Tujuh Cinta Terhebat di Hari ‘Valentine’

February 14th, 2010 | 3:37 am | Fikir Sejenak | 33 responses

Terus terang aku tak tahu sangat pasal mitos, lagenda atau latar belakang Valentine’s Day ni. Entahlah, mungkin sebab aku ni orang yang malas membaca, ketinggalan zaman, tak romantik atau memang aku tidak kisah pasal benda-benda ni semua. Dari dulu sampai sekarang, yang aku tahu pasal Valentine’s Day ni, mesti dikaitkan dengan cinta Romeo and Juliet atau Rumi dan Juli dalam versi Malaysia. Namun sebagai manusia biasa yang punya cinta dan perasaan, aku juga ingin menyambut Valentine’s Day kali ni dengan cara tersendiri. Cara yang aku rasakan paling hebat sekali di zaman ni. Namun awal-awal aku ingatkan yang ini adalah versi aku sendiri dan sedikit penghayatan mungkin diperlukan untuk anda berada dalam ruang lingkup pemahamanku.

1.  Cinta Seorang Wanita
Seorang lelaki normal dengan sendirinya akan menaruh perasaan cinta kepada wanita jika sampai masanya. Ini sudah menjadi naluri manusia dan tabii yang tidak salah… dan sudah pastinya cintaku terhadap wanita akan lebih mendalam sempena Valentine’s Day kali ni. Tapi bagaimana pula jika ada wanita yang mencintai wanita? Aku kurang arif! Mungkin ada baiknya pertanyaan itu diajukan kepada seorang guru wanita yang sanggup membelanjakan wang hampir RM100,000 sejak tiga tahun lalu semata-mata untuk membeli jiwa seorang anak muridnya, pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah. Bolehkah cinta sebegini terjadi? Adakah sudah tidak ada lelaki lain di dunia ini yang mampu mencintai guru wanita berkenaan? Mungkin ada baiknya  aku suruh Irwansyah mengubahsuai sedikit senikata lagunya: “.. aku memang pencinta wanita, tapi ku bukan wanita…” Dengan cara tu mungkin barulah guru wanita itu faham yang pencinta wanita mesti bukan di kalangan wanita sendiri.

2.  Cinta Kepada Kekasih
Sempena Valentine’s Day kali ni, apa kata kita sambut dengan meriah bersama kekasih… dan kepada para gadis di luar sana, ayuh beramai-ramai ikut serta “No-Panties Campaign” atau kalau dalam bahasa aku “nda pakai spendet“. Tentu meriah bukan? Dan cadangan tambahan aku, lagi masyuk kalau pakai skirt yang panjangnya  hanya 5 inci dari paras pinggang. Apa jenis skirt tak kisah, sila pilih ikut kekreatifan masing-masing. Kemudian pergi lepak-lepak di cafe atau pesta buih dan tunjukkan kepada boyfriend kamu  apa di sebalik no-panties tu. Bukan apa, tak salahkan bagi peluang kepada boyfriend kamu untuk memilih rupa bentuk body atau yang ada di sebalik panties tu ikut suka dia.  Diapun boleh buat pilihan secara bijak… mula mencongak berapa harga hantaran untuk kamu nanti sesuai dengan rupa bentuknya..sigh: Barulah ada bukti yang kamu sayang sangat-sangat boyfriend kamu. Lagipun bagi orang macam aku yang pencinta kamera DLSR dan Handycam dengan tambahan zoom lens jarak 500 meter ni bolehlah nanti aku  ambil gambar-gambar menarik kamu secara percuma. Biasa kalau harga studio sampai beratus-ratus, tapi demi cintaku pada kamu juga, aku akan bagi harga percuma… tapi kamu jangan terkejut kalau nampak gambar kamu terdapat di sebuah katalog di laman web. Siap dengan senyuman manis dan gambar yang menarik. Nanti orang boleh bid berapa harga yang sesuai untuk kamu.

3.  Cinta Kepada Isteri
Macam-macam cara boleh kita lakukan untuk membuktikan rasa cinta kita kepada isteri sempena Valentine’s Day. Ini sudah pastinya akan membuatkan isteri gembira dan rasa dihargai. Jika terlalu sibuk bekerja, tidak salah luangkan sedikit masa untuk menghantarkan pesanan ringkas (sms) kepada isteri tercinta. Boleh juga hantar MMS bunga-bunga kepadanya. Tapi janganlah sampai gunakan sms untuk lafazkan talak cerai. Yang isteripun walau dah terdesak, janganlah memaksa sangat untuk bercerai sehingga sanggup menunjukkan sms sebagai bukti talak. Aku bukan mempertikaikan keputusan mahkamah, aku juga bukan pakar agama…. cuma mungkinkah takrif “Lafaz” di sisi mahkamah dan agama agak berlainan? Atau juga kerana Qasad si penghantar sms diambilkira. Aku terfikir bagaimana tulisan si suami kepada isteri dalam sms tu: “aq craikn ko dgn tlk 1 dlu, itew kptsn aq, ko phm?” Aku mungkin akan hantar sms kepada isteri sempena Valentine’s Day kali ni.. tapi bukan dengan maksud demikian.

4. Cinta Kepada Murid
Adalah menjadi kewajipan seorang guru untuk menyayangi anak muridnya, begitu juga sebaliknya.  Guru yang penyayang sudah tentu disayangi muridnya. Memang bagus sebenarnya mewujudkan kasih sayang di dalam sesebuah kelas. Ini salah satu pemangkin kepada pembentukan iklim bilik darjah yang kondusif. Namun setakat kasih sayang saja mungkin tidak cukup, sebab tu ada segelintir guru berpendapat yang dia perlu melakukan sesuatu yang lebih hebat. Maka mulalah dia melakukan tindakan yang tidak sepatutnya, sehingga sanggup meraba atau mencabul anak muridnya. Mungkin dia beranggapan murid tahun 4 sudah patut merasai nikmat cinta sebenar… sebab itulah dia cuba mengajar dengan caranya sendiri. Wahai guru-guru, marilah kita sayangi anak murid kita. Kalau kita mencintai mereka sekalipun tidak kisah. Ajarkan kisah cinta yang terbaik. Cuma sebelum melakukan sesuatu perkara yang di luar batasan, ingatkan semula yang kita semasa di institut perguruan atau universiti sudah belajar ilmu pedagogi dan psikologi. Dan bagi yang mengambil opsyen Pendidikan Islam, sudah tentu penekanan ilmu agama juga tidak diabaikan. Jadi wajarkah ilmu yang dituntut itu disia-siakan begitu saja? Bagi aku, hubungan guru dengan murid ringkasnya macam ni saja: Sayangilah murid anda – ini betul. Cintailah murid anda – ini salah, tapi masih boleh diterima. Raba-raba dan cabul murid anda – ini mengundang padah! Jika dibuat juga, nahaslah jadinya!

5. Cinta Seorang Artis
Mungkin inilah salah satu cara seorang artis wanita membuktikan cintanya pada sang peminat. Sentiasa tampil dengan berita-berita sensasi supaya sentiasa disebut-sebut oleh peminatnya. Peminat akan sentiasa teringatkannya, terbayang akan wajahnya. Justeru, tanpa mengira masa dan keadaan, menyelusuri jalan dengan dadah di dalam badan. Begitulah kisah terbaharu pelakon wanita yang membintangi drama bersiri Anak Pontianak itu ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersama seorang lagi rakannya. Pelakon wanita berkenaan, yang sebelum ini memang panas dengan isu-isu gambar dedah badan telah mengaku mengambil dadah jenis ketamin.  Entahlah, sama ada pengakuannya itu benar atau sekadar mencari publisiti juga. Hanya ujian air kencing yang dapat membuktikannya. Beginilah hebatnya cinta seorang artis, mungkin dia gagal meraih cinta daripada peminat, sebab tu terpaksalah dia jatuh cinta kepada dadah pula. Jarang-jarang orang lain buat macam ni… kan hebat tu?

6.  Cinta Kepada Rakyat
Untuk membuktikan cinta seorang pemimpin kepada rakyat mereka sanggup mengupah tukang buat cek guna polisterin/kadbod besar. Buat replika cek besar-besar. Hebatkan cinta mereka? Mungkin dalam hati mereka biar nanti semua orang boleh nampak jelas. Jadi tak perlulah orang kampung yang rabun dan berbau hapak datang berasak-asak ke depan tengok nilai derma yang dituliskan tu… Orang yang menderma tu pula tersegih-segih tengok wartawan snap gambar. Dia senyum kerana cukup kagum dapat menderma cek replika hasil daripada income yang masuk melalui projek atau kontrak yang diperolehnya dengan mudah. Tapi senyuman dan cinta kepada rakyat tidak kekal lama, dia sanggup letak jawatan kerana tidak lagi mendapat projek/kontrak besar yang diidamkan. Mungkin juga dia marah kerana tidak mampu lagi mengupah tukang buat cek replika tu lagi? Atau juga dia marakah kerana bosnya sudah potong jalan?

7.  Cinta Kepada Negara
Aku cukup cinta akan negara Malaysia. Aku menyokong gagasan 1Malaysia. Sebab tu aku tak bakar masjid atau gereja. Aku tak mencemuh raja atau pembesar istana. Cukuplah jika aku mencemuh ketidakadilan sikap manusia secara senyap. Aku bukan orang Melayu, bukan juga Cina atau India. Aku hanyalah bumiputera yang kadangkala statusku dipertikaikan, tetapi aku tidak kisah. Aku tetap sayang semua bangsa Malaysia. Aku tidak kisah hidup sebagai kaum minoriti, sebab aku tahu aku hidup pun bukannya lama. Aku cinta Malaysia, sebab tu aku cuba hidup dengan cara bertamadun. Biarlah cara hidup aku dikatakan ketinggalan zaman atau dibelenggu dengan tamadun kuno, asalkan pemikiran dan perbuatanku tidak disamakan dengan pemikiran dan perbuatan haiwan.

Jadi begitulah beberapa kisah cinta yang cukup hebat di sekeliling kita. Sebahagiannya mungkin cinta yang patut dikekalkan, sebahagian lagi cinta yang perlu dikorbankan, dilupakan. Tapi semua itu memang tidak lari daripada kehidupan kita. Adakah semua kisah di atas itu berdasarkan kisah benar? Jawapannya ada di Google! Dan jika ada di antara kisah-kisah melibatkan diri anda atau sedikit sebanyak ada persamaan, aku mohon maaf! Bukan berniat untuk mengaibkan, sekadar untuk memperingatkan..

Versi Valentine’s Day: Ada seorang bekas lecturer aku pernah bagitau yang seorang pemimpin politik pernah keluarkan kenyataan seperti ni (lebih kurang): “In Malaysia, I’m free to speech but not free after speech”. Jadi adakah aku?? Berkata sesuatu yang benar memang menyakitkan!

Artikel lain yang mungkin berkaitan...
kulanz

Semua artikel yang terkandung di blog ini hanya pandangan penulis semasa-mata, melainkan artikel berbentuk ilmiah/berita/informasi yang setiap satunya akan disertakan sumber rujukannya sekali.


Menyalin atau menerbitkan semula sebarang artikel daripada blog ini adalah dibenarkan untuk tujuan kebaikan. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.


Sebarang persoalan yang berkaitan dengan kandungan blog boleh dikemukan melalui Email.

 

33 Responses to “Tujuh Cinta Terhebat di Hari ‘Valentine’”

  1. 1

    hmm, cinta yang semakin extreme.. semakin pelik dan jelik.. takotnye nak hadapi realiti..

    • 2

      memang tu realitinya dunia sekarang.. tapi kita tak perlu takut hadapi kalau kita sendiri dapat mengelakkan diri daripada cinta semacam tu

  2. 3

    nilah jdinye bila terlalu taksub dgn cinta.. konon nk ditunjuk2. sdgkn cinta itu lahir dr hati. tak usah disebut tak usah ditunju, sudah cukup utk dirasa..

    • 4

      Taksub kepada cinta tak salah, asal tahu cara mengawalnya.. menunjuk bukti cinta pula biar berpada-pada.. kan?

  3. 5

    cinta memang sesuatu yang pelik…
    topo´s last blog ..Serlahkan Komen Anda Dengan Gravatar yang Unik My ComLuv Profile

    • 6

      Memang tersangat pelik kalau orang tak berapa memahaminya..

  4. 7

    hoho..nice 1! tu la cinta. ramai orang gila cinta kerana tiada cinta pada yang maha kuasa. :)
    aidi-safuan´s last blog ..Public Bath now in KL! *bleeding nose* My ComLuv Profile

    • 8

      tu betul..
      walau btapa hebat sekali cinta tu, kalau x cinta pada yang maha kuasa, masih tak lengkap

  5. 9

    salam,bro kulanz aku suka yang pertama.. dan yang lain2 agak aku suka..tgk dalam mingguan malaysia sudah terbukti hari kekasih….buang bayi dalam tongkat sampah lepas 2 bakar.. adess manusia yang mendapitkan cinta terkulai layu…akhirnya oleh janji si lelaki si pendusta… :D
    SELAMAT TAHUN HARIMAU :D

    • 10

      salam bro..
      macam tu lah realiti yg terpaksa kita hadapi sekarang ni.. aku x mau setakat berdiam diri, namun hendak menghalang tiada daya.. harap dengan cara ni saja aku mampu memperbaiki..

  6. 11

    aku pun tak paham gak ngan cinta..kdg2 suka kdg2 rasa beban huhu…

    anak pontianak tu betul2 tak serik, dulu gambar lucah, nih lak dadah, nampak kat tv baik jer adess..mcm2 skrg nih..
    Nine´s last blog ..Aku Dan Bilik Ku : Personal My ComLuv Profile

    • 12

      cinta abstract bro nine, memang camtu.. hehe
      aku pun x kisah sangat pasal anak pontianak tu, tak pernah tgk dia berlakon, tak pernah minat dia.. tapi tindakan terakhirnya tu mmg aku kisah sangat.. sungguh memalukan.. menjatuhkan maruah mak bapak..

  7. 13

    ermmm…macam2 hal dengan cinta…tapi ingatlah cinta kepada tuhan lebih indah dari cinta lain.=)
    ReD´s last blog ..~ DAN SEBENARNYA… BERJOGET-JOGET KERIANGANLAH SYAITOOON… ~ My ComLuv Profile

    • 14

      cinta pada yang maha kuasa adalah cinta suci, sebab tu aku x senaraikan di sini.. yang kat atas tu semua cinta serong..

  8. 15

    Tak berakal la kempen yg suruh tak pakai panties tu….. Apa nak jadi entahlah… :(
    Dak Wan´s last blog ..Gong Xi Fa Chai My ComLuv Profile

    • 16

      ntahlah.. kalau kempen antara suami isteri sekalipun, takkan buat secara terbuka macam tu..

  9. 17

    jgn lupe cinta yang agung
    joegrimjow´s last blog ..bercinta dengan blog My ComLuv Profile

    • 18

      tu memang saya tak lupa, cuma tak dimasukkan sini.. sebab dalam entri ni semua cinta tak suci, hehe

  10. 19

    cinta itu indah..tetapi manusia selalu membutakn cinta sehingga diri sendiri teraba2 akibat cinta
    azizan4444´s last blog ..Kenapa Perlu Wanita Berusia? My ComLuv Profile

    • 20

      memang macam tu la selalunya bro.. kalau suatu tu baikpun, tapi orang buat tak baik.. maka tak baik la jadinya

  11. 21

    hari-hari cinta!!
    cinta mmg indah!

    • 22

      memang indah selagi tidak disalah guna..

  12. 23

    bro..honestly..agak pedas entry bro kali neh..hehe

    • 24

      tu tandanya bro baca betul entri ni.. hehe
      thanks bro.. moga jadi pengajaran kepada kita

  13. 25

    wat ms skrg ni, aku sygkan anak murid aku..hehe
    x-po´s last blog ..AKU HAPPY, AKU BANGGA, AKU SYUKUR SAMPAI RASA TAK LAPAR-LAPAR My ComLuv Profile

    • 26

      sayang tak salah bro.. janji jangan lebih-lebih.. haha

  14. 27

    Cinta Itu Nikmat Tapi Awas,ayat ni memang kene gak kan bro bila kita hayati betul²
    wazy´s last blog ..Cara Register Twitter My ComLuv Profile

    • 28

      Betul bro.. sesuai sangat dgn ketujuh-tujuh cinta hebat dlm entri ni.. hehe

  15. 29

    dunia semakin maju, manusia pun semakin ghairah mengejar keseronokan dunia sehingga sanggup membunuh drh dgg sendiri
    ngexz´s last blog ..Cara membuang Virus di Yahoo Messenger My ComLuv Profile

    • 30

      memang itulah kenyataannya sekarang ni.. sebab tu jadi peranan kita untuk betulkan keadaaan, walau sedikit..

  16. 31

    jika benar cinta itu buta.. butakan mataku… hehehe
    qimie´s last blog ..Tips Tukar Nombor Pendaftaran ( Plate Number) My ComLuv Profile

    • 32

      haha.. lagu best tu bro..

  17. 33

    yang pasti kasih sayang adalah setiap hari
    Wan Perlis´s last blog ..Artis Kita Semakin Bangang – suam-suam kuku My ComLuv Profile

Leave a Reply