Home >> Blog >> Under Construction 2

Under Construction 2

by kulanz on 17/10/2009 · 17 comments

Sudah beberapa hari internet tiada connection di tempat kami… Bukan aku seorang, satu kawasan yang guna port yang sama menghadapi nasib yang sama… Khabarnya ada kabel optik yang terputus di kawasan berhampiran.

Memandangkan sudah 2 malam tidak dapat guna internet, aku jadi tidak senang… nanti tertanya-tanya pula rakan-rakan kenapa aku tidak datang ke blog diorang. So, kau ambil keputusan untuk sambung internet guna dial-up (1315).

Selepas dapat buat connection, aku bukalah blog aku, cissss, punya main lembab dial-up ni, mau 3 minit baru dapat buka blog aku. Tapi syukurlah, sekurang-kurangnya dapat juga tengok-tengok blog. First yang aku tengok di blog aku adalah buku tamu atau yang aku namakan Jejak Lawatan Rakan. Bukan apa, saja mau menjejak semula rakan-rakan yang telah bertandang ke blogku. Sebelum tu memang ada juga aku lawat blog beberapa rakan… tapi masa tu aku guna dial-up… nuff tidak larat keluar… lembab betul connection… Paling-paling aku sempat tinggalkan pesanan di buku lawatan.

Aku tengok ramai rakan yang datang blogku (terima kasih), apa lagi, akupun lawat balik blog diorang. Aku tengok buku lawatan dengan teliti, takut ada pesanan rakan yang terlepas pandang…

Klik punya klik, ntah macam mana aku boleh silap, terklik pula butang close untuk tab blog aku… aduiii, terpaksa buka lagi… punyalah seksa menunggu lama baru dapat tengok blog… Aku rasa blog aku tu memang berat sangat… Memang betulpun, seorang rakan blogger pun ada komen yang blog aku tu telampau berat sampai susah nak loading…

Lebih kurang tengah malam, ntah angin apa yang bertiup, aku tengok pada modem internet, lampu PPP sudah menyala. Yahuuuu… senang hati aku, kali ni aku dapat guna internet pakai broadband… tak perlu lagi guna dial-up.. Aku terus login ke cpanel hosting yang memang sudah ku miliki lebih setahun lalu (bulan Mac ni masuk 2 tahun dah). Aku ambil keputusan, aku guna wordpress self-hosting untuk gantikan blog aku tu.. Aku bab-bab wordpress ni bukannya tahu sangat.. ni lah 1st time aku guna..

Setelah sehari suntuk membuat blog guna wordpress, ni sajalah hasil yang mampu aku buat… Tapi itulah, masih banyak yang belum siap, link blog rakan-rakan blogger pun belum sempat masuk. Kiranya masih under construction lagi ni…

p/s: Ini adalah entri pertama yang dipublish menggunakan wordpress selfhosting. Entri sebelumnya diimport daripada blogspot.

Kata kunci artikel:

tm dialup

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 17 comments… read them below or add one }

1 Ridhuan October 18, 2009 at 5:32 am

Change your permalinks setting.. example: from kulanzsalleh.com/?p=xx to kulanzsalleh.com/post-title at the permalinks setting.

Reply

2 kulanz October 18, 2009 at 6:32 am

Salam..
Thanks for the tips…
Already changed the permalinks..

Reply

3 Lintagu October 18, 2009 at 3:06 pm

Hehehe..Ngam laini tn..Pelan-pelan sj menukang..:)

Reply

4 kulanz October 18, 2009 at 5:10 pm

iya lintagu.. banyak lagi belum sempat dimasukkan.. terutamanya link blog/website kawan2… nasib baik boleh tengok link di blog lama tu..

Reply

5 kulanz October 20, 2009 at 9:28 am

Sekarang ni aku masih lagi dlm proses kemaskini blog ni.. Jadi kalau rakan2 nampak apa2 error, sabar jak… nanti aku fix kan balik.. thanks atas sokongan semua..

Reply

6 kulanz October 20, 2009 at 9:35 am

Aku tengah cuba buat comment, untuk tengok sama ada pluggin friend connect okey kah nda…

Reply

7 Seri October 21, 2009 at 12:38 pm

seri pun teringin nak guna wp tp tak tahu pasang. dengar kata banyak widget tak boleh guna betul ke?

Reply

8 kulanz October 21, 2009 at 1:05 pm

@seri… memang bnyk widget blogspot x boleh pasang di wordpress… Sya hari tu pun memang sdh lama mau guna wordpress, tp problemnya di wordpress tiada widget follower mcm di blogspot tu… Tp sya selalu study pasal wordpress ni… lastly jumpa juga widget yg sesuai… tu yg baru masukkan follower tu…

Tp di wordpress ni bnyk juga kelebihannya, cuma kena rajin explore jak… boleh tambah juga macam2 widget, asalkan dapat cari pluggin yang sesuai..

Reply

9 Bahauddin AMyasi October 22, 2009 at 6:48 pm

Wah, blognya tambah keren, Mas Kulanz….

Reply

10 kulanz October 25, 2009 at 2:03 pm

Terima kasih saudara Bahauddin… blog kamu juga apa kurangnya.. saya selalu singgah di sana

Reply

11 kulanz October 25, 2009 at 2:10 pm

memang bnyk widget blogspot x boleh pasang di wordpress… Sya hari tu pun memang sdh lama mau guna wordpress, tp problemnya di wordpress tiada widget follower mcm di blogspot tu… Tp sya selalu study pasal wordpress ni… lastly jumpa juga widget yg sesuai… tu yg baru masukkan follower tu…

Tp di wordpress ni bnyk juga kelebihannya, cuma kena rajin explore jak… boleh tambah juga macam2 widget, asalkan dapat cari pluggin yang sesuai..

Reply

12 kulanz October 25, 2009 at 2:11 pm

Sekarang ni aku masih lagi dlm proses kemaskini blog ni.. Jadi kalau rakan2 nampak apa2 error, sabar jak… nanti aku fix kan balik.. thanks atas sokongan semua..

Reply

13 kulanz October 26, 2009 at 12:38 am

Salam..
Thanks for the tips…
Already changed the permalinks..

Reply

14 kulanz October 26, 2009 at 1:06 am

iya lintagu.. banyak lagi belum sempat dimasukkan.. terutamanya link blog/website kawan2… nasib baik boleh tengok link di blog lama tu..

Reply

15 Truden December 17, 2009 at 8:51 pm

kulanzsalleh.com to GoogleReader!
Truden

Reply

16 kulanz December 17, 2009 at 11:17 pm

thanks for visiting..

Reply

17 Truden December 22, 2009 at 12:25 am

Hello,
Super post, Need to mark it on Digg
Truden

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: