Penantian selama lebih dua tahun akhirnya terjawab apabila baru-baru ini kerja-kerja penambakan muara sungai dan pembaikan ‘culvert’ di laluan pantai Kampung Tanjung Senimpul – Kampung Pinggan-Pinggan telah dimulakan.
Jika sebelum ini penduduk sekitar dan pengguna-pengguna lain jalan berkenaan cukup gerun dengan jalan tersebut kerana terlalu sempit dan berbahaya akibat runtuh kesan hakisan banjir serta air pasang, kini penduduk bolehlah memandu kenderaan dengan tenang dan selesa.



Walaubagaimanapun, bukanlah keselesaan yang ingin dinikmati semasa melalui jalan berkenaan. Apa yang lebih penting adalah keselamatan pengguna. Sebelum kerja-kerja pembaikan itu dilakukan, banyak masalah yang terpaksa ditempuhi oleh pengguna jalan berkenaan. Kesukaran untuk kenderaan besar melaluinya (kenderaan barang), kemalangan kecil dan pertembungan kenderaan daripada arah bertentangan. Malah kemalangan bukan sahaja melibatkan kenderaan besar (kereta), tetapi juga melibatkan penunggang basikal dan pejalan kaki.
Justeru itu, saya mewakili suara penduduk yang menjadi pengguna tetap jalan berkenaan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemimpin dan kerajaan hari ini yang perihatin….
Artikel penuh dimuatkan di PitasDaily



{ 2 comments… read them below or add one }
Baru dapat projek macam ni dah rasa bangga. Orang lain dapat projek juga-juga tak heboh pun..hahaha
Anonymous… itulah tanda kesyukuran namanya… kalau seseorang/kerajaan buat jasa, kenapa kita tidak ucapkan terima kasih?