Home >> Personal >> Zunaidi’s Wedding

Zunaidi’s Wedding

by kulanz on 10/10/2009 · 2 comments

Hari Khamis lepas aku ke majlis perkahwinan seorang rakan karib. Boleh dikatakan dekat sahaja dengan rumah aku.. Jalan kaki pun boleh sampai. Tapi memandangkan aku jalan lepas waktu Maghrib dan bawa sekeluarga, terpaksalah juga pakai kereta datang ke tempat tu..

zunaidi1 copy

Majlis pada hari tu sebenarnya adalah majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki… atau dengan lebih tepat lagi kami namakan “mengelisiu” dalam bahasa setempat… nda tahu dari mana datangnya istilah tu.. tapi memang dari kecil lagi orang kampung sini sudah biasa dengan perkataan tu. Sampai di rumah pengantin, aku terus jumpa bapa kepada pengantin lelaki.. Sempat juga aku bisik dengan pakcik Hassan, bersalaman dan minta maaf sebab langsung tidak menolong masa persiapan perkahwinan. Bukan pasal malas, tapi aku langsung tiada peluang berkunjung ke tempat diorang disebabkan kesibukan yang melampau (terlibat dengan Kem Serumpun. Selesai makan, pasangan pengantin pun turun ke bawah untuk majlis persandingan malam dan potong kek.

Syukur alhamdulillah.. dapat juga aku tengok kawan aku yang bernama Zunaidi ni bersanding… Akupun ambillah kesempatan tangkap gambar dua tiga keping sebagai kenang-kenangan. Sebenarnya aku dalam bab-bab datang ke majlis yang ada ramai orang ni memang ada masalah sedikit. Telampau segan untuk muncul di tempat-tempat yang ramai orang. Kalau dikatakan anti-sosial, tidak juga… tapi memang begitulah sudah sifat aku ni… Tapi memandangkan yang kahwin tu kawan rapat (ada bau-bau bacang persaudaraan juga sebenarnya. kira cousin dua kali aku juga gitu).

Dulu masa bujang-bujang, Zunaidi atau biasa aku panggil Edie ni selalu tolong aku. Orangnya memang ringan tulang.. Aku selalu minta tolong dia driving kalau hendak ke KK. Pernah juga sama-sama dengan dia jadi pirate dulu (angkat penumpang). Kiranya banyak kenangan jugalah dengan dia ni. Sebab itulah, walaupun aku berat hati mau muncul di khalayak ramai, tapi untuk kawan seorang ni… aku tetap datang ke majlis perkahwinannya. Sempat lagi muncul di hadapan pelamin untuk ambil gambar…

zunaidi4

Inilah saja yang mampu aku berikan untuk seorang kawan baik… hal yang sama juga pasti akan aku lakukan pada orang lain yang tahu menghargai erti persahabatan… erti pengorbanan seorang rakan… Saya doakan moga Zunaidi dan Aynisah Berbahagia dunia akhirat.. amin.

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 2 comments… read them below or add one }

1 lintagu October 11, 2009 at 3:48 am

Kawan sejati
menghibur di kala susah
menyeri di kala senang
menegur di kala silap
menunjuk di kala sesat
doanya sentiasa…

Reply

2 Kulanz Salleh October 11, 2009 at 3:55 am

benar.. itulah kawan sejati..
dia tidak lupa di kala kita senang atau susah..
dia tidak membina nama atas keperitan orang lain..
dia tidak akan mencapai bintang dengan bertanggakan orang lain..
semoga kawan seperti ini akan sentiasa dilindungiNya dan diberkati hidup mereka.. amin

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: