≡ Menu

Uncle Seekers Dedah Kisah Cinta dengan Siti Aishah

Uncle Seekers dan Siti Aishah, dua individu yang memang cukup terkenal. Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein al-attas merupakan ketua kumpulan Seekers yang sebelum ini sangat popular di NTV7 sebagai pengkaji fenomena aneh dan paranormal. Siti Aishah (Yang Teramat Mulia Cik Puan Besar Selangor Datuk Amar Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman) pula adalah mantan Permaisuri Agong.

Sudah agak lama juga tidak mendengar cerita kedua-duanya. Tiba-tiba beberapa hari ni cerita mereka berdua akhirnya muncul dengan gosip yang cukup hangat. Semuanya bermula apabila Uncel Seekers dengan berani mendedahkan kisah “cinta syyhh” di antaranya dengan mantan permaisuri agong kepada pengetahuan umum. Semua butiran terperinci tentang kisahnya diceritakan dalam blog beliau sendiri. Sehingga kini terdapat enam entri khas bertajuk Siti Aishah (boleh ikuti kisah dari part 1 – part 6) dan berkemungkinan Uncle Seekers akan menyambungnya lagi.

Uncle Seekers-Siti Aishah

Menurut Uncle Seekers (Syed Abdullah), tujuan sebenar beliau mendedahkan hubungan ‘cinta syyhh’nya bersama Siti Aishah, adalah untuk menyedarkan pihak tertentu bahawa bekas permaisuri itu perlukan kebebasan dan tidak perlu dikongkong. “Berikan dia (Aishah) kebebasan dan jangan halang dia untuk berkahwin dengan lelaki yang disukainya“. Sebab itulah juga beliau tidak takut mendedahkan perkata tersebut walaupun telah menerima pelbagai ugutan. Beliau juga kononnya bersedia untuk berhadapan dengan pihak berkuasa jika dikehendaki.

Uncle Seekers-Siti Aishah

Ada banyak lagi gambar-gambar yang menunjukkan kemesraan antara Uncle Seekers dengan Siti Aishah di blog uncleseekers.blogspot.com. Di sini cukuplah dua sahaja yang saya paparkan (dipinjam dari blog uncleseekers). Dan berkenaan dengan kes di atas, saya tidak berani untuk membuat komen atau apa-apa penilaian. Boleh baca dan hayati sendiri kisah tersebut di blog yang dimaksudkan.

Kemaskini: Nama Uncle Seekers sekali lagi menjadi perbualan umum apabila beliau menulis artikel bertajuk Sultan Johor Atau Kerabatnya? Sebanyak 64 artikel yang menyentuh tentang Kesultanan Johor diterbitkan dalam blog beliau di URL: uncleseekers.blogspot.com. Berita terkini menyebut bahawa Uncle Seekers sedang ditahan reman untuk membantu siasatan atas laporan yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan tertentu.

About the author: Kulanzsalleh

{ 34 comments… add one }

  • Norizwan November 18, 2010, 6:15 am

    cinta syhhhh hehe…..:-)

  • Mus November 18, 2010, 8:40 am

    cinta.. sememangnya indah!!!
    lautan api sanggup diseberangi! ;)

    • ray ban November 18, 2010, 2:31 pm

      Bila cinta taik kucing pun kata wangi

  • zik November 18, 2010, 9:16 am

    terhangat nih….

  • Bb Hussain November 18, 2010, 9:19 am

    ada baca juga di blognya last week. No komen la ..

  • RedBoys November 18, 2010, 9:39 am

    wow.. gosip panas..
    kontroversi sana sini.. hurmm..

  • SuaraPeople November 18, 2010, 9:44 am

    dah muak dengar cite si seeker ni..benci dah akuu

  • adamfaiz November 18, 2010, 11:56 am

    “Cinta tak kenal siapa…hadir tanpa dipaksa…walau berkecai badan, melepaskanmu aku rela berputih tulang….”

  • Affan Ruslan November 18, 2010, 1:39 pm

    owh, ada jugak dgr2 pasal ni bro.
    tapi malas nak ambil port.

    *baru tau siti aishah tu mantan permaisuri agong, ingatkan sapa lah. Patutlah terkenal

  • ray ban November 18, 2010, 2:30 pm

    agak2 kekal ke?

  • tehr November 18, 2010, 4:54 pm

    tayangan seekers kat tv dulu pun aku tak suka tengok

    • suri March 9, 2011, 10:14 am

      cerita hantu..takut ar..tu yang sy tak suka tgok lebih2 lagi dah ada ank kecil heee

  • cascd November 18, 2010, 10:08 pm

    macam kisah hindustan pulak..

  • iza November 18, 2010, 10:34 pm

    Salam…

    Dah bc dah kisah ni tp susah nak percaya…
    entah la..

  • taju November 19, 2010, 2:14 am

    numpang lewat blog walking

  • lazaac November 19, 2010, 2:18 pm

    uncle sorang ni mmg tak leh blah… mencapub jer taw… kihkihkih.. :p

  • Syafrizal November 19, 2010, 11:52 pm

    aduhai.. macam2…
    itu pun uncle tu nak tunjuk pada semua
    kalau tak jadi macam mana?
    malu pun dapat.. hehe

  • Farahwahida November 20, 2010, 1:34 am

    apelah agaknya maksud cinta Syhhh tu yer?hmmm

  • aznan ismail November 21, 2010, 7:48 pm

    masa bercinta semuanya wangi termasuk kentut awek kamu sekali

  • putra ahmad November 24, 2010, 8:30 pm

    kenapa uncle seekers pakai baju putih tertera perkataan christian? aneh..aneh…

  • tokawe November 27, 2010, 1:10 am

    pakcik sick kah ni tk berapa betul palo otak dia,aku ingat dia bomoh x qeen ni.

  • ProfHariz November 29, 2010, 2:17 am

    Saya malas nak ambil port tentang cinta syuhhh mereka ini

  • ismail bin othman December 2, 2010, 11:29 am

    berilah peluang untuk beliau jalani kehidupan sebagai manusia biasa yang memerlukan belaian dan kasih sayang…

  • cempakasari December 4, 2010, 7:17 pm

    tak guna dedah citer peribadi pd semua org. ibarat ludah ke langit telepuk jatuh atas muka sendiri…

  • qasyaff December 4, 2010, 10:43 pm

    Jangan suka mengaibkan orang lain… nanti tak tertanggung balasanNya

  • abu December 6, 2010, 3:28 pm

    bodoh, bahlol dan bangang.. wat cerita hantu macam bongok.. buat cerita cintan macam gampang.. hahahah.. bodo punya olang.. g mati x pon jilat tahi sendiri,. hahaha

  • hassan hairi February 19, 2011, 11:28 am

    Gambar yg kedua tu confirm palsu. x abis2 siuncle seekers ni nk pedajal siti aishah. apa dosa wanita ni pd dia?? knp bgitu kejam??

  • suri March 9, 2011, 10:11 am

    hurm mmg tak ambil port hee..

    klu pasal sejaha ok ar lagi..
    moga2 mrka bhgai dg apa yg di lakukan :)

  • piah becok March 20, 2011, 5:07 pm

    ooooo… bercinta ke… pape je la. selagi diorang tak kacau hidup orang lain, tak perlu la orang nak kacau diorang. kan?

  • amani February 10, 2012, 10:27 am

    lm xdgr kaba mantan permaisuri ni..

  • prabu anom indon July 7, 2012, 11:44 am

    kalah set pula aku nih……tak pe lah uncle,tahniah….uncle tak rugi tu..masih padat dan begetah oiii ,,uslhpssst eh eh………….

  • nash September 25, 2012, 12:13 am

    Gambo 2 tu memang palsu ….. kantoi sangat hahhahahaha