≡ Menu

Wanita dengan Fesyen Kenangan

Semalam masa menjelajah ke seluruh dunia tertengok gambar beberapa orang wanita terkenal memakai fesyen dalam kenangan. Kenapa dalam kenangan? Sebab fesyen ni memang popular sekitar 70-an dulu. Sekarang ni dah masuk 2011, agak jarang nampak orang pakai fesyen ni lagi. Kalau ada pun mungkin dah tak ramai yang pakai berbanding dulu.

Inilah dia fesyen dalam kenangan tu, seluar wide-legged atau lebih terkenal dengan panggilan bell-bottomed. Nampak cantik pula bila tengok Amy Adams, Kourtney Kardashian dan Bree Henley pakai jeans bell-bottomed ni. (Lagipun nampak sopan sikit kalau banding dengan legging).

Amy Adams

Kourtney Kardashian

Bree Henley

Nampak fesyen ni terus teringat gambar lama kakak dan abang pakai macam ni zaman diorang dulu. Jeans bell-bottomed dipadankan dengan kemeja petak-petak lengan panjang atau t-shirt body-fit. Malangnya tak dapat pula scan gambar diorang dan masukkan dalam entri ni.

Zaman saya sekolah dulu, sekitar 90-an, fesyen seluar macam ni pun popular juga. Bukan setakat jeans, seluar sekolah pun jadi mangsa buat fesyen bell-bottomed. Sampai ada cikgu saya masa tu gelar “seluar sapu lantai“. Seluar tak cukup kembang ditambah dengan kain lain tak kisah apa jenis. Sayapun pernah juga terpengaruh dengan fesyen ni siap jahit seluar sendiri guna mesin jahit arwah emak. Memang betul-betul nostalgia.

Kalau ikut trend, seluar ni popular tahun 60-an – 70-an (tak pasti tahun sebelumnya) dan 90-an. Sekarang ni dah nak muncul lagi fesyen ni. Agak-agak, fesyen jeans macam ini akan kembali popular tak?

Sumber: dailymail

About the author: Kulanzsalleh

{ 39 comments… add one }

  • zool March 25, 2011, 10:30 pm

    Boleh popular balik kot.. Zaman dulu memang gempak fesyen ni. sampai ramai kena sebat n gunting seluar kat sekolahj

    • kulanz March 28, 2011, 10:12 pm

      haha.. dulu budak sekolah pakai seluar macam ni memang dianggap melanggar peraturan pemakaian..

  • wazy March 25, 2011, 11:38 pm

    wahhh
    dulu masa tingkatan 1 ada gak pakai seluar bell-bottomed ni
    hehehe lepas tu kena masarh dengan cikgu disiplin terus hantar kedai kecikkan balik kat bahagian kaki tu

    • kulanz March 28, 2011, 10:13 pm

      nasib baik cikgu disiplin tak gunting terus.. :D

  • syahrilhafiz March 26, 2011, 12:15 am

    yang dulu2 makin jadi trend balik dah sekarang
    bukan back tu future tapi back to history.hehe

    • kulanz March 28, 2011, 10:14 pm

      sesuai dengan matlamat kerajaan nak tanamkan di jiwa rakyat supaya mengingati sejarah.. hehehe

  • iza March 26, 2011, 12:17 am

    As salam..
    Tak sempat nk tgk org pakai secara live tp sempat juga tgk gambar tok wan, bapa saudara dan bapa mertua pakai seluar mcm tu zmn dulu2…

    • kulanz March 28, 2011, 10:15 pm

      Salam,
      orang dulu-dulu memang biasa pakai ni.. tu yang kenangan habis :D

  • benjy March 26, 2011, 12:17 am

    Saya pun setuju juga tu kalau sekali-sekala pakai seluar bell bottom ok gak …
    lepas tu pakai baju lengan panjang bell botom … seluar pendek bell botom dan yang bestnya … pakai seluar dalam bell botom …. kekekeke (tak dapat bayangkan macam mana rupa seluar dalam bell botom)

    • kulanz March 28, 2011, 10:17 pm

      hahaha.. seluar dalam bell-bottomed tu yang tak tahan..
      tak boleh bawa pegi berenang tu.. bahaya :D

  • Amirez March 26, 2011, 12:29 am

    student2 india kat U dulu suka pakai seluar bell-bottom ni hehe

    • kulanz March 28, 2011, 10:18 pm

      best ni pakai.. :)

  • Mus March 26, 2011, 8:59 am

    sekarang ni .. fesyen tiada batasan..
    fesyen yang lama dah jadi trend

    • kulanz March 28, 2011, 10:20 pm

      betul tu bro..
      yang penting fesyen seluar macam ni elok juga..
      taklah mendedah sangat

  • akubiomed March 26, 2011, 10:03 am

    Zaman sekolah menengah dulu seluar sekolar tempah, ketat dibahagian peha dan bell bottom dari lutut hingga ke kaki. Kalau jahitan mahukan double stitches dan biar nampak tulang jahitan.

    Kalau terkantoi dengan guru disiplin akan dikoyak dari kaki hingga ke lutut :-)

    • kulanz March 28, 2011, 10:22 pm

      kalau seluar sekolah buat macam tu.. memang sah kena gunting oleh guru disiplin..

  • tehr March 26, 2011, 3:18 pm

    wah, aku pernah ada seluar macam ni dulu
    memang sesuai buat sapu debu
    haha

    • Ismail N March 27, 2011, 3:09 pm

      Pakai seluar ni kena sikat tengah lagi bro.. he he…

      • kulanz March 28, 2011, 10:24 pm

        @tehr, memang sesuai untuk sapu debu.. lebar bawah seluar kadang lebih besar dari saiz kasut :D

        @Ismail N, haha.. memang tu yang paling sesuai tu bro :D

  • mie March 26, 2011, 4:23 pm

    uih!!
    sesuai untuk makcik cleaner atau maid..
    eheheeee

    • kulanz March 28, 2011, 10:25 pm

      hehe.. marah pula diorang nanti :D

  • eyriqazz March 26, 2011, 10:21 pm

    fuhh..suka gambar no 3 tu…cool..hik3…seluar bawah besar…style zaman sekolah menengah dulu…

    • kulanz March 28, 2011, 10:22 pm

      kalau zaman sekolah menengah.. kita sezaman juga kita ni bro.. :D

  • ghost writer March 27, 2011, 3:31 am

    kalau dilihat sekarang nih yang lebih masih menggunapakai style nih adalah dari kaum cina dan india…tapi lebih banyak orang india yang masih dengan fesyen nih.Di sabah pulak kebanyakannya style ini masih popular di kalangan penduduk pedalaman macam di kawasan kota belud,papar,keningau dan sebagainya…Fesyen ini jugak dikenali sebagai fesyen koboi atau fesyen apro…tahun pertengahan 90an adalah yang paling popular..malah seperti yang kamu kata,ia serasa lebih serasi dengan penambahan kain yang punya corak atau dari jenis kain jeans yang lain…

    Cuba lihat di negara jiran kita,indonesia..pemakaian fesyen ini cukup berkembang baik termasuk dipopularkan oleh artis2 band seperti sheila 0n7 dan peterpan…cuba lihat balik zaman mereka top dengan video2 mereka…

    • kulanz March 28, 2011, 10:21 pm

      betul.. kadang nampak juga sesetengah orang masih lagi pakai jeans potongan macam ni..

  • Ali ridha March 27, 2011, 9:35 am

    fesyen kenangan apa tu gambar pertama…kocek sepatutnya ada dibelakang kan..kenapa perempuan tu letak depan pula.hehe..

    • asmiranda alex March 28, 2011, 1:24 pm

      salam ali ridha biasala 2.. nak adakan fesyen yg pelbagai.. ok apa?? lgpun kan best klu ada keluarn terbaru kt pun blh ikut sama gaya cam 2 hehehe… what u think..????
      mgkn jgk pereka fesyen tersebut nak buat kelainan skit.. atau mrk sdh tdk ada idea lain kot hehe..
      cantk gak bsar ke bwh.. LOOK ELEGANT even its just kenagan kan bye.

      • kulanz March 28, 2011, 10:19 pm

        hehe.. pasal poket tu tak kisah.. yang penting seluar tak fit sangat sampai nampak bentuk kaki.. :)

  • Freak Tips March 27, 2011, 5:30 pm

    zaman tu DBJL tak ada kan.. sebab jalan raya bersih di sapu oleh rahyat jelata. huhuhu.. bergurau ;D

    • kulanz March 28, 2011, 10:17 pm

      hehe.. ada pekerja sukarela :P

  • Nine March 28, 2011, 12:33 am

    pic no 3 tu mmg gaya hippies betui..peace..70’s hehe

    • kulanz March 28, 2011, 10:16 pm

      betul-betul 70’s :D

  • zik March 28, 2011, 1:55 am

    baju2 yang macam kat atas nie ..susah nak ada… kalau nak, boleh tempah rasanya..

    • kulanz March 28, 2011, 10:15 pm

      boleh tempah juga tu bro zik.. :)

  • asmiranda alex March 28, 2011, 1:14 pm

    salam zk.. ala mcm biasa la
    1 dunia
    1 malaysia
    1 negara
    matikan lampu sama-sama

    • kulanz March 28, 2011, 10:14 pm

      ya.. 1Malaysia.. earth hour :D

  • mancai March 28, 2011, 3:33 pm

    masa sekolah dulu memang sentiasa ikut pesen2 ni… dari yang paling besar… sampailah paling kecik terpaksa pakai plastik nak masukkan kaki pun pernah… apapun… sentiasalah berwaspada agar tidak keluar akidah sebagai seorang muslimin dan muslimah…

    • kulanz March 28, 2011, 10:13 pm

      hahaha.. yang pakai plastik tu mmg tak lupa juga.. :D

  • ohcikgu April 3, 2011, 5:42 pm

    teringat gi sekolah dulu, pakai macam ni la. dah jadi trend. Tapi sekarang, budak-budak suka seluar ketat. Kena rampas..hambek..jadi paras lutut jadinya. haha..

Leave a Comment