Home >> Pelancongan >> Tour of Borneo 2012

Tour of Borneo 2012

by Kulanzsalleh on April 26, 2012 · 19 comments

Nampaknya bermula esok, 27 April hingga 1 Mei Sabah akan jadi tumpuan beberapa negara dunia apabila seramai 120 orang pelumba basikal daripada 20 pasukan tempatan dan antarabangsa telah mengesahkan penyertaan dalam acara perlumbaan berbasikal jelajah bertaraf antarabangsa yang pertama di Sabah, Tour of Borneo (TOB).

Perlumbaan sulung di Sabah ini akan menampilkan pelumba basikal dari Malaysia dan lebih daripada 10 buah negara lain. Enam pasukan profesional dari Malaysia mengambil bahagian dan pasukan selebihnya dari pasukan/kelab dari seluruh Asia, Eropah, Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Kazakhstan, Iran, Uzbekistan, Indonesia, Filipina, dan Negara Brunei Darussalam, juga akan disertai oleh lebih 520 orang pegawai.

Tour of Borneo 2012

Apa yang mencabar dalam perlumbaan ini tentulah jarak perlumbaan dan juga laluan yang perlu diikuti oleh para peserta. Perlumbaan sebanyak lima peringkat itu akan bermula dari Semporna ke Tawau yang melibatkan jarak sejauh 102.8km dan diikuti peringkat kedua, Tawau-Lahad Datu (146.6km); Lahad Datu-Sandakan (181.8km); Sepilok-Kundasang (214.8km) dan Kundasang–Kota Kinabalu (112.4km). Bagi yang pernah memandu di laluan tersebut memang tahu kesukaran dan cabaran yang pernah dihadapi.

Pada saya Tour of Borneo ni memang bagus. bukan saja pelumba dapat manfaat, tetapi juga penduduk setempat dan negeri Sabah, amnya. Program macam ni boleh menjana pendapatan terutamanya yang berkaitan dengan hotel dan pelancongan. Cuma yang kita moga penganjur perlulah beri perhatian kepada keselamatan pelumba. Pemandu kenderaan bermotor yang lain pun harap bertimbang rasa kepada pelumba.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



Kata kunci artikel:

tour of borneo, tour of borneo 2012, jarak sandakan ke lahad datu, jarak dari kundasang ke tawau, jarak perjalanan lahad datu ke sandakan, jarak dari beluran ke tawau, laluan tour of borneo 2012, kelab fixie malaysia, jarak telupid ke beluran, istilah-istilah dalam perlumbaan basikal lumba

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 19 comments… read them below or add one }

1 anif April 26, 2012 at 9:29 pm

Sudah sampai masanya ada acara sukan yang besar diadakan disana..

Selain menjana ekonomi tempatan ia secara langsung dapat mempromosi destinasi perlancongan menarik yang ada :D

Kesian Ng Yong Li, pelumba profesional negara yang terlepas acara ini akibat kemalangan ketika latihan tempohari..

Reply

2 kulanz April 26, 2012 at 10:49 pm

tu antara manfaat yang diperoleh penduduk di sini..
sayang juga kan tak dapat turut serta..

Reply

3 rahman April 26, 2012 at 9:40 pm

satu acara sukan yang mengerah kudrat… kagum aku dengan mereka ni

Reply

4 kulanz April 26, 2012 at 10:49 pm

betul tu bro.. bukan calang2 orang boleh join acara macam tu

Reply

5 akubiomed April 26, 2012 at 10:58 pm

Acara seperti ini menjadikan Sabah akan dikenali kerana dan pada sama akan menjana pendapatan melalui pelancongan.

Reply

6 kulanz April 27, 2012 at 12:30 am

memang sabah akan jadi tumpuan dalam tempoh tu..
paling penting harap penganjuran akan berjaya nanti tanpa sebarang masalah

Reply

7 azmanisma April 27, 2012 at 12:52 am

Sabah akan terkenal lagi di mata dunia…bila lah saya nak dtg sabah nih..ada rezeki nanti insyallah..

Reply

8 Ibu Mifzal Arsyad April 27, 2012 at 3:54 am

laluan di borneo selalunya lebih mencabar dr semenanjung kan..

Reply

9 bardboo April 27, 2012 at 6:34 am

bagus juga ada aktiviti yang macam ni..dapat memperkenalkan sabah…tapi bab keselamatan pelumba tu memang perlu diutamakan..

Reply

10 Mus April 27, 2012 at 8:39 am

ya.. saya sokong.
keselamatan pelumba kena titik beratkan..
jalan di sabah ni bukannya bagus sangat terutamanya jalan telupid ke beluran

Reply

11 Mus April 27, 2012 at 7:55 am

bagus ni bro.. boleh promote Sabah..

Reply

12 lunaticg April 27, 2012 at 10:10 am

Semoga semuanya selamat.
tengok pada map jelajah tu, ada jalan yang selalu kena tanah runtuh. Tak nak pulak nama Sabah jadi busuk hanya kerana jelajah basikal.

Reply

13 ProfHariz April 27, 2012 at 5:24 pm

Cukuplah naik fixie pusing pulau pinang. Balik penat yang amat cikgu !

Reply

14 tehr April 27, 2012 at 6:45 pm

Tahniah kepada Sabah kerana berjaya menganjurkan acara ni
Memang sangat berguna kepada sektor pelancongan

Reply

15 titan April 27, 2012 at 9:59 pm

huhu..dah lama aku nak gi sabahh..bilalah ada masa ye..

Reply

16 iza April 27, 2012 at 10:28 pm

Assalam…
Wah jauh tu..Kalau tak biasa kayuh, memang semput masuk tour ni tambah2 kawasan yang sangat mencabar…

Reply

17 yas April 28, 2012 at 3:05 am

Bab2 keselamatan pelumba tu mmg kena titik beratkan….jgn terjadi lagi kisah pelumba kena langgar semasa berlumba tempohhari…kat putrajaya lak tuuuuu….

Reply

18 Amirez May 2, 2012 at 1:35 am

memang bagus aktiviti macam ni. peluang yang baik untuk naikkan lagi nama sabah.

bilalah dapat ‘pulang’ ke sabah. mesti dah terlalu banyak perubahan kat sana

Reply

19 Puteri May 2, 2012 at 8:20 pm

Harap keadaan jalan raya di negeri Sabah diperbaiki agar aktiviti bertaraf antarabangsa seperti ini memberi impak yang positif kepada Malaysia.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner