dari blog, akan masuk google buz juga… :|

nway. nak juga try plugin ni kot nanti. mana tau lagi best. coz twitter, kekurangan dia ialah url shortener tu…
.-= mr.eims @ perfume´s last blog ..Heiress by Paris Hilton – Sweet scent for sweet girls =-.

Reply

25 kulanz February 22, 2010 at 1:45 am

yup, memang boleh guna jg cara tu.. lagi senang sebenarnya.. tapi agak sukar bagi yg xda twitter..

Reply

26 ahmadyusrie February 23, 2010 at 2:19 pm

terima kasih di atas perkongsian.
saya baru pasang di blog saya.
harap dapat tangkap sedikit traffic.

Reply

27 kulanz February 27, 2010 at 12:01 am

Salam,
sharing is caring..
terima kasih juga sudi singgah sini

Reply

28 wana yusuf February 26, 2010 at 9:35 pm

Salam…
Terimakasih kerana info yang berguna. Saya akan cuba manfaatkannya.
.-= wana yusuf´s last blog ..Asam Rebus Kacang Panjang Dengan Udang. =-.

Reply

29 kulanz February 27, 2010 at 12:03 am

Salam wana,
niat memang untuk berkongsi ssuatu yg dapat beri manfaat.. terima kasih sudi singgah :)

Reply

30 Rumah Currhat March 6, 2010 at 2:52 pm

bagaimana cara menambahkan google buzz di blogger?

Reply

31 tips dan trik blogger March 6, 2010 at 2:53 pm

bagaimana cara menambahkan google buzz di blogger?

Reply

32 rudrud August 15, 2010 at 8:00 pm

thnks gan….main2 lah ke t4 aku…:)

Reply

33 ray ban August 29, 2010 at 1:58 pm

gunakan hosting blongger boleh x bro
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal LeatherMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: