Home >> Blog >> Why So Serious?

Why So Serious?

by kulanz on 21/01/2010 · 14 comments

Salam,
Aku tiada cerita untuk di-update… ketandusan idea… kepala kosong… otak hilang entah ke mana… cari-cari tak jumpa… aisey… memanglah aku tak nampak… otak aku masih dalam tempurung kepala rupanya…

Actually, ada beberapa tugas dalam list yang belum aku sempurnakan… sebab tu aku hilang beberapa ketika dalam dunia maya… tapi nak tinggalkan blog ni terus tak boleh juga… sebab tu kadang masih ambil kesempatan blogwalking… walaupun kadang tu datang macam halimunan… singgah di blog tanpa tinggalkan pesanan… atau kadang aku tulis jalan-jalan cari makan… walaupun di blog korang mana ada makanan… gurau je lah…

Ni lah antara entri aku yang paling merapu… tiada feel langsung…  bukan sebab aku tiada idea untuk menulis.. banyak yang hendak dikongsikan… draf pos aku dah lama menunggu untuk di-publish…  tapi sebab aku tengah bengang… dahlah banyak kerja.. kunci kereta akupun hilang entah ke mana.. sudah beberapa hari kereta tu parking di garage… kusyen kereta dah berkulat dek kerana suhu di persekitaran yang agak lembab… ni masuk hari Khamis dah… maknanya dah dekat seminggu kunci kereta tak jumpa… mungkin sudah jadi santapan anjing-anjing liar yang selalu bekeliaran di halaman rumah aku mencari makanan… selipar jipun aku dan jiran-jiran banyak dah jadi mangsa.. mungkin selipar dah habis, dibantainya kunci pula.. hehe…

Apapun… aku tulis ni saja untuk suka-suka… harap korang tak pening membaca.. kali ni memang entri tak serius… ye lah… takkan semua cerita seriuskan atau bilang omputeh… why so serious?… tapi kes banyak kerja dan kunci hilang tu aku memang serius…

Picture Credit: fanpop

Kata kunci artikel:

why so serious,joker why so serious

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 14 comments… read them below or add one }

1 aisha January 21, 2010 at 1:58 am

hahahaha, kunci pon anjing makan ek?? adehh….

btw, jgn stress2 yea. hee!

Reply

2 kulanz January 21, 2010 at 3:57 am

tak tau la pulak.. aku agak je… hehe

Reply

3 zuls January 21, 2010 at 2:19 am

Biasa hilang kunci kalau otak penat, atau tengah multitasking. Hoho.. bro dalam situasi sama kah?

Reply

4 kulanz January 21, 2010 at 3:58 am

memang tgh penat bro… dahlah bnyk benda nak buat.. penat lagi mencari kunci tu..

Reply

5 arieza January 21, 2010 at 7:35 am

ok saya seriou ni :| hehee rupeny2 kes kunci hilang tu betul2.. try la misscall.

Reply

6 kulanz January 22, 2010 at 10:49 pm

yup.. hilang kunci tu mmg betul… tp dah jumpa dah…

Reply

7 rin January 22, 2010 at 12:04 am

kesiannnya ilang kunci…
spt kata arieza, try la miskol kunci 2 hik3….

emm…xda kunci spare ka?
.-= rin´s last blog ..mari belajar bahasa JEPUN =-.

Reply

8 kulanz January 22, 2010 at 10:51 pm

ari tu dah cuba misscall.. tp x bjaya juga.. hehe
tp xpa.. kunci dah dijumpai

Reply

9 Dak Wan January 22, 2010 at 3:41 am

Salam boss! Bukak jewr lock kat bonet belakang tu bawak gi kedai kunci suh dia duplicate kunci.
.-= Dak Wan´s last blog ..Contest Oh Kunci! by Arieza =-.

Reply

10 kulanz January 23, 2010 at 4:52 pm

thanks bro tips tu.. tp alhamdulillah, kunci dah jumpa

Reply

11 amirulfaiz January 23, 2010 at 10:36 am

hehe.. relax, have a kit kat.. Why so serious? :D
.-= amirulfaiz´s last blog ..Minta kebenaran untuk bernikah =-.

Reply

12 kulanz January 23, 2010 at 4:45 pm

betul.. ni mmg tengah x serius ni..

Reply

13 ain January 24, 2010 at 12:11 pm

pandai jugak melawak bro rupanya…

satu petua saya amalkan supaya senang nak carik barang yg kita simpan….. always simpan ditempat yang sama supaya takde la kes kita lupa barang tu kita tarik kat mana…..

tapi kan, kalau tetiba anak ambik barang tu jadikan menan dia, tak dapek la nak nolong….

tercari-cari jugak la kita…
.-= ain´s last blog ..JATUH =-.

Reply

14 kulanz January 25, 2010 at 5:13 pm

mmg biasa letak tpt sama.. tp anak kecik tu main.. pastu dia lupa letak kat mana.. tu yg payah dicari… tp alhamdulillah, skrg ni dah jumpa..

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: