Versi Mac OS X 10.6.4 terbaharu daripada Apple

June 16th, 2010 | 2:13 pm | Teknologi | 7 responses

Selain daripada mengumumkan keluaran Mac Mini dan pra-langganan iPhone semalam, Apple juga turut mengumumkan keluaran Mac OS X 10.6.4 update terbaru untuk sistem operasi Snow Leopard (untuk Mac OS X dan Mac OS X Server). Versi update ni melibatkan beberapa penambahbaikan, seperti peningkatan kestabilan dan penambahbaikan ciri keselamatan yang disarankan untuk semua pengguna. Paling ketara, update terbaharu ni melibatkan pertambahan saiz lebih dua kali ganda, iaitu 641MB berbanding 314MB pada versi sebelumnya.

Secara terperincinya, penambahbaikan pada versi Mac OS X 10.6.4 merangkumi: penambahbaikan umum, penambahbaikan dan peningkatan untuk Aperture 3 dan penambahbaikan untuk peranti luaran.

Penambahbaikan Umum
Penambahbaikan umum pada versi 10.6.4 meliputi peningkatan keserasian untuk paparan huruf Braille; penambahbaikan pada masalah keyboard atau trackpad yang kadang-kala tidak responsif, lebih serasi dengan sambungan VPN, mengatasi masalah sleep mode yang sebelum ini jadi perbincangan hangat di MacBook Pro (Early 2010 ); fungsi menyalin yang lebih baik, menukar nama, atau memadam fail pada pelayan SMB, dan beberapa lagi. Selain itu Safari 5 yang dilancarkan pada minggu lepas juga turut termasuk dalam pakej.

Aperture 3
Aperture 3 pula melibatkan penambahbaikan pada sokongan untuk kamera digital dan memperbaiki masalah yang berkaitan dengan IPTC metadata (International Press Telecommunications Council).

Peranti Luaran
Peranti Luaran untuk sistem Mac OS X 10.6.4 ini juga telah ditambahbaik termasuk keserasian gambar RAW untuk kamera digital tambahan, memperbaiki masalah Webcam USB (third-party), memperbaiki gangguan kebisingan apabila menggunakan peranti audio FireWire (third-party) dan mengatasi masalah padanan dengan Apple remote.

Selain daripada 3 penambahbaikan di atas, Apple juga melakukan sedikit penambahbaikan pada Wiki Server, Software Update Server, vacation mail notices spanning multiple days, peningkatan Sambungan VPN dan banyak lagi.

Jadi kepada pengguna-pengguna Mac OS X, sudah sampai masanya untuk upgrade versi OS anda. 

Artikel lain yang mungkin berkaitan...
HIDUP SEORANG BLOGGER

Semua artikel yang terkandung di blog ini hanya pandangan penulis semasa-mata, melainkan artikel berbentuk ilmiah/berita/informasi yang setiap satunya akan disertakan sumber rujukannya sekali.


Menyalin atau menerbitkan semula sebarang artikel daripada blog ini adalah dibenarkan untuk tujuan kebaikan. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.


Sebarang persoalan yang berkaitan dengan kandungan blog boleh dikemukan melalui Email.

 

7 Responses to “Versi Mac OS X 10.6.4 terbaharu daripada Apple”

  1. 1

    fuh..leopard ni memang dasat..esp graphic dia, memang 1st class :D
    etomyam´s last blog ..Biarlah Rahsia Atau Rahsia Ukiran DukaMy ComLuv Profile

    • 2

      betul bro mmg best.. tapi aku tak pernah beli lagi.. cuma guna kawan punya.. teringin juga nak dapat 1 macbook

  2. 3

    gila kntng la apple ni. bnyk btul kuar trus secara besar2an. haha. hbt. tp smua xmmpu miliki =.=
    acapz´s last blog ..Pelbagaikan Status Facebook Anda Dengan FunnyFacebookMy ComLuv Profile

    • 4

      xpa bro.. ada rezeki nanti dapat juga tu

  3. 5

    nak bli mmg tak blh le..huhu..sb bayk pkra lain yg perlu di segerakan..hehee

    • 6

      betul.. utamakan mana yang perlu.. barang2 macam ni cuma kehendak je tu.. ada alternatif lain juga yang lebih murah

  4. 7

    xde idea psl MAC, apple etc. xambil port sgt.
    Amir´s last blog ..Drama Ilusi – Slot Akasia di TV3My ComLuv Profile

Leave a Reply

Kongsi artikel terbaharu anda