Pada mulanya saya langsung tidak terfikir untuk mencalonkan diri dalam Digi WWWOW Awards 2012 kerana anugerah seperti ini adalah terlalu besar bagi seorang penulis blog yang kecil seperti saya.
Terus terang, saya belum memiliki cukup keyakinan. Banyak fear factor jadi penghalang menyebabkan saya tiada kekuatan untuk menyertai. Persoalan yang bermain di kepala; Adakah gambar, entri atau blog saya sesuai dengan kategori yang saya sertai? Cukupkah sokongan daripada rakan dan pembaca untuk dapat undian? Bagaimana nanti kalau kalah? Sukar rasanya lelaki kacak ini berhadapan dengan semua itu.
Tapi entahlah, setelah berfikir beberapa kali, akhirnya saya mencalonkan diri. Bukan setakat satu entri, tetapi tiga entri untuk dua kategori. Tak sangka bukan! Bila masa saya mula dapat keyakinan tadi saya sendiri tidak pasti. Cuma yang saya tahu, naluri ingin mencuba sekaligus berhadapan dengan fear factor tadi adalah penyebabnya.
Hari ini berakhir sudah undian Digi WWWOW Awards 2012. Kalau melihat pada kedudukan terkini bermakna belum rezeki saya untuk menang mana-mana kategori. Apapun, pada saya penyertaan ini sebenarnya sudah menjadi satu kemenangan kerana setidak-tidaknya saya semakin berani berhadapan dengan kegagalan. Gagal setelah bertanding tidak apa asalkan bukan mengalah sebelum bertanding!
Diringkaskan cerita, di sini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada yang sudi mengundi dan bantu mempromosi penyertaan saya. Maaf tidak dapat saya senaraikan satu persatu di sini. Bantuan semua sangat dihargai dan semoga semua mendapat berkat daripada niat murni masing-masing.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 19 comments… read them below or add one }
Insyaallah.. Tahun depan boleh cuba lagi bro..
insyaallah bro.. yang penting kita tak putus asa
teruskan perjuangan bro,,,
insyaallah, bro
bg sy x menang pon x per…hadiah yg sy dpt ialah rakan2..
jgn putus asa..thun dpn cuba ag..hehe
betul tu bro.. hadiah terbaik adalah mendapat lebih ramai kawan
Berani menghadapi kegagalan itulah satu kejayaan paling besar
ya, hidup mesti berani untuk gagal
semoga berjaya..amin
Hidup adalah satu perjuangan bro….kalah menang tu adat…kita belajar dr kesilapan.
aku tak join awards ni kali ni..malas. haha..
penyertaan kita yang biasa ni sekadar menyemarakkan lagi pertandingan tersebut..
tak menang tak apa..
takpe bro… mungkin ada rezeki di lain hari
Sekurang-kurang nya…untuk branding,kalah tak apa yg penting org dah tahu blog kita.
good luck bro!!!
tak kalau kita terus mencuba dan berusaha
tahniah, bro
lelaki kacak memang berani untuk gagal
Tersenaraikan top 10 sudah dikira baik. Nasib tidak menyebelahi bro Kulanz. Saya tidak rasa ini pengakhirannya.
..kami juga ada join, tapi sekadar untuk dapat pendedahan. Tidak berniat untuk menang. Blog Izzudin Fauzi di atas sekali untuk kategori Fave Tech Head. Mengalahkan dua blog popular, Amanz dan MyTechQuest. Cayalah!