Masih ingat kisah pada entri Sabtu yang merehatkan yang saya tulis sebelum ni? Kalau tak ingat atau belum baca, saya imbas semula serba sedikit. Pada hari Sabtu, Ahad, Isnin dua minggu lepas, kami menghabiskan masa seharian di beberapa lokasi untuk memeriksa status semasa projek yang masih berjalan. Itulah antara tugas yang perlu kami selesaikan segera. Tugasan terakhir saya.
Jika diimbas semula dari awal pelaksanaan projek berkenaan, memang diakui kami menghadapi banyak dugaan dan kesukaran. Maklumlah projek berskala besar, berprofil tinggi dan sering dijadikan polemik dalam mesyuarat peringkat negeri, negara dan media arus perdana. Jadi tanggungjawab pun besar juga. Pelbagai istilah pernah digunakan sesetengah pihak; projek gajah putih, projek pembaziran, rompakan duit rakyat dan sebagainya. Paling mendukacitakan apabila pelbagai tohmahan, termasuk yang menyentuh sensitiviti peribadi turut dilemparkan kepada kami, bukan setakat daripada orang luar, bahkan daripada orang atasan!
Mujurlah masih ada sisa semangat yang tinggal. Tohmahan dan pandangan serong diketepikan seketika kerana kami ada tanggungjawab yang lebih besar perlu dibereskan. Alhamdulillah, walaupun mengalami sedekit kelewatan disebabkan pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan, akhirnya kami boleh menarik nafas lega. Daripada sebuah bangunan yang tidak sempurna dan hanya dijadikan Rumah Mewah Sarang Burung, kini bangunan ini sedia digunakan. Hanya perlu menunggu peralatan dimasukkan dan proses T&C dilaksanakan.
Tapi ini semua tidak akan berlaku tanpa sokongan rakan sekerja yang banyak membantu. Kadang dia yang buat lebih banyak kerja daripada saya sendiri. Dia buat kerja tanpa perlu menunggu arahan kerana dia tahu apa tindakan sepatutnya. Dia juga yang selalu berhadapan dengan pegawai atasan yang sering mengherdik, menengking dan sering memandang rendah kemampuan kakitangan bawahan.
Hanya jutaan terima kasih yang dapat saya hadiahkan, jasa tuan tidak akan dilupakan. Kekalkan prinsip peribadi yang sudah kita amalkan. Biarlah orang lemparkan pelbagai tuduhan dan tohmahan pada kita, yang penting hati kita bersih menjalankan tugas dan tidak dipengaruhi oleh ‘habuan’ yang dijanjikan sesiapa.




{ 18 comments… read them below or add one }
aku masih ingat rumah mewah sarang burung tu
hehe
sekarang burung tu pindah ke mana, bro?
tehr recently posted..Negeri Sembilan vs Felda United
burung dah tinggal atas pokok, bro…
kembali ke tempat asal yer??…
dzuandiey recently posted..tempoh 3 bulan kaji SBPA
semoga sukses tugasan terakhir tu,,,
hatiputera recently posted..Laman web megaupload ditutup
Alhamdulillah, tugasan akhir dah selesai
ko keja apa sebenarnya ni??
titan recently posted..Undi blog lelaki kacak ini.
ada satu pekerjaan yang boleh juga buat kerja jurutera, arkitek, doktor, tukang kebun, tukang masak, kerani, pengarah, juruwang, budak suruhan, dan macam2 lagi.. itulah kerja cikgu
perghh…manyakk tuuu..hehe
dzuandiey recently posted..tempoh 3 bulan kaji SBPA
Biasalah orang berkepentingan. Kalau gagal ada yang bakal dijadikan kambing hitam. Kalau berjaya semua kredit dia ingin sapu bersih.
akubiomed recently posted..Pulau Pinang mengamit kenangan lama
selalunya macam tu lah.. tapi tak kisah.. kita dah buat kerja ikhlas dan sehabis baik.. terpulang pada tanggapan boss kita
seronok kalau projek berjalan lancar
Mus recently posted..Latok, ‘Anggur Laut’ Yang Sedap
betul tu bro..
alhamdulillah selesai juga tugasan akhir
bagus la kalau projek berjalan dgn lancar..syukur..

dzuandiey recently posted..tempoh 3 bulan kaji SBPA
Alhamdulillah.. dapat sokongan rakan jadi projek bjalan lancar
ok la 2..kawan2 pun sporting..
bro nie kerja ape ek?
TopiJerami90 recently posted..Sinopsis Bujang Terlajak
dah bagitau dalam komen atas tu
famous la saya tuan…….
hehe.. saja tu bro