Pernah dengar atau terbaca perkataan-perkatan yang disenaraikan di atas tu? Anda faham maksudnya? Kalau tak tahu atau tak faham, biar saya kongsikan di sini
Di peringkat antarabangsa atau ringkasnya di dunia ni, vader, pai, cha, padre, athair, vater, otac, adalah satu istilah yang berbeza. Cara pronunciation diapun berbeza, tapi semuanya mempunyai pengertian yang sama. Dalam dunia ni semua orang ada vader, pai, cha, padre, athair, vater, otac, kecuali seorang saja yang saya tahu memang tidak memilikinya.
Sebenarnya perkataan-perkataan di atas tu samalah maksudnya dengan father atau tak rasminya daddy, dad, pap. Di Malaysia pun kita banyak menggunakan istilah yang menyebut maksud ayah, misalnya bapa, abah, baba, ayahanda, ma’, apa’ (2 terakhir ni istilah tempatan di kampung saya). Ada istilah lain lagi? Boleh kongsikan sekali.
Sebagai perkongsian sebelum saya meneruskan penulisan pasal Hari Bapa ni (izinkan saya menyebut istilah ayah sebagai bapa), di negara kita, sambutan Hari Bapa atau hari memperingati bapa diadakan pada setiap hari Ahad, minggu ketiga bulan Jun (betulkan saya jika silap). Jadi sambutan tahun ni akan jatuh pada tarikh 20 Jun 2010. Selain Malaysia, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat (USA), Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe juga menyambut pada hari yang sama (sumber). Bermakna besok adalah sambutan Hari Bapa.
Saya cari-cari maklumat tentang Hari Bapa ni, jumpa beberapa artikel dalam dan luar negara, termasuk laman berita online. Satu yang menarik perhatian saya, kebanyakan artikel pasti akan menyentuh tentang cadangan hadiah yang perlu diberikan kepada bapa. Hadiah? Wajib ke tu? Yess, memandangkan saya dah jadi bapa, maka saya akan dapat hadiah.. tapi saya lupa tanya anak saya apa hadiah yang mereka akan beri
Dan kepada anak-anak yang dah besar… dah ready untuk bagi hadiah kepada bapa masing-masing. Apa kata sebelum beli hadiah, baca-baca dulu tips ni. Lepas tu bolehlah buat generalisasi secara umum apa sebenarnya hadiah yang seorang bapa sangat inginkan. Tapi kalau yang dah beli hadiah tu, boleh juga baca-baca untuk jadikan tips tahun depan pula.
Hadiah Untuk Bapa Pengguna Teknologi
Kalau bapa yang minat dan tahu mengguna teknologi, terutamanya yang tinggal berjauhan dengan mereka, apa kata luangkan sedikit masa telefon mereka guna handphone anda yang mahal tu. Lagi seronok kalau dapat guna MMS, hantar gambar terkini anda untuk tatapan bapa. Tak pun ajak bapa skype dengan video conference sekali. Cara ni pasti akan dapat menghilangkan kerinduan antara satu sama lain. Tak perlu belikan mereka alat teknologi yang canggih/terkini, sebab mereka pun mampu beli juga tu.
Hadiah Kepada Bapa Tradisional
Bapa tradisional ni maksudnya bapa yang tak tahu sangat guna alat teknologi, tapi mereka banyak mengamalkan adat resam, budaya dan tradisi. Untuk bapa kumpulan ni, jika selama ini ibu anda atau orang gaji yang masak di rumah. Apa kata kali ni anak-anak pula yang masakkan untuk mereka. Sebagai anak mesti tahu makanan kegemaran bapa masing-masing, kan? Tak pandai buat macam ibu atau orang gaji tak kisah, saya pasti bapa tetap akan hargai.
Luangkan Masa Menjenguk Bapa
Kalau ada kesempatan, ambillah peluang untuk melawat ibu bapa di kampung halaman atau yang anda ‘simpan’ di rumah jagaan orang-orang tua (adakah?). Jangan asyik gunakan perkataan sibuk sebagai sebagai alasan utama. Mesti sentiasa ingat, dulu masa kita kanak-kanak/remaja bapa selalu bawa kita jalan-jalan turun ke pekan atau bandar. Sekarang ni mungkin mereka sudah tidak larat untuk berjalan. Jadi giliran kita pula yang menjenguk mereka. (Alhamdulillah, hari ni saya dah jenguk bapa, sempat makan tengah hari dan petang bersama). Tapi kalau yang duduk jauh di seberang/luar negara dan tak dapat balik, bolehlah ikut tips nombor 1 atas tu.
Beri Peluang Menonton Rancangan TV Kesukaan
Bagi yang tinggal dengan ibu bapa di rumah, tak perlu susah-susah bawa bapa pergi menonton wayang. Anda berikan mereka peluang menonton rancangan tv kegemaran mereka di rumah pun dah memadai. Contohnya jika sebelum ni setiap petang dan malam Ahad anda akan ‘kuasai’ tv dengan menonton CSI supreme Sunday, Muzik-muzik, Drama ARJUNA, Hotel Mania, kartun atau siaran World Cup, kali ni biar bapa pilih rancangan tv. (Drama Arjuna dan Hotel Mania tu tak disiarkan hari Ahad kan? Tu contoh saja). Tapi kena ingat, dah bagi bapa tengok tv, lepas tu dia tak pelankan sound, jangan pula ada yang pukul kepala mereka dengan helmet!
Mereka Yang Sudah Tiada
Banyak artikel yang saya baca tak ada menyebut tentang hadiah kepada bapa yang sudah tiada. Tak kisahlah, mungkin terlupa atau masih tertanya-tanya apa cara untuk memberikan hadiah kepada mereka. Yang jelas, memang tiada teknologi ataupun sebarang hadiah yang boleh sampai kepada mereka melainkan doa anak-anak. Doa setiap hari kepada mereka yang telah tiada adalah yang terbaik. Tapi tak salah jika hari ni kita berikan ‘hadiah’ yang lebih banyak kepada mereka.
Itulah antara beberapa hadiah yang boleh kita berikan kepada bapa sempena Hari Bapa kali ni. Saya berikan tip atau cadangan itu semua berdasarkan pandangan saya sendiri, apa yang saya rasakan perlu dan saya kehendaki. Sebab saya juga seorang bapa.
Tahun ini adalah tahun ke-6 saya menjadi bapa kepada 2 orang putera dan 2 orang puteri. Selama itu saya tidak pernah mengharapkan sebarang hadiah berbentuk material yang besar dan mahal daripada anak-anak atau isteri. Bagi saya senyuman, tawa, tangisan dan jeritan adalah hadiah yang paling bermakna. Tiada apa yang mampu menandinginya.
Melihat anak tidur sebelum saya lelap setiap malam adalah satu hadiah. Melihat anak bangun pagi dengan senyuman atau tangisan juga satu hadiah. Jeritan ‘abaahhh’ waktu tengah hari/petang ketika saya sampai ke rumah habis kerja juga adalah hadiah untuk saya. Dan bagi anak-anak yang sudah belajar, mendapat tahu keputusan dan disiplin anak yang baik di sekolah juga adalah hadiah yang cukup bermakna. Dapat mendengar anak mengucapkan terima kasih di atas setiap pemberian ibu bapa atau orang lain juga adalah hadiah yang cukup ‘special’. Ringkasnya, anaklah sebenarnya hadiah yang paling bermakna buat seorang bapa. Hadiah yang boleh saya simpan sebagai kenangan selagi hidup dan boleh mendoakan kesejahteraan saya setelah meninggal dunia. Jadi kenapa saya perlu mengharapkan hadiah berbentuk kebendaan yang akan rosak suatu hari nanti?
Balasan kepada Anak-anak/Keluarga
Orang memberi, kita berterima kasih. Jadi kepada bapa pula. Apa kata luangkan juga sedikit masa dengan anak-anak. Jika selama ini sibuk dengan segala urusan menyara keluarga. Hari Ahad ni rehatlah dulu di rumah atau kalau nak jalanpun, bawalah keluarga sekali. Lupakan dulu mesyuarat atau perjumpaan dengan rakan-rakan CEO, main golf, memancing dan lain-lain aktiviti persendirian. (Saya pun nak rehat kejap dari menghadap blog untuk besok). Semoga hubungan kekeluargaan lebih erat.
Apapun, semua ini hanyalah pandangan saya sebagai seorang bapa ‘kampungan’. Mungkin berbeza bagi setiap orang. Jadikan panduan mana yang patut.
p/s: Maaf jika istilah ayah dalam bahasa lain yang digunakan tak betul. Jangan salahkan saya, salahkan Google Translate


{ 13 comments… read them below or add one }
Milikilah sebuah hati yang tak pernah membenci. Sebuah senyum yang tak pernah pudar, sebuah sentuhan yang tak akan pernah menyakiti dan sebuah kasih sayang yang tak akan peernah berakhir untuk selamanya.
Eyangresi313 recently posted..HAKIKAT CINTA SEJATI
mulanya hairan je dengan tajuk…
anak lelaki nanti akan jadi bapa
anak perempuan juga akan jadi ibu
kepada yang belum berumahtangga tu, cuba2lah bayangkan
tehr recently posted..Selamat Hari Bapa
selamat hari bapa bro, bila dah jadi bapa baru kita mengerti besarnya peranan dan amanah seorang bapa

etomyam recently posted..Adidas Jabulani Terbesar Di Temui
kasih ibu ke pintu syurga
kasih bapa bekorban jiwa..
selamat hari bapa bro..juga kpd semua bapa2..hehehe
azizan4444 recently posted..Selamat Hari Jadi ; 1K Hadiah Daripada Nuffnang
selamat hari bapa bro.
betul-betul tak tahu esok hari bapa. Sempat lagi kut beli hadiah…
sinagarimba recently posted..Kapal Iran Bersedia "Serang" Genting Gaza.
slamat hari bapa bro kulanz. semoga jadi ayah yg terbaik utk anak2..

Amir recently posted..Drama Ilusi – Slot Akasia di TV3
selamat hari bapa pada tuab punya blog
heheeee
happy father’s day to this blog owner…ehehehe..smoga ank2 cepat mmbesar..ahaha
apiih recently posted..Aku Penggila Twitter Client
Salam,terguris membaca entry bro kulanz,ayie masih lagi duduk dengan keluarga insyallah,kalau jodoh tak kemana akan menjadi bapak dan akan meninggalkan ibu bapa,thank q entry diatas mengingatkan ayie pada suatu peristiwa.

AyieBlog recently posted..Domain Name System Lost??
adalah susah menjadi seorang bapak, dia harus menjadi panutan bagi anak2xnya yang terutama. memberi sample yang baik tuk mereka ikuti.. Selamat hari Bapak..
jawatan kosong recently posted..Senior PHP Developer Vacancy Cheras KL
ingt bahasa apa xdi. haha. happy father day bro. pheewiit ;D
acapz recently posted..Happy Father’s Day
Selamat Hari Bapa buat bro juga
wazy recently posted..Cabaran Copy & Menang
terima kasih kepada semua rakan yang ucap selamat hari bapa..
moga rakan2 juga jadi/bakal jadi bapa terbaik utk anak2