Tidak lama lagi sejarah baru bakal tercatat apabila “World One” yang akan dibina di Mumbai, India siap sepenuhnya pada tahun 2014. Bangunan perumahan mewah 117 tingkat yang dibangunkan oleh Lodha Developers Ltd itu dikatakan akan mencapai ketinggian 450 meter (lebih daripada 1.470 kaki) seterusnya bakal mencatat nama sebagai bangunan perumahan tertinggi di dunia memecahkan rekod sekarang ini yang dipegang oleh kompleks perumahan “Q1″ di Australia yang setinggi 323 meter (bagi kategori perumahan).
Pembinaan menara/kompleks perumahan mewah ini dianggarkan menelan kos sekitar (US) $450 juta dan setiap unit akan dijual dengan harga daripada $1.5 – $12 juta.
Yang menariknya, bangunan berbentuk oval yang direka oleh Pei Cobb Freed & Partners dan Leslie E. Robertson Associates itu sangat menekankan aspek pemeliharaan alam dengan menjalankan proses kitar semula air, penggunaan air hujan dan menggunakan tenaga suria untuk memenuhi keperluan asas di perumahan tersebut. Beberapa ciri istimewa “World One” pula termasuklah menyediakan balkoni yang lebih luas dan tinggi untuk setiap unit bagi memastikan penghuninya dapat pemandangan yang lebih baik, 30% kurang kebisingan jalan dan suhu kepanasan dapat dikurangkan sehingga 4.5°C.
Maklumat lanjut boleh diikuti di sini.





{ 23 comments… read them below or add one }
kalau ada fire drill… penat wei…
papabear recently posted..Luna Maya is Hot in Malaysia
mugkin tiap tingkat dah sedia helikopter, hehe
pastinya hal macam ni sudah diperhitungkan ya.. sedia generator?
jawatan kosong recently posted..Frangipani Hotels Langkawi Vacancy Finance & Admin Manager Kedah
satu unit USD 1 juta… memang utk jutawan je ni huhuhu
etomyam recently posted..Gambar Terbaik Dan Paling Unik Hari Ini
nampaknya memang macam tu bro.. kalau ada macam tu di Malaysia.. nampaknya kita tolong tengok je lah.. tak mampu utk tinggal sana
cantiknya binaannya bro, hebatnya manusia.
encik luth recently posted..Pengurangan Subsidi : Adakah anda bersedia?
nampaknya macam tu lah bro.. apapun kehebatan manusia ni tak boleh lawan juga kehebataan Allah SWT
tak takut ke diorang ni duduk tinggi-tinggi. Kalau jadi apa-apa tak ke naya.
Tapi sebab benda mewah, mesti diorang dah buat cuku-cukup selamat. maklumlah
berjuta kalau nak beli satu unit kat sini.Memang untuk jutawan jer duk sini.
kemewahan kadang-kadang mengatasi ketakutan.. tapi rasanya pemaju dah sedia dengan ciri-ciri keselamatan tu
menarik!
kena buat satu kat negara kita
Wan Perlis recently posted..Mengimbau Kenangan Cuti Sekolah
bagus juga tu kalau ada di Malaysia.. tapi rasanya tak ramai orang mampu tinggal sana kalau harga macam tu
mak ai..bestnya
aizuddin recently posted..Video Lucah Ariel Peterpan Dan Luna Maya Sudah Tersebar?
memang best sangat bro.. pemandangan pun lagi luas
Kalau la kat Malaysia ada buat macam ni juga,mesti best
wazy recently posted..Terima Kasih Nuffnang Part 2
tak tau ada pemaju mampu buat atau tak..
mewah sangat tu.. berapa kerat je boleh duduk hehe
Syafrizal recently posted..PPIM gesa JAKIM tarik balik sijil halal syarikat Zionis
betul tu.. tapi di sana ramai juga orang kaya2.. orang luarpun ramai duduk mumbai
uik..biar best betul ni..heheheh..syiok tul klu ada org taja beli umah ek…hehehe..adeh..mmpi moon laa suri camni..huu..huuu..
tunggu astro buat program realiti tv nanti..
gila mewah.. haku kena start kumpul duit dari sekarang neh..hehe
marki recently posted..Sepetang di Lebuh Pantai, Pulau Pinang
bagus tu bro.. ada motivasi untuk kumpul duit
pikir pikir ulang, sampai kapan ya kumpul duitnya baru boleh dapat perumahan mewah macam ni.. hmmm
jawatan kosong recently posted..Frangipani Hotels Langkawi Vacancy Finance & Admin Manager Kedah
wow cool gile rumah dia. tp tinggi2 sangat gayat la..
Amir recently posted..Mark Zuckerberg Serang MillatFacebook?