≡ Menu

Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Pitas 2013

Pertandingan Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan 2013 peringkat daerah Pitas telahpun diadakan pada 19 Mei lepas. Pertandingan ini diadakan bagi memilih wakil daerah Pitas ke pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada 31 Mei di Dewan Hongkod KDCA, Penampang.

Unduk Ngadau

Bagi yang tidak tahu apa itu pertandingan Unduk Ngadau, di sini saya kongsikan sedikit info tentangnya.

Unduk Ngadau ni adalah pertandingan ratu cantik yang biasanya diadakan sempena Pesta Kaamatan, salah satu perayaan tradisi di Sabah, Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari perkataan “runduk tadau” dalam bahasa Rungus yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”.

Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan (Pesta Kaamatan).

Gambar di bawah diambil semasa ‘Gala Night’ yang diadakan sehari sebelum pertandingan Unduk Ngadau. Pada malam itu 4 orang peserta dipilih untuk menerima anugerah sebagai “Miss Beautiful Smile”, “Miss Beautiful Dress”, “Miss Talented” dan “Miss Friendly”.

Unduk Ngadau Pitas

Unduk Ngadau Pitas

Unduk Ngadau Pitas

Inilah tiga pemenang pertandingan Unduk Ngadau Daerah Pitas Sabah bagi tahun 2013. Semuanya cantik-cantik belaka… Awek Sabah lah katakan…

Unduk Ngadau

Unduk Ngadau

Tempat Ketiga Unduk Ngadau Daerah Pitas 2013
Unduk Ngadau

Naib Johan Unduk Ngadau Daerah Pitas 2013
Unduk Ngadau

Johan Unduk Ngadau Daerah Pitas 2013
Unduk Ngadau

About the author: Kulanzsalleh

{ 15 comments… add one }

  • akubiomed May 20, 2013, 1:17 pm

    Ramai yang cantik-cantik. Susah juga hendak pilih kalau dilantik menjadi hakim pertandingan. :-)

  • David Sipilis May 20, 2013, 2:03 pm

    No.1 tu mmg cantik tpi x silap mcm dia x dpt jwb soalan yg mula2 skalikan

  • Mus May 20, 2013, 10:10 pm

    wow.. pening kepala juri memilih pemenang

  • Marissa H. Jacobson May 21, 2013, 7:49 pm

    Setiap kali bulan Mei menjelang tiba, ada suatu perkara yang wajib ditunggu-tunggu saban tahun. Apalagi kalau bukan pertandingan unduk ngadau atau dalam bahasa melayu bermaksud pertandingan ratu cantik. Di peringkat mukim, daerah mahupun negeri, pertandingan ini tidak pernah terkeluar daripada senarai “wajib ada pada” setiap kali bulan Mei, iaitu bulan Pesta Kaamatan/ Menuai di negeri Sabah. Pertandingan ini bersinonim dengan sambutan pesta kaamatan oleh suku kaum majoriti negeri sabah iaitu kaum KadazanDusun dan Murut (KDM). Secara ringkas, ianya diadakan bagi memperingati Lagenda Huminodun, perempuan tercantik yang sanggup mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan penduduk lain (info lanjut boleh search dalam google).

  • Lea L. Aguirre May 21, 2013, 10:45 pm

    “Sodop Pintutunan (Welcoming Dinner) akan diadakan pada jam 7 malam, 27 Mei untuk merai ketibaan para peserta serta penyerahan sash oleh Puan Sri Genevieve Kitingan.

  • Izzuddin Fauzi May 25, 2013, 12:32 am

    Amboi…. Banyakkan lagi update pasal pesta kaamatan ye. Nak tahu sangat…

    *Bakal bini orang sana :)

  • hubtips May 26, 2013, 9:47 pm

    nampak sengit…mesti susah mau pilih pemenangnya..:)

  • zainal abidin May 27, 2013, 10:33 am

    wow, comel2 belake..org sumandak ade masuk x? hehe..

  • Kauluan Express May 27, 2013, 6:58 pm

    Pretty and lovely Sabahan ladies :)

  • perantau May 28, 2013, 8:18 pm

    setiap tahun saya akan menyambut kaamaatan di sabah tetapi tahun ni tak dapat sebab pulang ke semenanjung. Kepada org2 sabah selamat menyambut hari kaamaatan..’Tadau tagazo do keamataan’

  • Yus May 29, 2013, 8:00 pm

    Hmmm.. cantik-cantik belaka orang Sabah ye.. :)

  • jutawan muda June 1, 2013, 10:09 pm

    cantik2 semua… nak g sner lar nnT…

  • cik nasirah June 4, 2013, 1:49 pm

    bini orang pun masuk bertanding.

  • Rina June 12, 2013, 11:16 am

    Cantik2 ya.. pantas bila jadi juara :)

  • Sudri Qassim February 8, 2014, 10:10 am

    memang menawan

Leave a Comment