Home >> Blog >> World Bloggers & Social Media Awards 2012

Saya baru terbaca di blog Denaihati berkenaan Malaysia Social Media 2012 yang bakal berlansung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 13 – 17/2/2012. Sepanjang program itu diadakan pelbagai acara acara menarik antaranya seminar, contest dan permainan akan diadakan. Malah yang lebih menarik lagi turut diadakan acara penyampaian anugerah World Bloggers and Social Media Awards 2012. Anugerah khusus yang disediakan sebagai bukti pencapaian menakjubkan yang berkaitan dengan blog dan media sosial.

World Bloggers Social Media Awards2012

Ada banyak kategori disediakan untuk World Bloggers & Social Media Awards 2012. Antaranya Best Auto Blog, Best Business Blog, Best Celebrity Blog, Best CSR Blog, Best Educational Blog, Best Entertainment Blog, Best F&B blog, Best Gadgets Blog, Best Gossip Blog, Best Health & Well Being Blog, Best Innovative Blog, Best Lifestyle Blog of the Year, Best Music Blog, Best of the Best Blog of the Year dan banyak lagi. Nak tahu semua lawat saja laman World Blogger and Social Awards 2012.

World Bloggers Social Media Awards2012

Setakat ini saya baru sempat mengundi untuk beberapa blog yang memang dikenali dan disukai, antaranya Denaihati (Kategori Best of the Best Blog of the Year), earncent (Kategori Upcoming Blogger of the Year), cikgudahlia (Kategori Upcoming Blogger of the Year dan Best Educational Blog), ohcikgu (Kategori Best Educational Blog). Selepas ini akan menjelajah ke setiap kategori untuk membuat undian blog yang lain.

Jadi kepada rakan-rakan blogger, apa kata kita sama-sama beri sokongan kepada rakan kita. Untuk mengundi hanya perlu luangkan sedikit masa; daftar secara percuma, sahkan pendaftaran melalui email, pilih kategori kemudian undi mengikut pilihan. Mudah saja. Bagi yang sudah mendaftarkan blog masing-masing untuk merebut anugerah World Bloggers and Social Media Awards 2012,  anda juga dialu-alukan untuk berkongsi maklumat di sini bagi memudahkan rakan lain mengundi blog anda.

Kata kunci artikel:

anugerah media sosial, blog terbaik social media awards, bloggers media award 2012, jurnal isu media sosial

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 26 comments… read them below or add one }

1 titan January 22, 2012 at 12:44 pm

haa, jangan lupa undi aku tauuuu.
hehe..
titan recently posted..Undi blog lelaki kacak ini.My Profile

Reply

2 kulanz January 22, 2012 at 12:59 pm

mesti undi punya.. berapa kategori bro ikut?

Reply

3 titan January 22, 2012 at 1:07 pm

dua. Tapi aku rasa macam ko dah undi kot dua-dua tu. haha..
titan recently posted..Undi blog lelaki kacak ini.My Profile

Reply

4 kulanz January 22, 2012 at 1:11 pm

hehe.. okey bro.. dah faham :)

Reply

5 dzuandiey January 23, 2012 at 12:24 am

jom2….pakat mngundi rakan2 sekalian..ahahhaa
dzuandiey recently posted..tempoh 3 bulan kaji SBPAMy Profile

Reply

6 hatiputera January 22, 2012 at 1:30 pm

dah vote beberapa blog malaysia,,,

Reply

7 kulanz January 22, 2012 at 10:09 pm

bagus tu bro.. sokong rakan2

Reply

8 akubiomed January 22, 2012 at 1:43 pm

Ramai yang menyertai dikenali oleh saya. Belum daftar untuk mengudi lagi. :-)
akubiomed recently posted..Pulau Pinang mengamit kenangan lamaMy Profile

Reply

9 kulanz January 22, 2012 at 10:10 pm

tak apa bro, lepas ni boleh daftar

Reply

10 Razlan January 22, 2012 at 1:45 pm

Baru tengok entri ne kat denaihati tadi,teringin nak join tapi blog tak sesuai
Razlan recently posted..4 Contoh Soalan Temuduga-Kerja KerajaanMy Profile

Reply

11 kulanz January 22, 2012 at 10:11 pm

samalah.. aku pun tak join sebab xda kategori sesuai

Reply

12 Shahrul January 22, 2012 at 1:49 pm

mesti join ni…memang sengit
Shahrul recently posted..SOPA Berjaya DitewaskanMy Profile

Reply

13 kulanz January 22, 2012 at 10:12 pm

kejap lagi nak undi blog bro

Reply

14 tehr January 22, 2012 at 3:03 pm

ada anugerah rupanya
nanti aku jenguk apa yang patut dibuat
moga2 berjaya, bro
tehr recently posted..Pantun KalauMy Profile

Reply

15 kulanz January 22, 2012 at 10:16 pm

aku tak ikut award ni.. tapi boleh sokong rakan2..

Reply

16 Mus January 22, 2012 at 8:17 pm

saya baru daftar.. masuk kategori travel
Mus recently posted..Latok, ‘Anggur Laut’ Yang SedapMy Profile

Reply

17 kulanz January 22, 2012 at 10:16 pm

dah undi blog bro Mus.. moga berjaya

Reply

18 dzuandiey January 23, 2012 at 12:25 am

moga berjaya ya
dzuandiey recently posted..tempoh 3 bulan kaji SBPAMy Profile

Reply

19 Cikgu Hairul January 22, 2012 at 9:53 pm

Cayok-cayok.. jap lagi saya undi.. Selamat maju jaya.
Cikgu Hairul recently posted..Sedih Tak Boleh BerPicnikMy Profile

Reply

20 kulanz January 22, 2012 at 10:18 pm

undi jangan tak undi.. kita sokong rakan2 lain

Reply

21 dzuandiey January 23, 2012 at 12:23 am

sama2 sokong..haha..baru jer mndaftar…ahaks..
dzuandiey recently posted..tempoh 3 bulan kaji SBPAMy Profile

Reply

22 dzuandiey January 23, 2012 at 12:22 am

jom pakat mengundi..hahaha
dzuandiey recently posted..tempoh 3 bulan kaji SBPAMy Profile

Reply

23 dnoBiz January 24, 2012 at 10:15 pm

nak masuk memang tak layak.. :D
tapi aku akan jadi penggundi…
mari la mari …
pergi mengundi…
jangan lupa kewajipan..
pada blogger.. :D
dnoBiz recently posted..Pemandu berbahaya – Polis sedia timbang penjara mandatoriMy Profile

Reply

24 kulanz January 24, 2012 at 10:28 pm

sama jgk dengan aku bro.. tak ada kategori sesuai nak masuk.. jadi tolong undi je lah.. boleh dapat pengalaman mengundi.. lagipun PRU13 tak lama lagi, hehehe

Reply

25 puanbee January 27, 2012 at 3:18 pm

Sungguh murni hati owner blog ini ,jom undi saya pulak ..

http://puanbee.com/upcoming-blogger-of-the-year-jom-undi/
puanbee recently posted..Upcoming Blogger Of The Year – Jom UndiMy Profile

Reply

26 kulanz January 27, 2012 at 10:20 pm

semoga berjaya puanbee.. kami akan sokong dan undi.. :)

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: