Tutorial: Cara Install Halaman Forum untuk WordPress

June 17th, 2010 | 12:23 am | Tutorial | 22 responses

Jika sebelum ini Fireboad, Kunena, PHPbb atau Bulletin Board banyak digunakan untuk mewujudkan laman forum terutamanya untuk penggunaan Joomla, kini  WordPress juga memiliki plugin yang membolehkan penggunanya mengintegrasikan forum dengan platform tersebut.

Dengan motto, “KEEP IT SIMPLE”, Mingle Forum, merupakan plugin yang dibangunkan khusus untuk itu. Plugin yang dibangunkan oleh Blair Williams itu telah melalui beberapa penambahbaikan yang menjadikannya lebih ringan, kukuh, selamat, cepat untuk melakukan setup, mudah dan terbaik. Dan pastinya misi pembangunan plugin ini adalah untuk menjadikan blog kita sebagai sumber informasi dan satu rangkaian sosial yang tidak terbatas. Dan memang sesuai digunakan untuk menggantikan penggunaan shoutbox.

Saya telahpun mengintegrasikan plugin ini dengan platform WordPress 2.9++ dan plugin ini memang berfungsi dengan baik. Untuk tujuan pemasangan (install), ikuti beberapa langkah mudah berikut:

Langkah 1:

  • Download plugin Mingle Forum
  • Kemudian pergi ke Dashboard -> Plugins -> Add New -> Upload
  • Cari fail .zip yang telah di-download tadi dan klik open.
  • klik pada butang install.
  • Setelah selesai, aktifkan plugin berkenaan.

Langkah 2:

  • Lihat Mingle Forum di sebelah kiri Dashboard
  • Ubahsuai tetapan pada Mingle Forum mengikut kesukaan masing-masing
  • Anda juga boleh tambah kategori forum di ruangan tersebut.

Langkah 3:

  • Hasilkan satu halaman baru (Page -> Add New)
  • Namakan halaman berkenaan dengan “Forum” atau apa-apa mengikut kesukaan masing-masing.
  • Klik tab HTML dan Paste-kan kod  [mingleforum] di bahagian atas halaman berkenaan.
  • Pada bahagian Template (di bawah Attributes), pilih Fullwidth Page, kemudian save halaman berkenaan.

* Jika anda memilih Fullwidth Page, forum akan dipaparkan pada halaman penuh tanpa widger/sidebar. Jika ingin mengekalkan widget/sidebar, kekalkan Default Template tadi.

Jika ada yang berminat untuk mencubanya plugin ini, boleh muat-turun di sini. Selamat mencuba..

Artikel lain yang mungkin berkaitan...
HIDUP SEORANG BLOGGER

Semua artikel yang terkandung di blog ini hanya pandangan penulis semasa-mata, melainkan artikel berbentuk ilmiah/berita/informasi yang setiap satunya akan disertakan sumber rujukannya sekali.


Menyalin atau menerbitkan semula sebarang artikel daripada blog ini adalah dibenarkan untuk tujuan kebaikan. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.


Sebarang persoalan yang berkaitan dengan kandungan blog boleh dikemukan melalui Email.

 

22 Responses to “Tutorial: Cara Install Halaman Forum untuk WordPress”

  1. 1

    ada jugak terniat nak buatkan blog jadi macam forum iu hari…dah ada plugin ni makin best ni :D , thanks for sharing bro
    etomyam´s last blog ..Biarlah Rahsia Atau Rahsia Ukiran DukaMy ComLuv Profile

    • 2

      thanks for sharing!

    • 3

      rasanya buat blog macam forum ni bagus juga.. senang ckit nak jaga backlink.. terutamanya daripada komen/respon

  2. 4

    blog sapa dah femes boleh la buka forum
    Wan Perlis´s last blog ..Ohtidak vs CisdelMy ComLuv Profile

    • 5

      hehe, siapa2 pun boleh buat juga tu bro.. tak semestinya blog yang femes je..

  3. 6

    thanks for sharing :)
    khairil´s last blog ..Fenomena Muzik Di MalaysiaMy ComLuv Profile

  4. 7

    rasa2nya tak boleh dibuat pada blogspot kan?
    tehr´s last blog ..Gay And Lesbian WeddingsMy ComLuv Profile

    • 8

      kalau guna plugin tu mmg tak boleh bro

  5. 9

    meriah sikit kalau pasang plugin untuk forum.tapi untuk WP je kan.
    sinagarimba´s last blog ..Pelawak Popular Terkantoi Hisap Dadah!My ComLuv Profile

  6. 10

    fuh bagus2… ni yg aku suka ni :P
    syahirul´s last blog ..Jika ragu-ragu, jangan sebarkan…My ComLuv Profile

  7. 11

    salam,bro kulanz ayie baru je guna pakai forum tersebut dalam laman satu lagi,senang nak guna and simple,tapi ada kemusykilan mcm mana nak masukkan databse forum msqyl seperti dalam forum sifo?? bro kulanz tahu tak? :) .

    • 12

      salam bro..
      pasal database tu.. maksud bro pindah dari 1 server ke server lain? ari tu pernah juga pindahkan, tapi database forum kunena utk joomla, senang ckit pindah kalau guna platform sama.. kalau platform lain.. tak pernah cuba..

  8. 13

    mantap eh plugin nih, leh wat forum guna WP..tq bro :)

    Tapi aku masih tak tau apa2 huhu..

    • 14

      memang mantap tu bro.. tapi aku pun tak guna lagi..
      susah tu nak jaga forum :D

  9. 15

    blog buat forum?. plugin untuk wp je r kn. heh. blog kalu de lagi gmpk kwot. haha ;P
    acapz´s last blog ..Pelbagaikan Status Facebook Anda Dengan FunnyFacebookMy ComLuv Profile

    • 16

      aah bro.. dah boleh buat forum juga blog ni..

  10. 17

    mmg best plugin ni…thanks for sharing..ada cita-cita nk ada forum sendiri..:D
    aleh´s last blog ..Membina backlink membunuhMy ComLuv Profile

    • 18

      kalau ada usaha.. tak mustahil boleh buat forum sendiri tu bro.. moga cita2 tercapai

  11. 19

    kalu ada ramai yg follow rasanya mau gak wujudkan forum ni..hehee..

    • 20

      tak perlu tunggu ramai follow suri.. buat dulu baru cari rakan2

  12. 21

    thanks for sharing.. dah lama ada idea nak buat forum. cuma risau je. makan banyak bandwidth x? lagi satu, nak buat forum kena moderate slalu la. kalo x thread jadi hambar mcm GB.
    Amir´s last blog ..Drama Ilusi – Slot Akasia di TV3My ComLuv Profile

Trackbacks/Pingbacks

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by Khairil Afzal, kulanz. kulanz said: Tutorial: Cara Install Halaman Forum untuk WordPress http://goo.gl/fb/oHLzc [...]

Leave a Reply

Kongsi artikel terbaharu anda