Home >> Info >> Transit Planet Zuhrah (Venus) 6 Jun 2012

Transit Planet Zuhrah (Venus) 6 Jun 2012

by Kulanzsalleh on June 4, 2012 · 31 comments

Satu lagi keajaiban alam semesta akan berlaku pada 6 Jun 2012 nanti, iaitu kita akan dapat menyaksikan fenomena Transit Planet Zuhrah. Fenomena ini dianggap luar biasa, tidak seperti kejadian gerhana bulan separa kerana manusia hanya pernah menyaksikan kejadian ini sebanyak tujuh kali sejak zaman Galileo. Kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun 2004.

Bermakna jika terlepas peluang untuk menyaksikannya pada kali ini, maka terpaksalah kita menunggu transit seterusnya pada tahun 2117 atau 105 tahun dari sekarang. Memang ia sesuatu yang sangat mustahil, melainkan saintis moden menjumpai cara untuk melambatkan atau menghentikan proses penuaan dan lebih tepat mengelakkan kematian.

Transit Zuhrah 2012

Transit Zuhrah 2012

Bagaimana Fenomena Transit Zuhrah Berlaku?
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan mengelilingi matahari. Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi). Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.

Transit Zuhrah - Venus

Gambar Tansit Zuhrah yang diambil pada 8 Jun 2004. CREDIT: Paul Hyndman

Fenomena transit planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun dan biasanya berlaku dalam 2 pasangan yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain. Contohnya, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125, iaitu 105 tahun dari sekarang.

Fenomena Transit Zuhrah 2012

Bila masa kejadian ini boleh disaksikan?
Berikut merupakan waktu fasa transit Zuhrah (Waktu Malaysia).

  • Sentuhan 1 (1st contact) . 6:13:07 Zuhrah mula menyentuh tepi matahari.
  • Sentuhan 2 (2nd contact). 6:31:00 Keseluruhan bentuk Zuhrah sudah memasuki kawasan matahari.
  • Pertengahan Transit 9:31:14. Zuhrah berada di pertengahan perjalanan transit
  • Sentuhan 3 (3rd contact). 12:31:56 Saat akhir keseluruhan Zuhrah di dalam kawasan matahari.
  • Sentuhan 4 (4th contact) 12:49:21 Zuhrah mula keluar dari kawasan matahari.

Berdasarkan waktu di atas, fasa sentuhan 1 dan 2 sahaja yang agak kritikal kerana ada kawasan di Malaysia yang boleh menyaksikanya (kerana matahari sudahpun terbit, seperti di Sabah dan sebahagian Sarawak), manakala ada yang tidak dapat menyaksikannya (kerana matahari belum terbit seperti di keseluruhan Semenanjung Malaysia).

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman Falak Online. Kredit gambar: Space.com

Merakamkan Kenangan
Peminat-peminat fotografi sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk merakamkan fenomena tersebut menggunakan lensa kamera masing-masing, tetapi bagaimana untuk melakukannya? Dalam entri berikutnya, saya akan kongsikan panduan untuk menyaksikan dan merakamkan fenomena tersebut dengan selamat.

Kemaskini: Baca Teknik Menggambar dan Menyaksikan Fenomena Transit Zuhrah.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



Kata kunci artikel:

planet zuhrah, zuhrah, transit zuhrah, maklumat tentang planet zuhrah, transit planet zuhrah, gambar planet zuhrah, planet zurah, fenomena transit planet zuhrah, TRANSIT PLANET ZURAH, fenomena zurah

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 31 comments… read them below or add one }

1 anif June 4, 2012 at 10:13 am

Hmm.. Peluang hebat yang tidak harus dilepaskan ni terutama kepada pemilik gadget fotografi!

Reply

2 kulanz June 6, 2012 at 9:36 pm

tapi kena juga gajet yang sesuai

Reply

3 ammeer June 4, 2012 at 11:56 am

mesti tengok ni…

Reply

4 kulanz June 6, 2012 at 9:36 pm

dapat tengok tadi?

Reply

5 Anuar June 4, 2012 at 3:20 pm

Salam..

Terima kasih atas perkongsian info tentang gerhana bulan ni..

Reply

6 kulanz June 6, 2012 at 9:42 pm

sama-sama bro :)

Reply

7 azriMy June 4, 2012 at 3:43 pm

Subhanallah, kalau ada peluang ni nak tengok jugak fenomena ni. Hope dapat la..

Reply

8 kulanz June 6, 2012 at 9:46 pm

aku tengok live stream saja tadi

Reply

9 samdaddycool June 4, 2012 at 4:57 pm

Padat dan tepat, Untung sapa dapat tengok dan hayati kebesaran Ilahi

Reply

10 kulanz June 6, 2012 at 9:49 pm

kalau ada peralatan sesuai memang boleh tengok tadi

Reply

11 Harian Post June 4, 2012 at 7:03 pm

Terima kasih atas perkongsian ini, saya ada berkongsi di blog juga :)

Reply

12 kulanz June 7, 2012 at 9:52 pm

sama bro.. :)

Reply

13 Jebeng Otai™ June 4, 2012 at 11:41 pm

siapa yg berjaya merakamkan gambar..nk tgk la.. :)

Reply

14 kulanz June 7, 2012 at 9:53 pm

paling2 tengok gambar di berita saja.. aku memang tak dapat ambil gambar sebab tiada peralatan yang sesuai

Reply

15 titan June 5, 2012 at 12:15 am

mana kamera aku nih..

Reply

16 kulanz June 7, 2012 at 9:54 pm

dah ada orang lain pakai dulu :D

Reply

17 tehr June 5, 2012 at 12:44 pm

Fenomena alam yang yak akan habis sehingga kiamat
Aku tunggu gambarnya, bro
Selamat berjaya

Reply

18 kulanz June 7, 2012 at 9:57 pm

hehe.. aku tak ada ambil gambar bro.. lens tak cukup panjang :D

Reply

19 akubiomed June 5, 2012 at 1:27 pm

Macam tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Perlu telekskop untuk melihatnya.

Reply

20 kulanz June 7, 2012 at 9:58 pm

memang tak dapat bro..

Reply

21 Mus June 5, 2012 at 2:02 pm

seronok kalau dapat merakamnya sendiri

Reply

22 kulanz June 7, 2012 at 10:03 pm

memang seronok tu.. tapi tak upaya kita buat

Reply

23 hatiputera June 5, 2012 at 3:31 pm

pakai kamera hp yang biasa boleh ke ambik gambar .

Reply

24 Izzuddin Fauzi June 6, 2012 at 6:34 pm

Try dulu… Hehehe :) Mana tau dapat :)

Reply

25 kulanz June 7, 2012 at 10:07 pm

dapat tak, hehehe
rasanya memang tidak, kan?

Reply

26 Mohammad Nazri June 6, 2012 at 4:27 am

wow. . .x sabar sngt nk tngok transit zuhrah. . . :) )

Reply

27 kulanz June 7, 2012 at 10:08 pm

harap sempat tengok semalam

Reply

28 hafizmd June 6, 2012 at 11:58 am

Mungkin tak sempat tengok live. Jadi, akan tunggu gambarnya di sini. InsyaAllah.

Terima kasih bro Kulanz kongsikan entri ni. Terbaik!

Reply

29 kulanz June 7, 2012 at 10:26 pm

tak dapat ambik gambar bro..

Reply

30 Izzuddin Fauzi June 6, 2012 at 6:34 pm

X dapat nak rakamkan kalau nampak pun… X ada alatan yg lengkap untuk itu… Anyway, kalau dapat sharelah… :)

Reply

31 kulanz June 7, 2012 at 10:28 pm

akupun tak ada alatan lengkap juga.. sekadar share untuk rujukan

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner