Home >> Teknologi >> Tips Mudah Kepada Pengguna iPhone

Tips Mudah Kepada Pengguna iPhone

by Kulanzsalleh on June 3, 2010 · 34 comments

Salam semua. Kali ni sekadar ingin berkongsi satu tips mudah kepada pengguna-pengguna iPhone. Tengah hari tadi iPhone milik isteri saya mengalami sedikit masalah. Tidak tahu apa puncanya.. pixel gambar pecah dan paparan tiba-tiba menjadi kabur. Tekan apa-apa pun tiada respon. Saya cuba untuk matikan dengan cara biasa tapi tak berjaya. Tiada cara melainkan terus dapatkan maklumat di internet. Hasil pencarian tu, saya tertarik untuk berkongsi dua tips ni.

1.  Hard Reboot
Jika iPhone anda tidak dapat dimatikan secara normal, gunakan kaedah hard reboot. Caranya tekan butang kuasa (power) dan home (bulatan merah pada gambar) serentak dalam beberapa saat (5 – 10 saat). Saya gunakan kaedah ini. Memang berhasil.

2.  Membuka bateri iPhone
Jika cara di atas tidak berkesan. Gunakan cara paksaan, iaitu dengan membuka bateri pada iPhone. Cara membuka cover dan bateri iPhone, boleh lihat klip di bawah.

Kesimpulannya… kita tak boleh matikan iPhone dengan cara membuka bateri seperti yang boleh dilakukan pada handphone yang jenis lain.  Nak buka cover dia memang payah! Jadi fikirkan banyak kali kalau nak beli iPhone ni.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 34 comments… read them below or add one }

1 apiih June 3, 2010 at 5:16 pm

xde iphone..ihpne cap cine ade lah..ahahaha
.-= apiih´s last blog ..~Apiih~ Chat Blog =-.

Reply

2 kulanz June 3, 2010 at 10:48 pm

samalah bro, akupun xda iPhone, hehe

Reply

3 cikmin June 3, 2010 at 5:37 pm

arghhh..seram la nak beli iphone ni.. :P lanz..bila boleh sambung projek?..cikmin ada masa sikit tuk organize bloglist myfaheem tu..

Reply

4 kulanz June 3, 2010 at 10:49 pm

hehe, memang menyeramkan.. tak tau pula boleh camtu.. gila apple tu..
projek boleh sambung anytime.. nanti check email..

Reply

5 tehr June 3, 2010 at 6:27 pm

belum mampu nak beli iphone
…mahal
.-= tehr´s last blog ..Cerita Malam Jumaat =-.

Reply

6 kulanz June 3, 2010 at 10:51 pm

kalau belum beli baik jangan.. susah iphone tu..

Reply

7 ^lurve_purple^ June 3, 2010 at 9:03 pm

waahh.. mcm best jek cara ke 2 tue eh.. kan best klu kite pon dpt buat mcm nie.. lepas geram ckit.. hikhik.. tp.. tue kne tunggu harga henpon kt mesia nie seringgit 2 bijik… hohoho

Reply

8 kulanz June 3, 2010 at 10:56 pm

haha.. cara kedua tu utk orang geram je tu..
sebab iphone ni memang susah nak buka cover n tukar bateri..

Reply

9 kulanz June 3, 2010 at 10:53 pm

betul.. masalah yg perlu difikir sebelum beli.. tapi bab aplikasi memang banyak iphone ni.. ikut suka kita nak pilih..

Reply

10 kulanz June 3, 2010 at 10:54 pm

harga 3GS 16 GGB Sabah ari tu dalam RM2499 tak silap… 32GB tak ingat plk..

Reply

11 kulanz June 3, 2010 at 10:57 pm

hehe, yang 1st tu kira tips yang bagus.. tapi yg kedua tu jangan ikut.. :D

Reply

12 etomyam June 3, 2010 at 11:37 pm

baru plan nak beli gadjet yang hebat tu ..heheh. kensel lah :D
.-= etomyam´s last blog ..Senarai 100 Syarikat Paling Top Di Malaysia =-.

Reply

13 sinagarimba June 4, 2010 at 3:00 am

cara yng kedua tu tak sesuai kepada orang yang ada angin kus-kus. Time datang angin tu, tak fasal-fasal Iphone jadi mangsa. hehehe….

Reply

14 kulanz June 4, 2010 at 8:50 pm

hehe, betul tu.. akupun risau juga terguna alternatif yg kedua tu..
nasib baik cuba cara pertama dah berjaya..

Reply

15 fieqa June 4, 2010 at 10:49 am

konklusinya, tak payah laa gune iphone. hehehe c(:
.-= fieqa´s last blog ..AKU TAK RINDU KORUNK ! oke, aku tipu :( =-.

Reply

16 hafizmd June 4, 2010 at 5:29 pm

setuju! gune jer sony..hehe..takpun..iphone cap cine..hahaha
.-= hafizmd´s last blog ..Bagaimana kita melihat sesuatu itu – Praktikal oh praktikal – Bahagian 2 =-.

Reply

17 kulanz June 4, 2010 at 8:55 pm

betul tu.. bagi yang belum beli.. baik jangan..

Reply

18 serol June 4, 2010 at 11:28 am

susah nya nak bukak cover utk tgk bateri..design macam tu sebb xnk bg senang kena curi kot..so, hard reboot la cara yg terbaik.. :D
.-= serol´s last blog ..Sunrise Dari Balai Cerap-Photo =-.

Reply

19 kulanz June 4, 2010 at 8:57 pm

akupun baru tau cover tu susah nak buka lepas tgk bbrp video..
nasib baik dapat juga tips yg pertama tu.. kalau tak, alamat bawa kedailah hp tu..

Reply

20 Fara June 4, 2010 at 12:22 pm

iphone lama mmg x bgs tp yg baru ni ok. kalo tn kulanz ade masalah dgn iphone bley la tanye fara. dulu keje mmg bahagian customer service iphone. ade skali tu sorang lelaki cina ni dtg beli iphone & bile blk rumah die cume tau on iphone tu je. yg lain2 xtau. penat nk ajar die anta sms dgn buat call. gadget nk canggih tp pemakainye x canggih.
.-= Fara´s last blog ..A Rotten Apple. =-.

Reply

21 kulanz June 4, 2010 at 9:00 pm

wah, kasihan lelaki tu kan.. dia tak tau nak guna iphone.. harap sekarang ni dia dah tau :D

betul juga.. lupa plk tanya fara
nanti klu ada problem insyaAllah akan tanya fara..

Reply

22 suri June 4, 2010 at 3:47 pm

nak beli tapi msh blum mampu lgilah bro..huhuh

Reply

23 hafizmd June 4, 2010 at 5:28 pm

hihi..suri tgh kumpul duit syiling lah ni yer?hehe..moge tercapai impian tuh..
.-= hafizmd´s last blog ..Bagaimana kita melihat sesuatu itu – Praktikal oh praktikal – Bahagian 2 =-.

Reply

24 kulanz June 4, 2010 at 9:07 pm

ada rezeki boleh dapat juga tu nanti..

Reply

25 hafizmd June 4, 2010 at 5:28 pm

aku takde iphone tapi boss aku ade..nanti kalau die punye kene prob camni..blehla cakap camne nak solve..cewah..hahahah
.-= hafizmd´s last blog ..Bagaimana kita melihat sesuatu itu – Praktikal oh praktikal – Bahagian 2 =-.

Reply

26 kulanz June 4, 2010 at 9:08 pm

bagus juga tu cadang dgn boss bro.. tapi jgn cadang cara yg kedua tu.. nti tak pasal2 mengamuk boss, hehe

Reply

27 zik June 5, 2010 at 11:33 am

ada banyak problem rupanya ek..huhu
.-= zik´s last blog ..Piala Dunia tanpa Drogba, Ferdinand =-.

Reply

28 kulanz June 6, 2010 at 1:48 pm

akupun baru tahu.. lepas masalah tu berlaku..

Reply

29 Amir June 5, 2010 at 8:59 pm

leceh guna iphone ni. saya pun ada 1. kdg2 rasa menyesal sbb beli iphone.
.-= Amir´s last blog ..Kenapa Kita Peduli Tentang Palestin? =-.

Reply

30 kulanz June 6, 2010 at 1:50 pm

haha..
akupun camtu juga, problem utama nak taip mesej.. jari aku besar.. tekan huruf yang kita nak, huruf yang lain keluar.. buang masa.. :P

Reply

31 nono October 9, 2010 at 3:18 pm

aii…cam susah je nk pkai iphone,ingt lg 3hri dh nk bli iphne ni,risau la plak.ade sesapa blh trangkan x prbzaan iphone3gs ngan iphone 4.pe kelebihan iphne 4 brbnding iphne 3gs ni,coz tgh x sure g nk bli mna stu nih……

Reply

32 Liza @ Adzriel AB February 11, 2012 at 6:31 pm

adoiii… cara kedua tu memang rasa nak buat je kan. biarkan je dia mati sendiri, sampai bateri habis kalau cara pertama tak berkesan. lepas tu bawa gi kedai le repair.

Reply

33 kulanz February 17, 2012 at 12:04 am

tu cara lepas geram :D

Reply

34 fatin May 11, 2012 at 4:17 pm

hoiyah !!cara pertama menjadi, 1st time dulu tibe2 iphone xboleh on, tye kedai hape tah die tekan gmbr epal tu dah boleh keluar. then die ckp xboleh da, sofware problem.die mintak rm80 !!

bile otw balik rumh tibe2 dah ok balik. bile kene x ke2 ni, mengagau goole.sebaik jumpe info ni. terima kasih, cayalah. xoxo

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner