Salam semua. Dalam entri yang lepas, saya telah kongsikan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1431H/2010M bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya serta Wilayah Persekutuan Labuan. Kali ni saya nak kongsikan pula Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 2010 (1431H) bagi negeri Sabah yang dibahagikan kepada 9 zon/kawasan, iaitu:
- Zon 1: (Bahagian Sandakan; Timur), Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan Dan Bukit Garam
- Zon II: (Bahagian Sandakan; Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah
- Zon III: (Bahagian Tawau; Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu
- Zon IV: (Bahagian Tawau; Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
- Zon V: (Bahagian Kudat) Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Bandar Kudat
- Zon VI: Gunung Kinabalu; Ketinggian 4,101 M
- Zon VII: (Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
- Zon VIII: (Bahagian Pedalaman; Atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan, Dan Keningau
- Zon IX: ( Bahagian Pedalaman; Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok Dan Sipitang
Klik gambar di atas untuk mendapatkan saiz yang lebih besar. Boleh juga muatturun Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 2010 (1431H) Bagi Negeri Sabah, klik sini untuk versi pdf; atau sini untuk versi jpeg.
Sila lawati juga laman web e-solat untuk panduan waktu solat seluruh kawasan di Malaysia.



{ 27 comments… read them below or add one }
wah da kuar yea waktu berbuka puasa..nice info.
aah, dah ada bro..
makasih sharing…sarawak belum ada ka..ada yang cari tu..
cikmin ada lagi ni online..email ada jugak..dah dapat buat yg thumbail tu?
semua negeri dah ada jadual.. tapi plan nak publish 1 entri utk 1 negeri, hehe..
ok cikmin, kejap lagi check balik thumbail tu
orang2 Sabah dah boleh start lawat blog nie untuk dapatkan waktu berbuka sepanjang Ramadhan… he he he… nak cari waktu berbuka untuk Perak plak !!!
betul, harap-harap ada yang jumpa blog ni
Salam perkenalan untuk kunjungan pertamaku
Selamat menjalankan ibadah puasa untuk para sahabatku di negeri jiran
Salam
salam perkenalan, terima kasih sudi berkunjung ke sini
semuanya 9 zon untuk sabah – banyaknya
kelantan hanya 2 zon je
Sabah luas, memang banyak zon..
Lengkap ni bro, memang mudah dan memudahkan pengguna
dah dikompil jadi 1 page, senang ckit nak rujuk
yeay dah keluar jadual waktu imsak
jadual untuk semua negeri dah keluar..
wah cantik….tak sabar nak download dan print bagi pada penduduk kampung
harap ada yang memanfaatkannya, tumpang pahala sedikit
Masa kecik-kecik dulu selalu berangan dapat buka puasa di Muar guna waktu berbuka di Sabah…. hehhehe
Samdaddycool recently posted..Mee Siput si mee sedap
pasti menjadi rujukan ni..
Mus recently posted..Soalan Cepu Emas Semasa Mengambil MyKid Hannah & MIkail di JPN Tuaran
semoga dapat dimanfaat oleh penduduk sekitar…nice info
ray ban recently posted..Size guide
nice taruk kl punya plak bro. haha. slmt berpuasa

acapz recently posted..Merakam Skrin Anda Dengan Screenr
wah, rajin bro update waktu berbuka dan imsak untuk negeri sabah ni.. aku tak sempat lak nak update.. buat update general jer.. hehe
Azuan recently posted..Plugin Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2010
trma kasih le..bnyak2…slamat berpuasa….mudah2an ibadat kita di berkati..amin..
best nya..kijap lgi sya print ah..
selamat berpuasa kepda smua yerrrr
mat brpuasa smua..
thanks di atas info yang sangat berguna ni….SALAM RAMADHAN TUK SEMUA MUSLIMIN N MUSLIMAT…Semoga amalan dan doa kita diterima olehNYA…amin..
wah detail..thanks lan, baru ku tau org kampung berbuka kul berapa..ehehe, korang semua dh berbuka kami masih lagi menanti..ehehhe