Home >> Global >> Bencana Tsunami Kepulauan Mentawai dan Letusan Gunung Merapi Indonesia

Tsunami Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat
Tragedi Tsunami 25 Disember 2004 walaupun sudah beberapa tahun berlalu tapi peristiwa tu masih meninggalkan kesan di jiwa sebab bencana tsunami berkenaan adalah yang paling buruk berlaku zaman ini. Ketika itu, Acheh, Indonesia adalah bahagian yang paling teruk menerima kesannya. Tahun 2010 ini sekali lagi sejarah terpahat di negara jiran ini apabila sekali lagi Tsunami melanda di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat.

Tsunami Kepulauan Mentawai Sumatera Barat

Update terakhir berita sebelum entri ini diterbitkan (14:32:48) menyatakan sekurang-kurangnya 154 terbunuh manakala 400 yang lain masih hilang susulan gempa bumi kuat bermagnitud sekitar 7.7 yang melanda di Kepulauan Mentawai, barat Sumatera lewat Isnin lalu, membentuk ombak setinggi tiga meter memusnahkan 10 perkampungan negara itu.

Kesan Tsunami Kepulauan Mentawai Sumatera Barat

gempa tsunami mentawai

Kesan Tsunami Kepulauan Mentawai Sumatera Barat

 

 

Gunung Merapi Meletus
Gunung Merapi, gunung berapi berusia lebih 400,000 yang paling aktif di Indonesia, mulai meletus malam Selasa malam setelah beberapa hari menunjukkan tanda-tanda berlakunya letusan besar. Keadaan itu menyebabkan ribuan penduduk yang tinggal di lereng-lereng gunung melarikan diri ketika debu dan udara panas terpancut keluar dari gunung berkenaan.

Gunung Merapi Meletus

Gunung Merapi di Indonesia Meletus

Rakyat Malaysia yang juga merupakan pelajar yang duduk berhampiran kawasan berkenaan sempat berpindah sebelum berlaku letusan. Malangnya beberapa penduduk kampung yang tetap berkeras untuk bertahan sebab ingin menjaga haiwan ternakan dan tanaman telah menjadi korban Gunung Merapi. Kalau ikut statistik berita Harian (27 Oktober), seramai 25 orang telah terbunuh termasuk seorang warga emas yang dikenali sebagai Mbah Marijan (datuk Marijan), 83 tahun yang berkeras enggan meninggalkan rumahnya di kaki gunung itu di Cangkringan daerah Sleman.

Mbah Marijan adalah penjaga tradisi atau juru kunci gunung itu. Bagaimanapun pihak berkuasa tempatan termasuk doktor percaya yang satu jenazah melecur yang ditemui dalam keadaan bersujud ke arah kiblat adalah Mbah Maridjan. Beliau ditemui mati di dalam bilik tidur di sebuah rumah terbakar, kira-kira empat kilometer dari puncak gunung.

Semoga rakyat Indonesia dan warga negara lain yang terbabit dalam kedua-dua bencana ini dapat bersabar dengan ujian dari-Nya.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner