Tsunami Melanda Negara Jepun Mac 2011

Hari ini, Jepun dilanda tsunami setinggi empat meter (13 kaki) ekoran daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala richter yang berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun. Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus, New Zealand. Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.

Berikut adalah gambar dan video kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun hari ini.

gempa bumi jepun 2011

tsunami jepun 2011

Kalau menurut berita, kejadian tsunami impak daripada gempa bumi Jepun mungkin tidak akan sampai ke Malaysia. Bagaimanapun, tidak salah untuk berjaga-jaga. Mereka yang tinggal berhampiran pantai terutama di Utara Sabah perlu sentiasa berhati-hati.

Gambar-gambar kesan daripada gempa bumi dan tsunami di Jepun boleh dilihat di entri: Kesan Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun 2011

Please like & share:

Comments

  1. says

    kalau negara kita
    sabah paling dekat dengan jepun
    harap2 warga sabah sentiasa berhati2 dan sediakan langkah keselamatan
    rumah bro kulanz jauh dari pantai, kan?

  2. apong ILP,malaca says

    Ya Allah…INnalillah hiwa innahirojiunn..…Semoga kita semua jauhi dari malapetaka ini Ya Allah ya tuhan ku…

    Renung sejenak..

    Antara 10 tanda Qiamat ialah 3 kali gempa/gegaran bumi; sekali di Timur, sekali di barat dan sekali di semenanjung Arab. ..(H.R. Muslim)

  3. Roziyana Ismail says

    sedarlh wahai ummat akhir zaman…..kite sbnrnye sdh brada d hujung usia dunia….sgala petanda akhr zaman jelas d prtontonkan tp kite smua msh alpa dan leka….Marilh kita sama2 brusha pulang ke jalan Allah….smoga kita msh d br peluang oleh yang Maha Esa…Amin

  4. says

    sesungguhnye ALLAH SWT lah yang MAHA MENGETAHUI segala2 nye..kite sbg hambanye..ingatlah PADA NYE..kerna kite telah di beri peluang utk menambahkan amalan nye dan bertaubat..semoga negara kita di lindungi olehnye..yang tersasar dr landasan agama ..kembalilah ke pangkal jalan ,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>