UFO singgah di Tuaran Beach Resort, Kota Kinabalu? Biar betul? Terkejut juga baca berita ni tadi di myMetro online. Percaya ada, tak percaya pun ada juga. Apapun, mungkin ada baiknya kita baca dulu, selepas itu terpulang kepada pertimbangan masing-masing.
Suasana di pusat peranginan ketika itu gempar apabila satu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran di sini, petang kelmarin.
Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan itu yang kebetulan berada di kawasan terbabit.
Mereka mendakwa objek mengeluarkan cahaya biru dan hijau itu terapung di ruang udara selama seminit sebelum hilang dalam sekelip mata.
Macam yang selalu kita tengok dalam movie, UFO ni digambarkan mempunyai kuasa yang boleh mengawal peralatan elektronik di sekelilingnya. Begitu jugalah yang didakwa oleh saksi yang melihat kejadian di Tuaran Beach Resort tu.
“Saya tidak percaya UFO, tapi apa yang saya lihat itu benar-benar luar biasa kerana ia berlaku di depan mata.
“Apa yang pelik, telefon bimbit milik beberapa pengunjung yang merakam kemunculan objek itu tiba-tiba ‘mati’. Namun, saya bernasib baik kerana dapat merakamkan imej objek itu,”
Dalam berita berkenaan juga ada dinyatakan yang kemunculan UFO di Malaysia dikesan bermula pada tahun 1950-an apabila seorang lelaki melihat satu piring terbang di Petaling Jaya. Sejak itu, beberapa objek menyerupai piring terbang didakwa dilihat rakyat negara ini. Kali terakhir UFO muncul di negara ini pada 1999 di Tanjung Sepat, Kuala Langat. (Sumber berita dan gambar: myMetro online)
Selepas membaca berita berkenaan, saya mencari maklumat lain berkaitan UFO di negara ini, terkejut juga apabila jumpa satu artikel yang ada menuliskan Kota Kinabalu, Malaysia. Berikut artikel berkenaan:
UFO CASE REPORT: UFO seen coming out of water and flying away in Malaysia
Date: October 8, 2005
Location: Kota Kinabalu, Malaysia
Summary: What I saw looked like a strip of white wave breaking on the water surface. After about 2 minutes and maybe a thousand meter from where we first noticed it, a grey/white craft broke out of the water right were the white wave was and it continued to move in the same direction except this time it was flying in the air.
“… my drawings of approximately how I remember of the UFO that my wife and I saw off the Tanjung Aru Beach in Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.” The image of the UFO has been added to a photograph of the scene. (laporan lengkap boleh didapati di: http://www.ufoevidence.org/cases/case606.htm)
Wallahualam.
Update: Lihat gambar UFO di Tuaran lebih jelas di sini




{ 77 comments… read them below or add one }
tak pasti pulak kan…antara percaya dengan tidak…
BEBEL LAGI
princeduyong recently posted..BEBEL LAGI
betul tu, kita tak pasti sebab tak berada di tempat kejadian..
Salam….
Sukar nk percaya tp kalau dikatakan suatu alat pengintipan oleh pihak asing yang direka seperti UFO, macam mana pulak?
Entah la…
iza recently posted..Design Dari Seorang Blogger Otai
kalau difikirkan memang logik juga.. diorang sengaja buat bentuk macam tu.. supaya kalau orang nampak.. orang percaya yg tu ufo.. jadi akan ramai yang tak percaya.. senanglah diorang buat kerja pengintipan.. thanks iza, kongsi pandangan macam tu..
kalau UFO yang di huni oleh makhlik luar angkasa sulit di percaya nihh karena penciptaan NYA hanya manusia yg ada di bumi
perawatan ac recently posted..Tips mencari terminal S C R pada kompresor
Masih banyak rahsia alam yang tidak kita ketahui… Wallahualam.
pelik tp benar..mcm x percya benda2 cmni..tp klu btol mmg ajaib la kot..hehee
azizan4444 recently posted..Kebahagiaan Dalam Perpisahan bukan lagu tema piala dunia 2010
akupun kadang tak percaya.. tapi tak musatahil juga berlaku.. itulah rahsia alam..
bukan sorang dua nampak, tapi satu dewan. dan semua cakap, bende tu hilang sekelip mata. tiada object buatan manusia boleh bergerak dari berhenti, dan hilang tiba2.
tiada ayat dlm quran bahawa makhluk ciptaan allah adalah manusia sahaja. selain manusia, ada haiwan, malaikat, syaitan dan jin. dalam quran juga ada mengatakan bahawa jin lebih maju dari manusia dan terdapat byk jenis bentuk jin.
kira beruntung orang yang nampak masa tu.. pengalaman paling berharga..
memang masih banyak rahsia alam yang tidak kita ketahui..
piring terbang bukan mustahil…. saya p[ernah terbaca satu laman web yang membincangkan ttg Al Quran pernah menyebut ttg Piring terbang sebagai suatu alat pengangkutan manusia berdasarkan konsep “tolak &tarik” serta konsep pasangan “negatif &positif”
lgpun Nabi Sulaiman kan pernah “menakluk angin”
pendapat peribadi saya percaya ia alat buatan manusia2 yg mengetahui Rahsia.
mungkin bagus juga kalau dapat kongsikan halaman web tu.. boleh dijadikan sumber rujukan..
kadang akupun setuju juga yang mungkin benda tu dibuat oleh orang2 tertentu.. kadang aku berpendapat yang objekt tu hasil daripada pembiasan cahaya daripada objek tertentu di bumi yang terpancar di langit, macam pembentukan pelangi.. tak pastilah, banyak rahsia alam yg masih belum kita ketahui
hmetro silap menyatakan kali terakhir ufo dilihat di malaysia pada 1999 di tg sepat…. itu silap…
yang terakhir adalah di Damansara Selangor awal tahun ini… dan telah mendapat liputan selama 2-3 hari oleh akhbar kosmo.
masa cari-cari maklumat tadi.. ada juga terbaca pasal kejadian yang berlaku di Damansara tu.. ntahlah, mungkin penulis tu tak buat rujukan..
gambar no 1 tu macam solar halo je..gambar no 2 memang nampak macam ufo,mungkin org barat yag cipta kot…wallahualam
hanif recently posted..Cara Buat Adsense For Domain
gambar pertama tu tak jelas sbb kononnya diambil dengan telefon bimbit.. gambar no 2 tu nampak jelas sebab ia cuma gambar tambahan.. untuk menggambarkan bentuk dan tempat di mana penulis nampak UFO tu (pantai tanjung aru, kota kinabalu)
femes lah tempat tu bro!
haha.. dapat promosi percuma bro..
oh ye ke ada UFO…isk, saya kalau bab UFO ni memang was-was betul hehehe

etomyam recently posted..Baru Join Seminggu Dah Naik PangkatApa Hal
hehe.. tak tau juga bro.. akupun masih was-was pasal ufo kalau belum nampak sendiri..
tapi kalau zaman sekolah rendah ku sanggup monteng kelas agama setiap petang jumaat semata-mata nak tengok cerita UFO ni hahaha

etomyam recently posted..Baru Join Seminggu Dah Naik PangkatApa Hal
hehe..
kenangan zaman budak.. mmg selalu juga tgk cerita ufo ni
betul ke ni?aku tak beli metro hari ni la..
x tau betul ke tak.. ada berita online bro.. baca sana tadi
ada lagi ke berita tu, nak baca jugak ni

etomyam recently posted..Baru Join Seminggu Dah Naik PangkatApa Hal
masih ada tu bro..
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GemparlihatUFOterapung/Article
wah betul ker nie?? ufo datang ke malaysia… ke sabahan lah pulak.ke johor , tak nak datang ke?? hehe
zik recently posted..Bijak wang- perkara asas yang anda perlu tahu mengenai unit trust
hehe, xpa bro.. nanti UFO datang sana juga
Salam kenalan… jemput ke blog saya boleh kita sembang – sembang lagi
Wah dah hebat nee… ada klip copy hantar ke majalah3 untuk bingkisan rakyat Malaysia.
Asyik dengar orang putih cerita pasal UFO kita pun boleh cerita jugak!!!!
Salam,
insyaAllah akan datang..
bagus juga tu.. boleh femes malaysia kalau ada UFO, hehe
uih!! lepas ni banyak lar kajian-kajian dilakukan kat tempat kejadian. nak percaya pun susah.. sebab bukan mata sendiri yang melihat. kadang-kadang mata sendiri pun boleh buat silap. wallahualam.

Stargone recently posted..Kemalangan Di Bandar Baru Bangi
tak pastilah sama ada kerajaan malaysia ambik peduli pasal ni atau tak..
agaknya UFO tersebut singgah sini nak isi minyak kot, heh =P
hafidz recently posted..Naik
hehe, tak taulah plk bro..
hahahaa shell ke petronas??
ray ban recently posted..Standard for sunglasses
Nak cakap tak percaya, ramai nampak tapi masih was was lagik.
ST recently posted..Set masa lupus kata laluan dalam Linux
betul, tak boleh salahkan kalau ada yg tak percaya.. sbb perkara-perkara macam ni boleh masih luar biasa dan jarang dilihat
pasal UFO ni naz kurang percaya jgk kadang2. takkan lah dorg nk masuk ke dlm planet Bumi ni takda mana2 satelit yg mampu detect depa ni..haish
nazra recently posted..Seorang Emak Doakan Anak Kandungnya Sendiri Diculik Orang!
itulah yang menjadi misteri.. tak dapat nak dijelaskan secara secara konkrit
Pernah terbaca, UFO tu sebenarnya jin..betulke ya?
eyriqazz recently posted..Gelagat Alisya Ketika Menaiki Cruise di Putrajaya
tak tau juga bro.. tak tahu sangat pasal UFO ni
Mesti UFO ni melawat je kot,biasa la bumi kan ada pelbagai sumber tenaga
wazy recently posted..S2FwaWxsYS1NZXJpbmR1IFRhbnBhIEthdGE
hehehe..setuju dgr mr wazy..kebetulan sama lah komen dg dia
idea sama tu suri
@Wazy, ada kemungkin juga tu, benda tak mustahil
kata orang klu nak percaya mesti kena tgok dopan mata.barulah org tu akan pcya hehehe..
sesekli dia org pun nak gak melancong ke temapt kita nie..hehehee
samalah, akupun nak tengok juga sendiri
Sila klik link di bawah utk lihat imej UFO Sabah dengan lebih jelas.
http://bengodomon.com/2010/07/20/finally-a-proper-ufo-sighting-in-sabah/
terima kasih sebab berkongsi.. dah publish gambar tu.. dah bagi kredit juga..
Salam,wa bahaya ufo or agen perisik amerika? emmmmmm comfius
.
Salam,
tak pasti juga bro.. sebarang kemungkinan boleh berlaku
tak tau nak caya ke tak!!!!
bujang3 recently posted..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!!
xpa bro, kita masih bebas dengan kepercayaan kita berdasarkan sebab tertentu
I syak objek pengintipan buatan Amerika atau Russia. Kan negara kita ni dok tengah bincang guna tenaga nuklear. Mungkin dia nak intip kita lah. Lihatlah kapal perang stealh. Kapal ciptaan US tu pun terbang dengan bunyi yang amat berkurangan. Ditambah pula dengan kalis imbasan radar. Itulah hasil ciptaan yang berpunca dari kajian kapal angkasa UFO yang telah jatuh di tembak oleh tentera US semasa tahun enam puluhan dulu. Kajian kapal angkasa UFO tu di rahsiakan oleh tentera udara US selama 50 tahun. Mereka yang terlibat dalam kajian tu di beri amaran ancaman nyawa sekiranya mereka memberitahu wujudnya kajian tersebut kepada rakyat Amerika.
satu perkara yang tidak mustahil untuk berlaku..
there can be miracle~~~ when you believe~~
eh.. layan lagi mariah carey pulak.. ahaks!
mr.eims @ perfume recently posted..Torus palatines – a disease of palate
tiada yang mustahil
payah nak percaya
sehingga hari saya masih tak percaya ada UFO ni
kena tengok sendiri satu hari nanti
tehr recently posted..Rezeki Raya Di Pasar Minggu
mudah-mudahan bro, ada rezeki mungkin kita juga akan berpeluang sendiri tengok benda macam tu..
entah 2 itu satelit israel tak ?
ishak recently posted..Saat nya menunggu puasa dan ramadhan 2010
tak pasti sangat bro, tapi tak mustahil juga.. apa2 boleh berlaku
kuasa yang maha esa “kun fayakun”
ray ban recently posted..Standard for sunglasses
UFO ni mungkin wujud mungkin tak. wallahuallam. saya pun tak tau..
Amir recently posted..Secret Recipe Melbourne… so much more!
aku percaya juga UFO tu wujud bro.. cuma tak pasti apa yang ada dalam UFO
mungkin wujud mungkin juga x…
ray ban recently posted..Standard for sunglasses
mustahil!!!!!!!sy rasa ia adalah salah satu pesawat pengintip USS yg ingin mengumpul maklumat tentang negara kita. sekarang ni kapal USS kerap sangat berlabuh di kota kinabalu. Apa tujuan sebenar mereka? Who knows…?? Sebab sudah banyak pangkalan mereka bina diseluruh dunia, dan sekarang mereka sedang berusaha memohon kebenaran untuk membina pangkalan di negara kita, terutama di kota kinabalu. Harap2 x diluluskan…!! Peace no war…!!!
perasan juga pasal kapal USS tu.. mmg selalu nampak di pelabuhan KK
Saya amat bersetuju dengan pendapat choy & old navy tu. Memang ada logik dan realitinya. Mesti pesawat pengintip tu…Faham2 jelah negara Amerika tu, semua dia nk bolot… Xbleh cara terang, cara senyap2… Bayangkanlah, negara-negara yg mempunyai negara pengaruh besar seperti Thailand, Singapore, Vietnam, China, Philipine, Brunei dan sekutunya, semuanya diorang dh bina pangkalan kat sana. Sekarang tengah berusaha plak nk buat kat Malaysia. Semuanya tu ada misi yg diorg nk capai, bkn saja2…
kalau difikir, memang ada logiknya setiap pandangan rakan2.. harap rahsia UFO ni akan terbongkar nanti
UFO, Mungkin juga wujud satu atau lebih tamadun kehidupan di luar sana yang lebih maju dr kita d bumi ni. Ankasa lepas tu luas, bahkan cahaya yang cukup laju pun mengambil masa beratus2 tahun untuk merentasi 1 galaksi. Selain Bima Sakti, (galaksi kita) ada lagi beratus2 buah galaksi di luar sana.. Anda cuba bayangkan, cahaya bergerak sejauh 186,000 batu/saat. dalam seminit, kita ada 60saat, dalam sejam, kita ada 60 minit, dalam sehari kita ada 24jam. anda kira lah sendiri. Bintang terdekat pula sejauh 4 tahun cahaya(1 tahun cahaya = 5,865,696,000,000 batu!!).Anda pikir la sendiri bila ada jarak yang kita dengar sampi mencecah ribuan tahun cahaya jauhnya. Just imagine how big our universe is. So, its not imposible that maybe we are not alone in this universe.
Saya syorkan anda cuba mendengar hujah2 seorang ahli fizik, Dr. Michio Kaku.
http://www.youtube.com/watch?v=YAzVgGQhrtY
terima kasih perkongsian tu, sangat bermakna kepada saya sendiri dan juga pembaca lain.. kalau di fikir memang ada juga kebenarannya.. dunia ini amat luas, masih banyak perkara yang belum kita ketahui
slm tn..sempat singgah sini baca N3 psl ufo inilah..percaya atau tidak skrg ni tn susah mau ckp ba..mmng skrg ini pnya musim mcm2 hal boleh berlaku..x mustahil juga klu benda tu wujudkan..sbb mcm klu ikut berita tu mcm ramai juga saksinya..dan x mustahil klu perkara itu merupakan alat pengintipan negara luar lagi2 kita punya kapal selam pun baru juga sampai di sepanggar..tp klu setakat kapal selam kita itu x pyhla dihantar alat pengintipan secanggih itu klu betul la ia alat pengintipankan..besi buruk ja ba tu bg negara2 barat..tp apa pun..kita berharap kehadiran kejadian itu tidak akan membawa musibbah utk.negeri kesayangan kita Sabah.Sempat juga menekan DG ni tn…wakaka
AKU recently posted..Seguni budi mu tak terbalas oleh AKU
salam tuan, makasih singgah sini..
itulah, kadang benda2 macam ni di luar bidang pengetahuan kita… sudah juga membuat rumusan pasal ni. Tapi harap dengan keizinan-Nya, suatu hari nanti rahsia UFO ni akan dapat dijelaskan..
Telah terjumpa lebih 200 planet yang menyerupai bumi setakat ini. Mungkinkah bumi sahaja yang berpenghuni?
Tidak mustahil mahkluk lain tak wujud dalam semesta ini..entah2 mereka jauh lebih maju dari kita..so, kita hanya berjaga2..
cascd recently posted..Menukar Format Fail Secara Online
betul setuju kejadian makhluk lain kita perlu percaya
ray ban recently posted..Standard for sunglasses
nampak benor nipunyer~~