Why I Like It Longer

Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 25th, 2010.
WP Greet Box icon
Hello there! If you are new here, you might want to subscribe to the RSS feed for updates on this topic.

Kali ni aku nak kongsi satu cerita pasal pengalaman aku online… atau dengan maksud yang tersirat melayari internet

Dipendekkan cerita… dari dulu sampai sekarang aku ni boleh dikatakan setiap hari  perlu menghadap komputer dan melayari internet ni… Iyalah.. dah kerja rutin aku macam tu.. kalau aku tak menghadap PC dan internet maknanya aku tak kerja… kan dah makan gaji buta!..

Di rumah dan opis aku memang tak ada masalah untuk akses internet…. (kadang tu ada masa memang problem juga connection, tapi apa nak buat kan?)… apa yang selalu menjadi masalah aku  ialah time kerja outstation.. kerja yang menyebabkan aku terpaksa meninggalkan rumah…

Selalunya kalau outstation, aku terpaksa bawa notebook… tapi faham-faham sajalah… notebook bukannya kecik.. dah tu bukan setakat notebook… charger, segala macam cop mohor, dokumen, makanan… semua aku sumbat.. tu yang menjadikan beg aku beratnya 7-8 kilo….

Kalau setakat angkut beg dari kereta ke hotel tak kisah sangat, ni kalau angkut dari parking lot ke tempat mesyuarat atau kursus yang berpuluh-puluh meter jauhnya… boleh tahan juga peluh yang keluar… tu satu hal… masalah yang lain semua pun tahu yang charge bateri notebook ni bukannya tahan sangat… paling-paling pun 2-3 jam… kalau kursus atau mesyuarat 1 hari, pastu tempat tu tak banyak soket untuk sambung charger… kan jadi masalah juga tu…

… dan selalunya kalau bateri notebook dah habis charge atau tempat tu tiada internet connection… maka terpaksalah aku guna alternatif lain… pakai handphone aku… tapi skrin kecik mcm tu mana puas hati kan… lalala… naik juling mata tengok paparan yang tersangat kecil…

Maka mulalah fikiran mengingatkan rumah…. hilang mood kursus atau mesyuarat… aku nak balik rumah… aku tak nak kerja outstation, hehe… iyalah… “No place like home” la katakan… Lagipun ada sesuatu di rumah yang “panjang” membuatkan aku sentiasa teringatkannya…  Nak tau apa yang panjang-panjang di rumah aku?… nah, ini dia….

*

*

*

*

Boleh panggil panjang kalau macam tu?

Tu la pasal aku tak boleh keluar rumah lama-lama… sebab aku tersangat rindu dengan TV LG tu.. opss.. bukan tv saja.. PC juga… hehe…

Dengan ini aku umumkan yang sebenarnya di rumah aku menggunakan TV LG-32LC7R bersaiz 32 inci sebagai skrin PC aku… dengan skrin sebesar sepanjang tu, bolehlah aku duduk di massage chair berbekalkan keyboard dan mouse wireless sambil membuat kerja harian, melayari blog atau layan movie… fuhhh.. tu yang membuatkan aku gundah-gulana setiap kali meninggalkan rumah… sebab di luar aku tak dapat gunakan benda panjang ni… (tapi aku tak addict dengan yang panjang-panjang… dan tak sampai meleleh liur kalau tengok.. haha).

Tapi nampaknya sedikit masa lagi masalah aku akan selesai… Kehadiran Handphone terkini, LG Chocolate BL40 yang lebih panjang (ingat, yang lebih panjang tau-LONGER, bukan lebih besar-BIGGER) akan dapat menggantikan TV LG… laa… tersasul lagi… pembetulan.. menggantikan skrin PC di rumah…. dengan menyokong kemudahan 3G, crystal clear HD resolution, 4-inch widescreen, kamera 5.0 Mega Pixel, fully touch screen dan lain-lain inovasi terkini, bolehlah aku buat kerja rutin dan berblog dari mana-mana tempat…  fuhh.. masyuukkk.

Tengok macam gambar atas tu…. yang tu aku bayangkan blog aku dipaparkan pada skrin supermodel LG Chocolate BL40…. amacam? Kalau aku dapat HP tu tentu lepas ni tak perlu lagi aku angkut beg notebook seberat anak gajah… masukkan  HP dalam kocek pun dah cukup… tak perlu susah-susah cari soket untuk charge bateri notebook.. HP ni pakai 2-3 hari pun rasanya bateri tak weak lagi… barulah ada mood buat kerja… dan yang lagi super best… bolehlah aku taip entri semasa lepak-lepak dalam jamban…. sambil tu aku akan nyanyi:

Ni lah supermodel yang dimaksudkan… dan yang ni barulah bikin air liur meleleh…

….dengan itu tak kisahlah aku bukan supermodel atau superstar… kalau buka blog atau taip entri guna handphone supermodel pun jadilah… sikit-sikit aku dapat tempias supermodel juga… tak gitu?

Tapi yang paling penting bukan sekadar blog… tu hanyalah bonus bagi aku… macam yang aku dah sebut awal-awal tadu, dah memang kerja aku perlu berurusan dengan pelbagai data dan maklumat yang kebanyakannya hanya boleh diakses secara online dan memerlukan paparan yang original… sebab tulah kenapa aku suka  HP yang lagi panjang… atau dengan bahasa lagi gempak “Why I Like It Longer“… dan hanya LG Chocolate BL40 yang dapat memenuhi keperluan aku kerja outstation… mampu menyamai skrin PC aku di rumah… skrin panjang, luas mata memandang… sebab tu bagi aku HP supermodel ni memang cukup best… kalau dapat HP tu, tak kisahlah berapa kerap aku outstation dalam seminggu, sebab ada juga supermodel temankan aku…

… alangkah bestnya kalau dapat 2-3 set LG Chocolate BL40 ni… satu aku pakai… yang lain bolehlah aku hadiahkan  isteri aku… nanti diapun boleh jadi supermodel juga… hehe

Senarai Artikel Secara Rawak:

25 Responses to Why I Like It Longer


  1. rizputra7

    good luck..
    rizputra7´s last blog ..Rizputra VS Touya My ComLuv Profile

    [Reply]

    kulanz Reply:

    makasih…
    sekadar mencuba.. :)

    [Reply]


  2. Azhar

    Gud Luck bro…
    Azhar´s last blog ..BUFFERED EARNING NUFFNANG My ComLuv Profile

    [Reply]

    kulanz Reply:

    thanks jg bro…
    selain join contest tu… saja try buat entri yg x tlalu berat…

    [Reply]


  3. kujie

    kalao dpt ,supermodel tu ambek lah…tapi LGBL40 bg saye ye…
    kujie´s last blog ..Lelaki, Perempuan…Sama Saja! My ComLuv Profile

    [Reply]

    kulanz Reply:

    Salam kak jie..
    HP tu bole sya bagi.. tp supermodel tu sya x nak.. nanti isteri balun sya dgn periuk.. hehe

    [Reply]


  4. hydir

    dah ada tv LCD kena le pulak ada Astro b.yond
    baru ngam ..

    Hidup biar HD .. :)

    err .. supermodel tu kurus melampaulah .. mcm anorexia jer .. hoho
    hydir´s last blog ..Aku dan Astro b.yond [Part 1] My ComLuv Profile

    [Reply]

    kulanz Reply:

    okey juga tu..
    tapi nanti anak2 sya asyik btempak depan tv tgk kartun…

    xpa la pasal supermodel tu.. sya pun x nak ambik la.. hehe

    [Reply]


  5. yanmie

    salam lan

    gud luck yea..klu menang adiah bg dua…hahahaa

    [Reply]

    kulanz Reply:

    salam yanmie..
    x nak bagi hadiah tu.. hehe

    [Reply]


  6. Azizwan

    wuhaa.. nice.. semoga entri bro terpilih utk dpt benda panjang tu. hehee :)
    Azizwan´s last blog ..Letak iklan Nuffnang cara mudah dengan Nuffnang WordPress Plugin My ComLuv Profile

    [Reply]

    kulanz Reply:

    hehe.. thanks bro..
    saja jak ni mencuba-cuba..

    [Reply]


  7. rash

    gudluck ye ^^
    rash´s last blog ..Without Borders Contest My ComLuv Profile

    [Reply]

    kulanz Reply:

    thanks..
    gudluck jg utk contest Without Borders tu..

    [Reply]


  8. ajie

    pergh bro… takde can le aku nak menang.. huhuhu
    ajie´s last blog ..Who Aduka Taruna?.. My ComLuv Profile

    [Reply]

    kulanz Reply:

    haha..
    aku main belasah je tulis entri tu bro… apa2pun.. gudluck utk bro jg..

    [Reply]


  9. Dak Wan

    Wah! Join juga yer? Hehehe Semoga berjaya erk?
    Dak Wan´s last blog ..Why I Like It Longer My ComLuv Profile

    [Reply]

    kulanz Reply:

    Join juga.. biar tambah meriah..
    Gudluck juga utk Dak Wan…

    [Reply]


  10. Nine

    salam bro kulanz..hehe entri yg menarik lagi..hehe, boleh layan blog dalam jamban ek kalo pakai HP lG tu hehe..

    nih contest ker ? sapa wat ? Gudluck bro hehe..

    LG mmg mantap…semoga cita2 bro kulanz memilikinya nanti tercapai..InsyaAllah..

    Bro kulanz keja apa yer ? leh tahu ? syok la bro tgk cara hidup bro..rasa tenang jer..:)
    Nine´s last blog ..10 Kanak – Kanak Genius Di Dunia My ComLuv Profile

    [Reply]

    kulanz Reply:

    Salam bro nine..
    hehe.. idea keluar sepintas lalu…
    ni mmg contest, Nuffnang dan LG yg buat… ni linknya: contest
    join la bro… sekadar memeriahkan contest bro… menang kalah x kisah kan..

    pasal kerja tu sya dah update di page “About” atas tu.. bole jenguk2 sana bro..

    [Reply]


  11. zuls

    good luck! :D , semoga menang..

    [Reply]

    kulanz Reply:

    thanks.. bro tak join.. bole jga memeriahkan contest

    [Reply]


  12. Nazz

    Selamat berjaya dengan entry ni..
    Mana dapat idea buat entry panjang-panjang nih?
    Nazz´s last blog ..Basikal ku Tukar Jantina My ComLuv Profile

    [Reply]

    kulanz Reply:

    terima kasih..
    idea untuk tulis entri ni datang daripada pengalaman sendiri, lepas tu adun ckit2 ayat sampai jadi macam ni..

    [Reply]


  13. Hazwan Hakim

    kemas dan cantik post kamu…
    sy join juga..hhe..komen ler kalo ada masa

    http://www.keemzone.com/2010/01/why-i-like-it-longer/
    Hazwan Hakim´s last blog ..Why I Like It Longer My ComLuv Profile

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Full RSS | Comments RSS